Saturday, June 22, 2013

SETIA itu menyakitkan?

Setia. Apa yang anda faham tentang setia? Setia ni dah jadi macam satu kewajipan la dalam perhubungan. Kalau tak setia? Jangan pelik kalau hubungan tu tak bertahan lama.


Hidup penuh dengan pengalaman. Aku juga pernah merasakannya. Aku pernah jadi seorang yang tak setia dan aku pernah jadi seorang yang terlalu setia. Tapi tahu kan kewujudan term 'what goes around comes around'? Sekali kau buat jahat, tak mustahil benda tu akan kena balik pada diri kau.

Dulu aku pernah menduakan seseorang. Well, masa tu sekolah lagi. Bodoh lagi. Orang bercinta kau pun nak bercinta. Ada sorang bf kat sekolah, sorang dekat luar sekolah. Ingat diri ni hebat nak kekalkan dua-dua? Lastnye terkantoi. Yang first bertahan dalam 4 bulan, dengan yang kedua tu aku mampu bertahan hampir 2 tahun, lepas aku nekad pilih yang kedua dan tinggalkan yang pertama. Tempoh aku menduakan mereka tak sampai 2 minggu pun, tapi bila disuruh buat pilihan, aku pilih yang kedua. Bila aku dah pilih dia, memang aku jadi seorang yang setia, aku ambil iktibar daripada hal dulu. Lastnye sebab aku tak nak terikat dengan sesiapa, lepas hampir dua tahun dengan dia, aku minta putus walaupun dia tak mahu.

Lepas tu mula la kehidupan single. Tak terikat dengan sesiapa, tak perlu lagi term setia dalam hidup. Aku boleh kawan dengan sapa-sapa pun tanpa ada yang kesal. Bila aku putus, aku tak suka lost contact, aku takkan buat dorang macam stranger. Sampai sekarang still kawan dengan semua ex, walaupun yang aku duakan tu, sampai sekarang dia still tegur macam biasa. Aku fikir juga, dia ni tak benci aku ke? Boleh dia terima orang buat dia camtu? Ahhh semua tu dah lepas.

Tak lama lepas tu, datang seorang lelaki berjaya ketuk pintu hati aku. Sifat dia sangat-sangat aku senangi. Start dengan berkawan, sampailah aku suka dia, dia suka aku. Masa tu tahun aku SPM. So memang aku tekad tak nak ada relation dengan sapa pun sampai aku habis SPM, sebab tu kita kawan saja. Lepas SPM, aku kena pergi PLKN. Masa tu aku still tak rasa nak ada apa-apa relation dengan dia sampailah aku dah masuk sendiri PLKN dan bila fon aku disimpan aku rasa kehilangan. Tak pernah aku buat, aku sendiri yang minta nak jadi gf dia. Haha gila tak? Sebab aku tahu apa yang aku nak, aku kena juga ikat dia jadi someone dalam hidup aku. Haha dia setuju la kan, haruslah. Haha

Bila aku dah dengan dia, aku memang setia sangat-sangat. Bukan setakat kayu tiga, kayu dua pun aku tak main. Kitorang memang happy sangat-sangat. Apa yang paling aku suka, dia tak gatal. Haha memang aku tak suka orang gatal. Rasa nak tampar je. Lagi satu kitorang tak selalu cakap sweet things, bila ayat manis tu selalu diucap, dah tak special da, kitorang lagi suka cakap sekali sekala je ayat sweet camtu. Lebih meaningfull. kiranya more to friend. Aku selesa macam tu. Dia pun selesa.  Tapi lepas aku kerja pizza,  ada tu dalam sebulan juga dia tak contact aku. Aku blur sangat kenapa tiba-tiba je dia berubah. Aku mesej dia hari-hari. Dia tak balas. Aku nak jumpa, dia jauh. Sampai la aku masuk matriks, hubungan still tak baik. Lastnye dia ada tulis entri dekat blog kitorang, kata dia nak aku fokus study dekat matriks, dia kata kalau boleh dia nak beku dulu hubungan ni. Lepas matriks sambung. 

Aku tak nak macam tu. Lastnya bila aku minta penjelasan dia, akhirnya dia jujur, dia ada orang lain. Masa tu bayangkan la perasaan aku macam mana, yelah aku dengan dia tak pernah bergaduh apa, tak pernah kurang apa pun, tiba-tiba jadi macam ni. Aku rasa hati aku macam dah takde dah waktu tu. Over tau. Hehe. Lastnya dia tinggal aku macam tu je. Banyak la kesinambungannya lepas tu tapi tak perlu la aku mention apa jadi.


Yang aku nak tunjuk sekarang ni, jangan la sesekali jadi orang yang tak setia. Kalau kau ada 2 pilihan, pilih la satu. Kau tak kan boleh miliki kedua-duanya. Bila aku ditinggalkan aku tak boleh nak marah langsung, aku anggap tu sebagai balasan sebab dulu aku sendiri pernah buat hal yang sama. Sampai ke saat ni, dah 2 tahun pun aku putus dengan dia, tapi aku tetap tak jumpa pengganti dia. Maybe untuk masa ni biarlah aku kekal dengan status ni.

Setia bukan hal main-main. Itu kayu pengukur tahap ke'serius'an kau dengan pasangan kau. Aku dah lama tinggalkan sifat tak setia tu, dah tanamkan rasa setia dalam hati, tapi hal tu tetap jadi juga. Di saat hal tu jadi, jadi pada orang yang aku simpan angan-angan masa depan dengannya. Tentu korang dapat bayangkan perasaan nya macam mana kan? Kecewa tak terkata. Tapi aku tahu Allah dah sediakan seseorang untuk aku. Cuma belum masanya dia untuk muncul dalam hidup aku.

Sampai sekarang still contact dengan semuanya.
F , N , H dan A ....


Jodoh. 
Mungkin seseorang yang pernah kita kenal,
Mungkin seseorang daripada masa lalu,
Mungkin seseorang yang pernah kau jadikan teman baik,
Mungkin seseorang yang pernah kau berselisih faham,
Tak ada siapa yang tahu sampai tiba masa kita perlu tahu :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails