Friday, June 21, 2013

TETAPKAN PILIHAN!!

Berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Satu hal yang sulit untuk dilakukan. Tapi bagi yang berjaya lakukannya, tersenyumlah kerana punyai hati yang mulia. :)

Hari ni dengar masalah daripada seorang kawan, actually dalam sebulan sebelum habis matriks sampai la sekarang kitorang selalu share masalah sama-sama. Kalau dia ada masalah, aku tahu dah siapa puncanya and u know what saya tak suka orang main-mainkan perasaan kawan saya. Ni buat kawan saya macam alat mainan pulak kan. Memang rasa nak pijak je manusia macam ni.


The problem is, the guy already ada girlfriend. Dah kapel memang lama, bertahun-tahun since zaman sekolah lagi. Gf dia sekarang student degree, so agak busy then dia pun ambil la kesempatan main kayu tiga pulak dah. Memang la start nya kawan saya dan budak lelaki tu kawan saja, tapi lelaki dan perempuan memang susah nak jadi sekadar kawan je kan? Confirm akan wujud perasaan lain. Kalau kau berjaya elak perasaan tu wujud memang kau hebat la. Tambahan pulak gf dia tu busy sangat, so kurang la masa contact agaknya jadi this guy jadikan kawan saya sebagai spare part.

Hello, kau seronok la kan ada dua perempuan. Pernah tak kau letakkan diri kau tu dekat posisi awek kau dengan kawan aku ni? Masalah makin serius bila kawan aku ni dah berapa kali nak tinggalkan dia tapi guy tu tak nak. Lorrr sebab apa tak nak bro? Sebab kau nak dua-dua kan?? Mana boleh. Dalam hidup ni ada ke yang nak diduakan? Ada ke suka kalau tahu bf dia ada orang lain?

Haha aku memang emosi sikit kalau orang kacau kawan aku. Tambahan pulak, gf dia tu pun kawan aku dulu. Dengan slumber badak nya lelaki ni mempamerkan hubungan mesra dia dengan kawan aku tu depan aku walhal dia tahu aku kenal dan kawan dengan gf dia. Wahai kedua-dua kawanku, aku bukan nak kata apa la, kalau sekarang dia dah boleh buat korang macam ni, boleh lagi ke korang nak percaya kat lelaki tu??

Yeah I know its all about feeling, mana la kawan aku tahu bakal wujud perasaan 'asing' tu kan, niat nak berkawan je, tapi termesra pulak. So terus terang aku nasihatkan kawan aku tinggalkan aje that guy, he does not deserve you at all. Terang-terang dia curang kan? Kadang-kadang kita memang kalah dengan perasaan kita sendiri tapi fikir balik, boleh ke kita bahagia nanti? Boleh jamin ke dia takkan ulang salah yang sama kalau dia pilih kita pun?

Setakat yang aku tahu lelaki tu jadi rapat dengan kawan aku sebab gf dia dah jauh dan busy. Aku tak rasa hal tu boleh jadi alasan untuk kau duakan gf kau. Maybe kau dah tawar hati ke apa tapi kau tetap kena buat pilihan, kalau dah suka kawan aku, nak tak nak kau kena lepaskan juga gf kau. Takkan nak gantung dia tak bertali?

Dan tadi, kawan aku pun dah nekad dan setuju dengan cadangan aku. I'm sorry friend, cuma pada pandangan aku, ini yang terbaik. Aku tahu kau baik. Ada insan yang lebih layak dapatkan kau, kawan. Please treat him as a friend only. Ignore all the sweet text from him, pujuk rayu ape semua, just ignore!! Dia sendiri tak mampu nak pertahankan kau so why should you? Aku tahu kau kuat. Aku tahu kau mampu. Please keep your promise. Kalau satu masa nanti memang tertulis jodoh kau dengan lelaki tu, aku harap lelaki tu tak buat hal yang sama lagi. Tu je aku minta.

Kenyataannya. Lelaki tu pun kawan aku. Bila dia buat perangai macam ni, aku tak bercakap dah dengan dia. Kau faham-faham sendiri la permainan yang kau sendiri cipta ni..

Related Posts with Thumbnails