Thursday, June 27, 2013

KENAPA?

Assalamualaikum. Caring. Still caring sama macam sebelumnya. Kenapa ek saya tak boleh nak tengok dia sedih? Kenapa mesti je rasa nak tanya kenapa kalau dia sedih. Walhal kalau dia sedih, puncanya bukan saya .



Bila dia update benda happy, saya pun rasa happy tengok, meski pun tahu semua tu bukan untuk saya. Dulu memang selalu la tweet unmention, sembang dekat FB, Whatsapp, Wechat. Semua lah. Takpelah, asalkan saya tahu dia happy, tu pun dah cukup sangat-sangat. Sebagai mana dia tak suka tengok saya sedih, saya pun tak suka tengok dia sedih.

Pernah ada kitorang sembang, saya cakap saya taknak dah tweet sedih-sedih. Dia kata update la, nanti dia tak tahu dah saya sedih ke tak. Nampaknya saya berjaya dah, sekarang dah tak tweet sedih-sedih, tak nak dah dia risaukan saya. Saya tulis apa-apa kat blog pun saya dah tak bagitahu dia. Hehe dia pun dah dapat kebahagiaan dia sekarang. Alhamdulillah, saya happy untuk dia.

Dia cakap dia akan tetap jadi kawan saya. Sebagai kawan, saya harap dia okay-okay selalu, jangan sedih-sedih. Kena banyak sabar. Saya tahu awak sayang dia, so kenalah bertahan tau! Kalau ada pape nak cerita, saya tak kisah untuk dengar masalah awak^^

Bahagia dan duka tu umpama berpasangan. Tanpa sepalit duka, tak mudah untuk kita kecapi kebahagiaan. Anggap la duka tu sebagai rencah dalam sesuatu perhubungan yang dapat menambah warna hubungan itu :) Always pray for your happiness my friend^^

take one of this smile and please be happy back^^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails