Thursday, June 20, 2013

Experience : MUET

Hai semua . Post kali ni nak cerita pasal pengalaman MUET . Actually post ni dah lama dah ada dalam folder draft tapi tak siap-siap. Hehe so dah takde kerja ni edit kasi siap :)

Okay alhamdulillah aku dan 3 lagi kawan , Samihah , Nabila dan Naimah berjaya menamatkan Speaking Test kami pada 23 Oktober 2012 . Aku merupakan Candidate A dan kumpulan kami merupakan kumpulan pertama yang diuji pada hari tersebut . Jam 7 pagi aku sudah berada di bilik kuarantin bersama ramai calon lain , hari tersebut merupakan hari terakhir untuk Speaking Test jadi kami risau jika diberi tajuk yang sukar .

my speaking test group~Samihah,me,Naimah and Nabila :)
Practise ?
Ya , semestinya kami ada practise , yang menariknya kami praktis tak banyak pun . Haha kalau dalam kelas English , aku sempat buat sekali saja praktis , iaitu 2 minggu sebelum MUET sebab lecturer tu tak pernah panggil aku , so aku pun tak pernah la buat . Speaking Quiz pun group kami tak buat sebab aku demam campak masa kuiz tu dilaksanakan . Praktis sorang-sorang? Lagi la aku tak pernah buat . Kami betul-betul praktis 3 hari sebelum test . Dasyat kan ? Haha . So mesti korang dapat bayangkan betapa berteraburnya aku speaking , ditambah pula dengan nervous aku yang sangat dasyat . Masa aku buat praktis dalam kelas tu , Madam bagi aku Band 3 low je sebab aku banyak terdiam dan kurang pengisian . Memang pun . Hehe

Jeng jeng jeng
Kumpulan kami pun dipanggil masuk ke bilik ujian . Nervous jangan cakap la , masa tu Chief Examiner dan Second Examiner dah tunggu dalam tu . Chief Examiner tu perempuan cina , dia baik , yang sorang lagi tu lelaki melayu , mmm muka dia ketat jer sepanjang kami buat test tu . Hehe tengah fikir pasal nak balik raya haji kat mana kot . Haha . Rasa bersyukur jadi group first sebab kami dapat tengok dulu soalan :D dannnn aku rasa nak senyum lebar masa tengok soalan tu , sebab tajuk tersebut pernah dibincangkan . Tajuknya "What the biggest influence that can motivate person in life" lebih kurang gitu la soalan dia . 
Candidate A : Desire to be rich

Yeahhh , memang aku tahu dah nak cakap apa , dapat pulak point yang senang , memang best . Hehe kira aku bersyukur la sebab aku candidate A sebab kawan yang lain dapat point yang susah sikit .. Kawan2 aku semua risaukan aku , takut aku tiba-tiba blank macam masa praktis , tapi syukur aku rasa aku dah buat yang paling baik berbanding masa time praktis . Tapi ada jugak la aku terdiam kejap , aku rasa point aku cukup tapi yang sedihnya aku tak sempat conclude. Terasa rugi dekat situ. Tapi yang terkejutnya dalam my group, I got the highest mark for Speaking. Alhamdulillah :)

Ok MUET Speaking, total mark 45, ada 2 Task, Task A setiap seorang akan diberi masa 2 minit untuk bercakap dan Task B pula Group Discussion. So macam kitorang dah plan siap-siap dah giliran bercakap, tak ada lah kelam kabut dan tak teratur kan discussion kami. Everything goes well dan kitorang conclude pada masanya. Dalam Task B ni korang boleh pilih nak sokong yang mana satu, nak sokong point candidate lain pun boleh asalkan bagi alasan yang munasabah la kenapa kau pilih point tu.

Untuk Reading, Listening and Writing pula semua diadakan pada hari yang sama. Speaking test je awal. Jadi aku sarankan sila score betul-betul paper Reading sebab sangat membantu untuk dapat band yang tinggi. Full mark untuk paper reading ialah 120. Tapi soalan-soalannya agak mengelirukan so korang kena baca betul-betul dan kena be careful dengan masa sebab banyak passage nak kena baca dan masa agak terhad. So pastikan faham soalan dan cepat cari jawapan dalam passage.

Paper Writing pula full mark nya 90. Writing is quite tough actually for me to score. Kena semak grammatical error. Dalam paper Writing ada 2 soalan, first one based on stimuli given for example pie chart or bar chart. Kena cerita pasal stimuli yang dia bagi. Untuk soalan pertama ni, ada format nya yang tersendiri. Soalan kedua pula extended writing. Ikut nasib juga la soalan apa yang keluar. Tak dapat nak komen banyak pasal paper Writing sebab aku pun lemah sikit writing ni. Haha :D

Paper Listening pula markah penuhnya 45. Korang kena dengar betul-betul, tumpukan sepenuh perhatian pada apa yang diperdengarkan. Jangan risau kalau korang tak sempat catch up apa dia cakap sebab akan ada ulangan untuk korang make sure apa yang korang dah jawab tu betul ke tak. Like me, ok la soalan masa Muet tu, sikit lagi nak full mark for this paper.

Selepas melalui keempat-empat test ni, tunggu je la result keluar kan. Hehe Alhamdulillah aku dapat capai melebihi target, dapat Band 4. Seriously lepas jawab tu rasa macam paling tinggi pun dapat band 3. Tapi rezeki Allah bagi, alhamdulillah.

So, ini jelah yang mampu dikongsikan tentang MUET. Hehe siapa yang bakal ambil MUET tu jangan takut ye, hehe tapi Speaking tu la yang paling scary antara 4 tu bagi aku. Hehe so semoga berjaya capai target masing-masing^^

2 comments:

ikmal arif said...

Wow, band 4? Seriously? Walaupun kurang berlatih tp ttp dpt band 4 ye, hmm pandai akak ni.

Nur Azila Ismail said...

@ikmal arif band 4 sipi2 je haha alhamdulillah

Related Posts with Thumbnails