Sunday, June 16, 2013

JUST FOR YOU...My Dad :)

Assalamualaikum. Hari ni hari bapa. Hehe ada tak orang panggil ayah dia bapa? Hehe tak pernah lagi dengar . Haha me? Aku panggil abah. Kenapa panggil abah? Haha sebab lahir-lahir je semua panggil abah. Haha!! Let me introduce my dad :)


Inilah abah kesayangan saya. The one and only. Nanti kalau kahwin, baru dapat sorang lagi abah. Haha gatal yeeee. Tahun ni abah bakal berumur 60 tahun pada 18 September nanti. Aku masuk angka 2, abah masuk angka 6. Hehe ma dan abah saya sebaya tau. Hehe dua-dua orang kelate. Abah dah bersara. Dulu abah seorang polis bahagian narkotik. Dah lama dah abah pencen. Atas sebab kesihatan dan adalah sebabnya :)

Nak cerita pasal abah ni banyak juga ceritanya. Tapi sejak sekolah rendah lagi kawan-kawan semua mesti takut dengan abah, sebab abah polis. Haha biasa la budak-budak kan takut dengan polis. Sampailah masuk sekolah menengah pun sama, kawan lelaki ke perempuan ke semua takut. Haha dorang siap tanya lagi ayah garang ke. Haha abah tak garang langsung pun. Cuma entah maybe muka polis memang kena nampak cam garang kot, baru orang takut kan. Haha yang lawaknya masa zaman sekolah dulu memang budak lelaki tak berani la nak kacau kita ni sebab takut dengan ayah kita. Haha lawak je, padahal abah tak garang pun.

Abah pendiam, ma banyak cakap. Abah lagi suka diam. Kalau dalam kami 7 beradik ni, abah rapat dengan yang kedua dengan yang bongsu. Dengan dorang je abah macam banyak cakap sikit. Dengan aku? Biasa-biasa je. Hehe tapi abah memang sayang sama rata semua anak-anak dia. Abah kalau boleh kita ni nak pergi mana, biar dia yang hantar. Kitorang pun memang lebih rasa selamat bila abah yang hantar :) Kalau time birthday je, semua akan dapat kek. Kalau hari tu birthday, buka peti ais memang takkan kecewa la, mesti ada kek abah belikan :)

Waktu paling kitorang suka kalau gaji dah masuk, haha time macam ni, memang macam-macam abah beli. Haha so setiap bulan memang menanti la tarikh gaji masuk. Hehehh! Kalau kitorang teringin nak makan apa-apa kan,kadang tu saja sembang kuat sikit bagi abah dengar, haha esoknya mesti ada makanan yang kitorang nak tu abah belikan. Haha sweet tak ayah kita? :P

Tapi sekarang ni kesihatan abah tak berapa baik. Abah ada gout. Berapa kali dah masuk hospital. Memang tak boleh salah makan, confirm badan tak boleh gerak. Memang sedih tengok abah time dia tengah sakit. Jangan main-main woo dengan gout. Sakit gila kot, tengok ayah kita yang kuat pun boleh jadi lemah macam tu, kalau aku yang ada sakit tu confirm meraung satu Bidor dengar. Biasalah kita manusia biasa ni kadang tu tak dapat tahan nafsu makan kita, kat rumah ni memang dah berjaga-jaga dah pasal makanan tapi kadang tu abah teringin dia makan juga. Nak marah pun tak boleh, cuba letak diri kita di tempat dia, tak yakinlah mampu tahan je tengok makanan sedap-sedap tu.


Walaupun abah pendiam, dia banyak tunjuk kasih sayang dia dengan perbuatan. Keutamaan anak-anak melebihi segalanya. Encik Ismail bin Awang. Selamat hari bapa. Laa sayang abah sangat-sangat!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails