Tuesday, June 18, 2013

LAST WEEK KULIAH : Day 4

Assalamualaikum! Hehe bersambung lagi dengan rantaian entri pasal kuliah. Haha nampak sangat tak yang aku ni rindu matriks sangat? Haha memang rinduuuuuuuuuuuuuuuu! Rindu sangat-sangat dengan classmates. Ok purple sudah, merah sudah, hijau pun sudah, hari keempat kami semua pakai biru!!


Hari Khamis hari kegemaran sebab kelas start pukul 10. Hehe kelas first kelas English. Bila dah habis MUET relaks sikit la, boleh selalu tengok movie. Haha ni lah madam kitorang. Dia cantik kan? :)


Lepas English, Math tuto pulak dengan Madam Farihi :) Madam masa ni mengandung anak sulung. Sekarang dah pun bersalin, dapat baby girl :D Tahniah Madam :)


Dah habis tuto Math, on the way keluar cubicle nampak Sir Shakirin, haha singgah bergambar kejap^^ Ni lah 6 orang pelajar perempuan kelas A. Masa tuto math kelas kitorang pecah A dan B :)


On the way keluar pintu nampak pulak Madam Dhia. Madam Dhia ni lecturer pertama yang aku kenal di KMPk. Mentor KMM yang first sekali masa minggu MPPB :) Madam pun mengandung masa ni. Kitorang duduk kat matriks tu daripada zaman madam bujang lagi,sampai dah kahwin sampai laaaa ke mengandung anak sulung. Hehe lama kan??


Haaa, ni masa habis lecture Fizik, so kitorang pun ambil la gambar satu lecture KD1. Haha tapi tak semua ada dalam gambar ni, biasalah kuliah KD1 ramai artis, Busy sikit, habis lecture terus keluar. Haha tapi memang kuliah modul 2 PDT ni sikit jer berbanding dengan modul lain. Datang lambat pun buat relaks je sebab confirm ada tempat duduk untuk kau. Haha. Kalau korang tengok ni lah style nye, nama pun Modul 2 budak-budak nye gila-gila. Memang takkan jumpa satu gambar pun yang formal. Haha dalam ramai-ramai ni ada lecturer kitorang tau! Tapi dia pun dah tenggelam dalam gambar ni. Haha :D Yang dua gambar last tu kitorang dah geram sebab gambar kitorang kecik trus turun bawah sekali conquer gambar. Haha! :P

dah habis snap kat dalam lecture,sambung kat luar pulak. HAHA
from left: Samihah, Azila dan Liyana :)
kembar???
Haha ni lah dua kawan yang paling menceriakan bukan setakat kelas je, tapi kuliah sekali. Semua lecturer yang ajar memang akan kenal dua orang ni dulu. Haha sekali tengok dorang macam kembar kan? Haha serius dulu pun pernah keliru. Tapi sekejap je, lama tu makin terserlah perbezaan antara dorang. Yang samanya dua-dua baik hati sangat :)


Haaaa. Korang budak KMPk mesti kenal siapakah wanita ini? Haha! Korang jangan tipu la kalau tak kenal. Haha serius masa mula-mula masuk KMPk dulu pun rasa berbulu je tengok akak ni. Haha tapi bila dah lama menetap kat KMPk kitorang dah macam geng pulak dengan dia. Haha dia baik la, korang yang taknak baik dengan Kak Ija ni. Haha tak garang pun! ^^


Hahaha, ni gambar lepas kami makan ramai-ramai kat cafe. Time ni lah saya telah dimarahi oleh Cik Fairuz kerana merosakkan gambar. Haha actually betul-betul tak sengaja tercepat sangat alih muka. HAHHA. Sorry yeeeee korang tapi gambar first tu kan tak nampak sangat Naimah tuuuuu, haha ada hikmahnya tangkap kali kedua. HAHAHA :P Jangan marah tauuuuu.

Hehe sooo berakhir dah warna warni di KMPk. Haha Day 5? Wait for it!! ^^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails