Friday, June 21, 2013

JUJUR ATAU TIDAK?

Assalammualaikum , hehe tiba-tiba sekarang ni datang balik feeling tulis entri tentang cinta. Haha, dulu rajin jugak la tulis entri pasal cinta. Bila masuk belajar, dah tak update sangat kan jadi bila dah cuti ni nak try la update banyak-banyak :)


Pernah tak korang suka kat orang senyap-senyap? Just tengok daripada jauh mengharapkan dia tahu korang ni wujud sebenarnya? Laaa, kenapa just dalam senyap, kadang-kadang korang kena jadi berani daripada biasa, mana tahu ada peluang nak berkawan ke kan. Haa, kan lagi seronok.

Bukan maksud aku, kalau sekali kau tengok, dah suka, kau terus approach nak jadi kawan dia, slow and steady la. Take step by step. Mula-mula memang eloknya korang just tengok je, try jugak siasat orangnya dah berpunya ke, sekali kau da nampak dia ada gf, errr elok lupakan je la niat tu, tak elok kacau hubungan orang kan? Check juga mamat tu straight ke gay ke, haha. Penting wooo tahu kecenderungan dia.

Lebih mudah kalau korang ada kenal dengan kawan dia, haa dari situ lebih mudah la korang nak tahu maklumat penting tentang dia. Jangan la gelojoh sangat nak tahu semua benda, kena la sistematik sikit plan korang nak dekati si dia. Jangan tunjuk sangat yang korang suka kat dia. Wat lek wat peace je. Haha

Tak boleh la terus nak cakap korang suka, berkawan dulu. Berkawan tu dapat diumpamakan macam anak tangga pertama la. Jangan tunjuk langsung yang korang suka, biar nampak korang memang niat nak kawan je. Aku rasa semua orang kot tak suka kalau semua benda nak diluahkan terus kan?

Bila dah lama kawan, hmm time tu lah korang kena fikir patut ke tak jujur tentang perasaan korang. Tengok juga reaksi dia sepanjang masa korang berkawan tu, dia ada tunjuk tak macam dia pun suka korang. Kalau kita suka orang, mestilah kita nak dia suka kita balik kan? Daripada gaya dan cara dia sendiri kita boleh tahu perasaan kita ni berbalas ke tidak. 

Bila korang da yakin si dia pun ada perasaan yang sama, why not you confess your true feeling? Green light orang da tunjuk, so jalan je la kan? Hehe either dia terima ke tak itu belakang punya cerita. Janji korang dah cuba yang terbaik untuk jadi seseorang pada dia. So point nya dekat sini, carilah masa yang tepat kalau nak confess perasaan korang. Kenal dulu hati budi dia baru la teruskan misi menawan hatinya. Hehe :) So, good luck^^ True love akan selalu menang :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails