Monday, June 17, 2013

LAST WEEK KULIAH : Day 1

Assalammualaikum! Bila bosan-bosan macam ni, cerita pasal classmates confirm boleh tersenyum, tersengih, macam-macam lagi. Haha thanks matrik sebab campakkan saya dalam kelas yang memang happening tahap maximum nih! Yang istimewanya minggu last ni kitorang plan pakai baju warna sama tiap-tiap hari. Ini idea aku. Hehe saja je, cantik sikit kan bila bergambar. Haha tapi cakap kat budak perempuan je, yelah budak lelaki mana ada baju warna warni sangat kan. Heheh

Macam-macam dugaan juga la dalam mencapai misi pakai warna sama nih. Ada yang takde baju kaler ni lah, baju tu tak basuh lagi lah, macam-macam. Haha tapi secara keseluruhannya kelas ni memang kelas yang bekerjasama dan tak membantah. Good! Warna pilihan yang pertama, mestilah warna favourite organizer. Haha purple! Kak Miha dan Aimi mengambil inisiatif meminjam baju orang demi menjayakan kempen warna purple. Heheh

tempat wajib pergi hari-hari. CAFE PAK WAN
muka kenyang baru lepas breakfast
Selalunya hari Isnin semua orang cam bosan je, murung je. Tapi bila tengok semua kaler sama, tetiba rasa best je. Haha tapi geram dengan Cik Fairuz kerana gagal memunculkan dirinya!!! Eiiiii.




Haha ni antara gambar-gambar dalam lab chemistry. Kalau nak tau masa ni ada eksperimen! Madam Fauziah pun tak mampu nak control suasana huru-hara masa ni. Semua busy bergambar, aku lagi la, tak buat langsung experiment nih. Haha tab madam pun jadi mangsa kitorang bergambar. Madam dah faham sangat perangai budak-budak KD1T2 ni macam mana. Haha

Sebenarnya budak kelas aku bukan ni je. Ada 23 orang. Tapi ni jelah yang selalu nak join kalau bergambar. Yang lain tu susah sikit la nak ajak bergambar. Haha bukan susah sikit. Tapi susah sangat-sangat. Hahaha :D

Sir Aziman dan Madam Dhia
Haha aktiviti harian untuk minggu ni ialah bergambar dengan lecturer. So untuk first day ni, kami bergambar dengan Sir Aziman dan Madam Dhiaa ;) So, keep calm and wait for the second day entry. BUBYE!!




1 comments:

cucu umie said...

zaman matrik adlh zaman yg paling terbaik..yuhuhu dah merasa 3tahun lepas

Related Posts with Thumbnails