Wednesday, June 26, 2013

♥ Rabiatul Nabila Baharuddin ♥ Amalina Mustafar ♥

Assalamualaikum, haha nak bagitahu siap-siap ini entri yang dah berkurun lama dalam folder draft dan tak siap-siap lagi. Hehe ni tengah cuba nak siapkan jugak!

Hari ni aku nak cerita tentang 2 kawan baru di matrik . Antara ramai-ramai kawan kat sini , aku paling rapat  dengan dua orang . Okey , this special entry is for both of you :)

First word yang aku akan terfikir bila teringat Nabila adalah COMEL . Yeah , jujur dia memang comel . Aku tahu ko akan buat muka annoying bila aku puji gini kan ? Hehe , tapi memang kau comel nak buat macam mana . First word tentang iena pulak adalah MENGGELEJAT . Hehehe :p Iena ni memang suka sangat menggelejat, rasanya korang faham kan? Tak tak, dia bukan gedik, memang dia semulajadi manja gitu~ Hehe

from left: Iena dan Nabil
Macam mana boleh kenal mereka ?
Okey imbas kembali ke semester satu. First kenal mereka berdua time dekat lecture hall. Masa tu tengah bahagi-bahagi kelas. Tercari-cari aku manalah bakal classmates. Tapi first person yang aku kenal ialah Fairuz.. Lepas tu baru kenal dorang, tanya nama, start dari situ la kenal. Masa first day kuliah tak pergi dengan dorang lagi, tak sempat ambil nombor pun time tu, so first day aku pergi kelas dengan Amalina (modul 3) sebab kitorang kenal masa KMM. So , lagi rapat dengan dia la time tu :) 

Tapi ina tu modul lain, so ada kelas yang dah tak sama hari tu, da kena berpisah, so ternampak dua orang budak di atas dan baru teringat yang dorang kan sama kelas dengan aku, haa. Start dari sini la kitorang rapat. Pergi kelas sama-sama, makan sama-sama, buat kerja sama-sama. Mandi je tak sama-sama. Hehe. Mula-mula berkawan for sure la segan megan. Hehe. Cakap pun sopan nak mampus, haha. Biasalah kawan baru kan. Bilik dorang sebelah menyebelah je. Bilik aku jer terasing jauh sikit . =,= 

Tapi aku tak pernah kesah pun hari-hari nak kena pergi bilik dorang time nak pergi kelas pagi, petang dan kalau ada apa-apa program kolej, sebab aku tak biasa sendirian. At least aku kena ada seorang kawan. Memang daripada dulu macam tu. Dah lebih 7 bulan kitorang berkawan, pernah ke gaduh? Tak pernah, cuma berlakon gaduh tu selalu lah. Hehe. Baru hidup happening. 


Haha ok bahagian atas tadi ditulis masa baru 7 bulan berkawan, ok yang bawah-bawah ni semua selepas 2 tahun berkawan :)


Kalau ikut dari segi persamaan aku lagi banyak sama dengan Iena, suka masam, suka usha orang, bila usha pulak, mesti taste sama, haha siapa yang aku suka, Iena pun suka, haha sampai berebut-rebut. Haha :P Takdela kitorang saja suka-suka je, lepas stress duduk KMPk. Warna pun suka warna sama. Makan pun suka yang sama. Masa first masuk KMPk, purse kitorang sama, sebijik! Haha. Dengan Iena pernah ke gaduh? Macam tak pernah je. Haha

bukan saje-saje tangkap gambar ni kan Nabil? :P
Dengan Nabila pulak selalu aje tak sama tau, haha kadang tu sampai rasa nak jerit kenapa tak samaaaaa padahal kita kawan baik. Haha ni la first time aku ada kawan baik yang sangat banyak beza pendapat. Haha lawak je rasa bila fikirkan banyak kali merajuk secara senyap-senyap dengan Nabil. hehe mesti dia pun sama kan selalu merajuk senyap-senyap dengan aku :) Maaf tau!


Dulu masa sem 1 dan 2 kalau pergi kelas aku akan pergi bilik diorang, selalunya bila aku sampai bilik dorang, Iena siap dah, tapi Nabila.... Krikk krikk krikk. Haha dia mesti tak siap lagi! Haha actually aku jenis tak suka tunggu orang bersiap. Haha sebab aku tak suka datang lambat. Tapi tengok dia relaks je, aku rasa macam dah lambat dah tapi kalau pergi bilik dia mesti dia tak siap lagi. Haha lama-lama aku dah boleh faham dah perangai dia dan boleh membiasakan diri dengan situasi tersebut :)

Lama-lama aku pun dah terikut sama dah. Sem 3 dengan 4 makin lambat pulak kitorang datang kelas. Haha kalau boleh 7.59 pagi baru keluar bilik. Haha. Kadang tu aku pulak yang terover lambatnya sampai dia tunggu aku kat depan tangga. Haha lawak je rasa.


Kitorang bertiga memang rapat sangat-sangat. Sampai tak boleh nak dipisahkan kot! Kalau ada masalah aku selalu cerita dengan Nabila, dia macam matang sikit. Haha Iena ni selalu jadik tempat aku release stress, tempat aku bergembira, gelak ketawa haha sebab mood Iena ni memang constant macam tu je, ntah bila dia sedih pun aku tak tahu la. Haha

tempat bermanja pun dia jugak :)
Yang bagusnya Iena ni otak dia seriously suci sangat-sangat! Tak payah la korang try cakap benda pelik-pelik aka 18 sx depan dia, dia takkan faham punya! Haha takkan lupakan satu kejadian yang dia pergi tanya satu kelas maksud satu perkataan tu, Ya Allah huru hara jadinya. Haha

with PotPot :)
2 kawan baik aku ni memang comel-comel, tu yang dorang memang ramai gila peminat :P Aku? Aku tak de. Hihihi :P Tengok la muka manis-manis je kan, sape tak suka. Haha Dalam kelas sendiri pun dah berapa ramai yang tersangkut belum kira budak kelas lain lagi. Haha untunglah kan ramai peminat :P

Masa baru masuk KMPk Nabila ada dapat tawaran SPA, tapi dia tak pergi. Masa sem 3 pulak, Iena pulak dapat tawaran tu. Hmm masa tu aku sedih sangat-sangat. Tahap macam kecewa putus cinta dah. Aku sayang sangat kat Iena. Masa dia dapat tahu dia dapat SPA tu dia datang bilik aku. Masa tu kitorang still dekat blok Intan lagi. Masa dia bagitahu dia dapat tu seriously dalam hati aku dah rasa nak nangis. Sebab aku tahu dia mesti pergi.

Semua kawan-kawan pujuk, cakap better dia pergi. Aku sorang je tak pernah cakap macam tu. Tiap-tiap hari aku tanya dia, dia pergi tak, dia mesti jawab "Iena tak tahu". Tapi daripada awal lagi dah memang tahu dia akan pergi. Lepas je dia pergi, tinggallah aku dengan Nabila je, budak-budak lain suka usik kitorang sebab tinggal berdua je. Yelah sebab kitorang memang rapat sangat-sangat. :(

I wish you were here~
Yang lagi buat aku sedih, Nabila selalu tak sihat. Dia selalu tak dapat pergi kelas. Masa tu aku la sorang-sorang. Masa ni la aku mesti ingat kat Iena, dalam hati mesti cakap "Kan best kalau Iena ada", mula la rasa sebak je. Tapi aku lagi sedih tengok Nabila asyik tak sihat, kesian sangat aku tengok, lembik aje lah hai.

Lama-lama, aku dah biasa dah kalau Nabila sakit, aku kena sorang-sorang. Time macam ni lagi la seronok classmate aku nyakat aku. Sabar je lah kan. Haha Sampaikan makin lama aku sendiri rapat dengan orang lain berbanding dia. Tapi aku tetap sayang Nabila. Dia selalu ada dengan aku, susah senang aku semua dengan dia. Sedih aku semua dia tahu. Sakitnya hati aku semua dia tolong dengar ceritanya. Mana la aku tak sayang dia :)

Ok kat bawah ni aku selitkan la sikit memories dengan dorang, yang takkan aku lupakan :)


Hehe, ingat lagi tak nie la pic pertama kite tangkap sem 1 together-gether. Skemanya kite kan? Haha kad matrik kat luar tudung, muka comot nak mam, badanku tembun macam apam. Haha. Lawak kan? Tapi inilah permulaan kenangan kita. Masa first day kelas, aku da rasa macam 'okey aku nak berkawan dengan dua budak nie '. Lepas tu tiap hari kita pergi kelas sama-sama, makan sama-sama, buat kerja sama-sama, tak siap kerja pun sama-sama. Hehe. Tapi sem 1 rajin sikit. Weee~


Nie la kerja kita hari-hari kan, asal ada masa terluang jer mesti bergambar, sikit-sikit bergambar, tapi aku tak pernah dapat lawan comel korang. Haha. Nape kome cute sangat haa ? :) Aku tak reti senyum dalam gambar. Husaini pun ada kata aku senyum senget. Haha. Time ni kad matrik aku da masuk dalam, korang still kat luar lagi . Hoho :p


Ingat lagi gambar nie? Masa nie sambutan raya kt KMPk. Kita snap pic banyak kali sebab aku nak cari gambar yang terbaik nak bagi kat iena untuk birthday dia. Jenuh juga, sume gambar macam tak best, and finally aku rasa gambar ni paling cantik :D Aku suke sangat gambar ni , Sebab semua macam comel jea . Haha . Perasan sekali sekala tak salah kan ?

kita dan makanan, macam isi dengan kuku. HAHA
Masa nie jamuan KMM, susah payah kan kita usahakan jamuan nie, akhirnya berjaya jugak. Sebenarnya aku happy sangat dapat kenal korang, sebab aku rasa aku boleh cerita semuanya kat korang, semua pasal aku korang tau. Sebab tu aku sayang korang sangat tau :')

ada rahsia di sebalik gambar ni kan Iena? HAHA
Antara moment yang takkan aku lupa tentulah part usha orang. Haha. Taste aku dengan Iena mesti sama, siapa aku suka, Iena mesti suka. Tak payah tanya pun aku dah tahu, kan Iena :) Memang ramai sangat la kan masuk senarai, sampai tak terkira. Haha. Aku selalu refer kat Iena dulu baru aku refer kat Nabila sebab taste makcik nie lain sikit daripada kitorang. Haha. Nabila suka masukkan orang dalam kotak A atau B :p


Ini lah gambar zaman-zaman kami datang awal ke kelas. Hehe, lama-lama mana sempat bergambar, sampai-sampai je kelas dah start. Haha biasa la makin lama makin lambat pergi kelas. Hehe. Gambar ni aku rasa korang comel sangat. Err pernah ke korang comot? :)


Papa John time :)
Yang takkan aku lupakan juga bila diorang geram aku dah nak sama saiz dengan dorang, haha jujurnya memang aku banyak gila turun berat duduk KMPk tuh. Haha. Selalu je dorang tak puas hati. Haha :P Tapi kitorang memang sukaaaaaaa sangat makan. Boleh jadi duta cafe kot. Hehe. Ingat tak masa sem 1 selalu sebut lapolapolapo laju-laju. Haha siap ada lapar kuasa avogadro constant la, kuasa infiniti la. Hehe macam-macam. Habis je kelas terus lepak cafe^^


Ya Allah, aku sayang sangat dekat dorang. Aku harap jarak takkan ubah apa-apa dalam persahabatan ini. Aku just nak dorang tahu yang dorang ada tempat yang istimewa dalam hati aku. :) Mintak maaf sangat-sangat kalau (memang ada pun kan) buat salah silap, terkasar bahasa, tertinggi suara tanpa sedar, terbuat korang tacing dan segala ter lagi, I'm sooooo sorry :) Sahabat selamanya. InsyaAllah, Amin :)

2 comments:

dayat adnan said...

ienaaaa comel. sy peminat diaaaaa ! :D
jila, buat pasal aku pulakkkk..

Nur Azila Ismail said...

@dayat adnan hahaha sorry late reply.. nantikannnnn tgh cari gmbr lg ni. ahahhaaa

Related Posts with Thumbnails