Wednesday, June 19, 2013

Tanya Diri Sendiri

Tak suka menjawab, tak suka ditanya.
Sedangkan diri suka bertanya pada diri sendiri.
Setiap hari bertanya.
Gembirakah aku?
Inikah jalan hidup yang dicari?
Senyum yang aku pamerkan
Adakah tulus dari hati?

Siapa yang tak mahu gembira
Siapa yang tak mahu tersenyum manis
Tapi jika hanya duka yang terlihat
Apa aku punya pilihan lain?

Di saat ini cuma menanti
Agar perjalanan hidup kembali sibuk
Supaya ruang kosong di minda
Terisi dengan ilmuNya
Dan aku akan terus mendoakan dia.
Kerana aku tak mahu dia risaukan aku lagi
Semoga gembira selalu :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails