Friday, June 7, 2013

LULUS DAN TAMAT :)

Assalammualaikum!! Hehe hari ni rasa bersyukur sangat-sangat sebab dah dapat status lulus dan tamat program matrikulasi :)

                           

Haha ayat yang paling disukai hari ni . Yelah 2 tahun kot belajar kat sana . PDT ye bukan repeat . So mesti la happy sebab dah berjaya habis . Haha nape la matriks tak ada graduation day , mesti best kalau ada . Haih ~ Lambat lagi la merasa pakai jubah konvokesyen .

Bercakap pasal result semester 4 ni apa yang boleh aku kata aku cukup berpuas hati . Mungkin ada yang menganggap biasa saja tapi bagi aku itu dah cukup . Akhirnya aku berjaya meningkatkan semula result aku yang jatuh merudum sejak sem 2 dan 3 . Syukur alhamdulillah . 

Terima kasih kepada family yang tak putus-putus bagi semangat , tolong hantar , tolong ambil , beli barang keperluan . Takkan lupa abang selalu pesan 'belajar rajin-rajin.Tak suka pun kena belajar jugak' Haha sebab dia tahu aku tak minat sains . Kakak-kakak pun banyak sangat membantu , bagi nasihat , bagi duit . Haha adik yang sorang tu pun selalu ada bila diperlukan . Thanks!

Next terima kasih kepada pensyarah-pensyarah semua . Sejak daripada semester 1 sampailah semester 4 . Pensyarah paling diingati mestilah Madam Fauziah , dia paling caring , paling selalu tegur aku . Dia pernah marah aku dan kata aku extra lalai dalam pelajaran . Sampai terngiang-ngiang ayat tu kat telinga . Haha tq madam . Tq jugak kat pensyarah lain yang baik sangat ! Takkan lupakan Sir Aziman yang sporting dan suka mengusik , Sir Mie yang sangat penyayang dan suka bergurau , Encik Kassim yang selalu cool , Miss Tuan Arfah yang lemah lembut tetapi tegas , Madam Azia yang sangat baik dan cantik , Miss Amal yang tegas tapi baik hati , Madam Jun yang cantik dan excellent in English , Sir Selva yang memahami dan sporting , Madam Dhia yang peramah dan cantik , Madam Farihi yang comel dan tegas , Sir Shakirin yang kelakar dan sporting , Madam Mordiah yang penyayang dan penuh sifat keibuan , Madam Zila yang sentiasa caring dan tak mudah marah , Encik Zaki yang rajin dan comel , Encik Azizudin yang handsome lagi bergaya , Ustaz Zubaidi yang tegas tapi kelakar , Encik Soma yang penuh disiplin dan berpengalaman , Madam Faezah yang comel dan ceria , Miss Nurul Huda yang tegas tapi penuh perhatian , Madam Siti Rahayu yang kecil molek lagi baik hati dan ramai lagi pensyarah yang pernah menggantikan kelas tutoran mahupun kuliah . Saya sayang semua pensyarah-pensyarah . Semua sangat caring dengan students . :)

Seterusnya terima kasih untuk kawan-kawan se-tutoran , KD1T2 . I will make special entry for you guys :) Kawan-kawan se-lecture yang sentiasa menggamatkan suasana , kawan-kawan se-PDT , kawan-kawan PST masa batch 2011/2012 , adik-adik PST batch 2012/2013 , roommates , ex-roommates , adik-adik bilik sebelah dan semua lah yang mengenali diri ni sepanjang 4 semester kat sana . I love you alls !

Tak dilupakan thanks so much to my close friend yang banyak bagi semangat dan selalu ada dengan saya untuk semester 4 . Dia memang kawan yang memahami dan banyak membantu saya dari segi emosi . Harap persahabatan takkan musnah walau apa pun jadi . Insyaallah :)

Apa yang boleh dikatakan , terima kasih yang tak terhingga , semoga kita semua beroleh kejayaan . Insyaallah ! :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails