Saturday, June 29, 2013

Husaini ☺

Assalamualaikum. Hehe lepas cerita pasal Iena dengan Nabila, hari ni nak cerita tentang kawan lelaki pertama dalam kelas iaitu Husaini :D


Macam mana kenal? Haha sama macam kenal Iena dengan Nabila, kenal masa bagi jadual kelas. Haha masa tu tengok dia sorang je kot classmate aku yang lelaki, aku pelik gak, eh ni modul budak Fizik, takkan dia sorang je kot lelaki dalam kelas aku. Haha rupanya dua lagi sesat tak tahu dorang kelas mana. Haha :P Aku takkan lupakan la detik first kenal dengan Husaini. Tanya nama dia siapa, ulang kali dia sebut nama dia HUSAINI bukan KHUSAINI. Hahaha aku tak ingat la berapa kali dia ulang dialog sama, tapi memang lawak la. Masa bagi jadual tu ada la kitorang kena guna pen, err masa tu kitorang budak perempuan empat-empat tak bawak pen, haha so kitorang pun pinjam la kat dia sebab nampak dia sorang je bawak pencil case. Masa tu dah dapat agak dah, mesti budak pandai ni. Haha berapa kali dia pusing belakang, risau benooo kitorang amek pen dia. Hahaha lastnye kitorang pun pulang la pen dia yang berharga tu kan. Hihi


Well based on cerita atas ni mesti orang akan label dia ni kedekut kan? Tapi seriously salah sangat-sangat. Orangnya sangat pemurah, baik hati sangat-sangat. Tak tahu la berapa duit dia belanja kitorang, aku mesti lah tak terkecuali. Haha sebut je apa, teh ais, aiskrim, makanan goreng-goreng, semua dia pernah belanja. Phewww murah rezeki dia. Aku ingat lagi masa birthday aku sem 2, dia cakap nak belanja aku hari tu, tapi aku tak tuntut la kan, dia kata cakap je nak apa, dia beli. Haha. esoknya dengan semangatlah aku menuntut janji manis beliau, haha sekali dia cakap, birthday kan semalam, semalam je la boleh mintak, hari ni mana boleh dah. Hahahah dia cakap macam tu disertai ketawa dia yang memang ikhlas gila tu. Haha sabar je la. Tapi masa sem 4 aku berjaya menuntut coklat cadbury! Yehaaaa!


Kalau setiap kali lecturer yang baru mengajar kitorang, Husaini lah student pertama yang dorang akan kenal dulu. Kalau aku ni, sampai dah habis Matrik pun ada lecturer tak tahu nama aku apa. Haha beza gila kan? Dia memang rapat dengan semua pensyarah. Pensyarah pun semua suka dia, hehe rajin, pandai. Boleh buat calon menantu la kiranya. Heheh!


Hahaha dia ni ada gak la kadang-kadang tu annoyingnya. Haha tapi aku dengan Iena selalu rasa yang tak best kalau dia moody, kitorang nak dia happy je selalu, bila dia moody, kitorang pun rasa tak best je masuk kelas. Why arhhh? I also dont know why kan Iena? Hahaha padahal dia ni suka sangat sakat kitorang, 'memuji' kerendahan kami, haha tapi kalau dia senyap, tak usik kitorang, rasa tak best gila! Itulah specialnya Husaini ni :)


Hobi dia? Perghhh dia suka sangat tangkap gambar orang. Gambar dia tangkap tu pulak memang stok sesuai buat DP Facebook la. Hahahaa kalau dia panggil tu seeloknya pandanglah sambil tersenyum sebab risiko dia panggil sebab nak tangkap gambar tu sangat tinggi. Haha so pose la siap-siap ye. Hahaha :P Dulu dia pakai C3, so gambar nye tak la high definition sangat, tapi bila dia dah tukar S2, mak ai jerawat seketul-ketul nampak jelas. Haha. Tapi gambar yang candid dia tangkap tu la lagi best dan boleh buat kita senyum berbanding gambar control ayu tu kan. Hahaha :D


haha ingat senang orang nak puji kiut? Hahaha
Aku boleh kategorikan dia sebagai seseorang yang sangat menghargai persahabatan. Dia juga rajin tegur kalau rasa kita buat salah. Sifat ni aku rasa tak semua kawan aku ada, dan aku respect dia sebab sifat dia ni. Biasalah kadang kita tak sedar apa kita buat tu tak betul, jadi kita sangat perlukan kawan yang macam ni untuk tegur kalau kita buat silap :) Dan aku yakin dia jenis yang sekali berkawan, selamanya akan tetap kawan^^ Tapi masa sem 4 dia keluarkan ayat sedih, kata menyesal baru nak bergurau senda dengan aku.  Padahal dah sekelas daripada sem 1. Hhaaha agaknya dia baru sedar aku ni gila jugak macam dia kot? Hahahhaa :P


Akhir kata, Jila nak cakap yang Jila happy kenal Husaini. One of my best friend dekat Matriks. Banyak tolong ajar kalau tak faham, banyak buat Jila happy, senyum, gelak. Hahaha. Hope persahabatan ni kekal. Insyaallah^^ Harap Husaini tersengih baca entri ni k!

5 comments:

Anonymous said...

macam kenal je orang yg terselit kat gambar tuh....cun kan dia
;p

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous hahaha yg mana satu ni? hahah byk tu yg terselit :P

izzahnadhirah said...

Ehh I pon ade. Wowooo

izzahnadhirah said...

Ehh I pon ade. Wowooo

Nur Azila Ismail said...

@izzahnadhirah hhahaa well mestilah ada! hehe

Related Posts with Thumbnails