Monday, June 24, 2013

Keperibadian :)

Assalamualaikum :)


sejuk hati..hehe :) pic from page:Kepala Hotak Kamu
Betul kan bila bertudung kita akan lebih dihormati, orang takkan buat sesuka hati kat kita, lelaki takkan tiba-tiba nak pegang-pegang kita kalau kita bertudung. Bertudung dan menutup aurat dapat protect diri kita daripada macam-macam dosa atas muka bumi ni.

Daripada zaman sekolah dulu lagi saya ni tak kawan sangat dengan budak lelaki, termasuklah classmates sendiri. Kira setakat kawan sekelas macam tu je. Memang ramai kata saya sombong pun, tapi bagi saya seorang perempuan memang patut ada rasa sombong tu. Bukanlah maksudnya sombong yang bila orang tanya elok-elok langsung tak nak jawab. Kalau orang tanya elok-elok kita jawab je la kan baik-baik. Maksud saya kat sini sembang yang setakat nak merapu-rapu, nk bergurau senda tak tentu pasal, tak payah kot.

Saya nampak sendiri kawan-kawan sendiri ada yang bertepuk tampar dengan budak laki tu dah jadi macam perkara normal, kira alhamdulillah la kawan-kawan lelaki saya tak pernah buat pelik-pelik kat saya. At least saya tahu saya masih ada rasa hormat daripada mereka. Kita perempuan, kena jaga diri baik-baik. Setiap hari kena cuba jadi lagi baik. Tu yang saya pegang sampai sekarang :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails