Sunday, June 30, 2013

Fairuz^^

Assalamualaikum. Hehe kalau Husaini kawan lelaki pertama dalam kelas, Fairuz pulak kawan perempuan yang pertama :)



Hehe perkenalan juga di tempat yang sama, waktu yang sama saat mengenali Iena, Nabila dan Husaini. Hehe Fairuz laaa orang pertama tegur aku. Haha yang lawaknya masa mula-mula dulu, aku takut gila dengan dia! Aku ingat lagi perbualan pertama aku dengan dia.

Fai: Nama sape?
Aku: Zila. Awak? ( ceyy awak tau)
Fai: Fairuz. Nanti pergi kelas sama-sama tau
Aku: Hee boleh. Duduk mana?
Fai: Teja Tingkat 2
Aku: Sama la (aku takut gila time ni)
Fai: Nak nombor. (woo, sumpah ganas mintak no aku)
Aku: *** ******* (terketar-ketar aku bagi)

Haha lebih kurang camtu la first perbualan kitorang, haha seram aku. Sebab muka dia masam jek. Dalam hati aku, woyy biar betul aku nak pergi kelas dengan dia. Takut laaaa. Haha macam garang je dia ni. Haha esoknya aku tak pergi pun kelas dengan dia sebab ketakutan yang melampau pada dia. Haha rupanya sekali lagi aku salah besar dalam menilai orang. Sobsob. Dia baik sangat-sangat. Dia lah banyak menceriakan hari-hari aku sepanjang 2 tahun duduk sana. Dia tak pernah gagal buat aku ketawa dengan gelagat dia. Hehe nampak brutal tapi hati dia lembut sangat macam gula-gula kapas. Hehehe


Apa yang paling aku ingat kalau cakap tentang Fairuz mestilah bab prank. Ayoyo dia memang suka sangat la prank meng prank ni, serah aje pada dia. Haha bila dia tahu aku pun tak kisah, amboi selalu aje la dia attack aku. Haha thanks Fai sebab masa birthday aku yang ke 19 dia dengan Iena kaw kaw bantai aku. Haha di saat semua orang lain menyorok takut, dia dengan Iena tetap setia mengenakan aku. Haha tak ingat la bape jam kitorang main air masa tu, haha. Tapi untuk birthday ke 20, I am so sorry sebab kegagalan tersebut ya. Hehe^^ Maybe aku dilindungi Allah untuk birthday yang ke 20 tu. Haha tapi thanks jugak sebab siap sedia juga nak kenakan aku dengan tepung. Haa marathon kita satu dataran. Haha :P



Masa birthday dia yang ke 19, masa tu study week kot, kitorang gagahkan jugak celebrate, hajat di hati nak kenakan dia, well dia kan master prank, mahu tak dendam dengan dia. Haha at last dia yang terkejar-kejar nak kenakan kitorang balik. Haha yang lawak aku menyorok dekat bilik Nabila, dia boleh ambil selipar aku, pergi sorok dekat tangga sambil tunggu aku keluar bilik. Menggigil jugak la aku dalam bilik Nabila mengenang nasib pukul berapa boleh naik, sains comp ntah ke mana dah time tu. Haha gila tak gila masa study week sempat lagi bergurau senda macam exam lagi dua minggu. Haha birthday yang ke 20 pun dia attack aku dulu, aku dulu kena calit dengan kek. Haha lawak je masa nak pujuk dia keluar konon-konon nak ajak teman gi makan, boleh pulak dia dah siap-siap tiba-tiba dia tanggal tudung cakap dia tak nak pergi. Haha aku apa lagi, guna kepakaran lakonan buat-buat merajuk, golek-golek sambil merengek. Haha boleh pulak tetiba dia kata dia tak sedap hati. Haha cam tau-tau aje yeee :P


Fai ni nampak je kuat main, tapi dia pandai, otak dia cepat je tangkap lecturer ajar apa, tambah-tambah bab kira mengira. Hehe dia juga selalu rajin bagi semangat kat aku masa aku down tak reti nak jawab soalan. Dia pernah naik bilik aku yang tinggi tuuu sebab nak ajar aku Fizik, siap buatkan nota lagi tampal dekat board aku yang kosong tu. Hehe. Takkan lupakan C corot. Hehehe dia gak selalu time exam week ajak aku study, tanya dah study setakat mana apa semua, selalu ingatkan aku lebih-lebih Fizik. Ingat lagi dia pernah ajar aku dengan Iena Math dekat pondok depan teja tu. Hehe seriously I miss u!!



Fai ni memang sempoi sangat-sangat. Memang orang yang tepat la kalau nak ajak dia layan otak gila-gila aku ni. Bab membahan orang juga adalah kegemaran dia. Haha trademark dia 'Aku tombok kang'. Haha suara dia kecik je, cute sangat. Haha setiap benda yang dia buat nampak comel sangat-sangat. Well in case korang pun kawan dia, korang mesti faham kan? Hehehe. Bagi aku dia ni unik sangat, tak pernah aku ada kawan yang sesempoi dan slumber macam dia. Dia ganas tapi at the same time comel. Haaa dapat kome bayangkan idak?? Haha :D Aku tak pernah tengok dia menangis even dia terharu masa kitorang surprise kan dia, bagi jersi bagai, tak nangis pun! Isk. Last day pun dia tak nangis. Haha tapi kalau merajuk tu, berjuta kali la pernah tengok. Hahaha

Tapi aku tak suka tau kalau orang lebih-lebih usik dia, well dia perempuan, perempuan ada hati yang mudah terusik walaupun nampak macam dia tak kisah korang kata dia macam-macam tapi kalau dah melampau siapa tak terasa kan? Kalau korang fikir korang boleh suka suki je buat orang sedih, pandai-pandai la minta maaf. Isk takkan tu pun tak tau kan. Nak gurau pun berpada-pada la ye.


Hehe Fairuz, thanks untuk semua senyuman yang pernah kau ukirkan di wajah ini. Chewahhh haha thanks sebab dah jadi kawan yang sangat happening dan gila-gila untuk Jila. At this moment, I really miss you! Harap Fai tak lupa Jila walaupun di mana kamu berada. Ahaha ayat. Thanks sebab banyak tolong ajar mana yang tak faham dan macam-macam lagi jasa yang takkan  mungkin terbalas. Lepas ni tak dapat la main prank lagi, buat video Gwiyomot di malam exam. I will miss all the moment!!^^ Semoga friendship kita tak terhenti setakat ini. Insyaallah Amin :)

ingatla kami tiap kali pakai jersi ni ye!^^

2 comments:

nadiahcenyum said...

fairuz yg comel !!!!

mmg best kwn ngan fairuz, asyik nk gelakkk ja... dgr dia ckp pun comel gila. cute sgt2...

:D

Anonymous said...

Roommate shiba dulu .walaupun tak selalu tak tidur kat bilik kiteorg .hahaha .rindu gila kat kak fai .sobsob :') sokong kak jila .kak fai mmg baik gila2 .hoho <3 (shiba)

Related Posts with Thumbnails