Monday, June 17, 2013

HANDPHONE~

Assalamualaikum. Hai korang. Untuk entri kali ni nak cerita pasal handphone yang pernah digunakan. Hehe! Beberapa kali juga la tukar handphone. Ok kita tengok daripada fon yang first sekali guna sampai la yang guna sekarang ni.
Yang first, Nokia 8250. Start guna handphone masa form 1, ni pun hasil belas kasihan kakak, haha dia yang bagi guna telefon ni. Dalam banyak-banyak fon pernah guna, tetap rasa fon ni paling cute. Comel sangat macam rama-rama. Masa tu takde la kisah pun pasal kamera la, lagu ke, apa ke, asalkan boleh guna buat call and mesej orang. Dengan bunyi ringtone yang legend gila, memang rindu lah fon ni. Hehe


Yang ni fon yang kedua. Motorola E398. Fon ni best. Suka sangat guna. Ini pun fon kakak jugak. Haha baik kan kakak kita bagi guna fon dia? Haha fon ni sound dia best, camera gambar cantik. Memang suka la pakai fon ni yelah sebelum tu kan pakai fon tak de function pape, dapat lak fon ada macam-macam function ni mestilah suka kan..Ngehhhh.


Ni pulak fon ketiga yang digunakan. Motorola RAZR V3i. Once again, ni pun fon kakak jugak. Kat rumah ni memang banyak gila telefon. Laptop pon sorang satu ada. Daripada abang sampai lah ke adik. Suka jugak dekat fon ni sebab design dia cantik. Tapi dah bukak tutup bukak tutup dah longgar. Haha oleh sebab keypad dia tu macam besi , so dah karat marat dah. Hahaha tapi sebab boleh flip, still nampak cun dan gorgeous gitu. Tapi yang sedihnya, fon nih hilang kena curi. Adik pinjam bawak pergi camping, lepas tu ada orang ambil. Sobsob :(
Next! Nokia 2630. Fon ni ialah hadiah hari jadi yang ke-15 from abah. Hehe. Sayang sangat kat fon nih sebab abah yang belikan. Sampai sekarang masih guna lagi sebagai fon kedua. Hehe suka sebab dia nipis , ringan , senang nak bawak ke mana-mana . Guna fon ni sampai keypad dia tercabut-cabut dah. Haha sekarang ni dah tukar casing baru lawa la macam baru beli gituuu. Hehe


Fon keempat. Sony Ericsson T280i. Fon ni abang yang bagi. Takde la lama sangat guna fon ni. Suka design dia. Sebab cantik dan warna gold tu memang cun lah. Yang lawak nya fon ni bunyi bila snap picture. Kuat bukan main! Hehe fon ni sekarang ada kat kakak sebab dia nak guna. Tapi lama dah tak nampak, tak tahu elok ke dah rosak.


Fon kelima. Nokia E5-00. Ni lah satu-satunya fon yang beli guna duit sendiri 100%. Haha memang minat dengan fon yang full qwerty ni sebab senang nak taip mesej. Tak payah nak tekan banyak-banyak kali. Setakat ni dah 2 tahun menggunakannya. Puas hati tapi tak suka 1 je!! Bunyi masa snap picture tak boleh nak turn off! Eiii kalau tahu memang tak beli la. Haha dah la suka tangkap gambar, ada bunyi pulak! Kalau slow takpe juga. Haha kira ok la fon ni, tapi sepatutnya tunggu dulu sebelum beli dulu, sakit hati pulak tengok macam-macam fon baru keluar sekarang ni. Haha apa pun wat masa ni tetap setia denganmu ^^


0 comments:

Related Posts with Thumbnails