Sunday, June 23, 2013

JEREBU JEREBU!

Assalamualaikum nampaknya keadaan jerebu sudah sangat membimbangkan sampaikan banyak sekolah diarahkan tutup pada esok hari termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor. Buat masa ni alhamdulillah, tempat tinggal saya iaitu Bidor yang permai lagi indah ini masih berudara segar. Syukur. Syukur. Tapi esok lusa belum tahu lagi kan kan.



Jerebu tu apa? Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

IPU tu apa pula? IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara (Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter, Ozon, Gas karbon monoksida, Gas nitrogen dioksida dan Sulfur dioksida) untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Jadi setakat hari ni dah beberapa tempat diisytiharkan darurat antaranya Muar dan Ledang. Dah lebih 700 dan sangat merbahaya ya untuk kesihatan.  Jadi di sini saya sertakan tindakan untuk yang sedang berhadapan dengan jerebu :)


Haaa, bahaya kan jerebu ni, jadi seboleh-bolehnya hadkan aktiviti di luar dan pakai mask ye kawan-kawan semua. Jaga diri masing-masing^^ Semoga jerebu ini akan pulih secepatnya. InsyaAllah Amin..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails