Sunday, June 2, 2013

Ya Allah :'(

Assalamualaikum .. Buat pertama kali aku rasa diri aku ni dihina sangat-sangat dan aku rasa sedih sangat-sangat sebab apa yang aku buat diperkatakan orang . Salahkah aku berkawan ? Sepanjang kami berkawan aku tak pernah buat perkara buruk pun . Aku cuma menjadi sahabat dia . Adakah menjadi masalah aku yang berumur 20 tahun berkawan rapat dengan seorang lelaki yang berumur 19 tahun ?

Apalah salah aku sampai aku dihentam oleh pelajar junior di kolej aku . Sepanjang aku 2 tahun di sana aku tak pernah ada seorang pun musuh dan aku tak pernah mengganggu hidup sesiapa pun . Aku bukan menyalahkan sesiapa tetapi aku sendiri terkejut sebab ini pertama kali terjadi dalam hidup aku . Aku tak pernah dilabel sebegitu . Kalau aku tulis di sini mungkin ramai yang akan menganggap mereka sangat melampau .. Tak guna aku ingat perkara sebegini tapi takkan semudah itu aku lupa semua yang mereka perkatakan . Mungkin yang baru aku tahu cuma 1% , yang lain-lain ? 

Mungkin pada pandangan mata dia aku yang salah , tapi aku cuma meluahkan rasa kecewa aku kepada rakan-rakan dan termasuk D sendiri . Setiap orang pasti rasa terhina jika dilabel sedemikian . Termasuklah aku , seorang manusia biasa . Saat aku menulis entri ini , memang mata aku sudah berair . Mereka tak tahu betapa seksanya aku tunggu Matriks habis kerana aku tak sanggup lagi berhadapan mereka . Aku sanggup menghabiskan hari-hari aku di bilik kawan cuma kerana tak sanggup kau rasa sakit hati jika ternampak aku . Saat aku tahu rupanya bilik kau berhampiran dengan aku , aku tak tahu nak kata apa . Speechless . Kita tak pernah bertegur , apatah lagi senyum . Siapa sangka dalam hati kamu tak berpuas hati dengan aku .

Memang salah aku kerana bercerita , tapi aku cerita pada kawan-kawan yang menyayangi aku . Semua marah kenapa aku berdiam diri walaupun dah dilabel macam tu ? Aku cuma tak mahu bergaduh dengan sesiapa , aku tak suka bergaduh , aku tak suka bermasam muka dengan orang . Aku tak pernah berniat nak tunjuk baik . Orang yang kenal aku saja tahu sifat aku . Aku memang takkan balas balik apa yang orang buat . Kalau nak tahu , tindakan kawan aku seperti follow kau , tengok kau bila nampak kau , bukan atas arahan aku . Aku tak pernah arahkan kawan-kawan aku . Dorang buat macam tu sebab tak suka  kawan dorang ini dipijak sesuka hati . D sendiri pernah marah aku sebab aku sendiri tak berusaha pertahankan diri aku daripada dipijak sesuka hati . Kawan aku pernah cakap dorang nak bersua muka dengan kau tapi aku cakap tak perlu sebab aku dah maafkan apa yang kau pernah cakap .

Aku sangkakan habis matriks segalanya berakhir . Tiba-tiba kejadian sama berulang lagi . Mampukah aku bersabar untuk kali kedua ? Hubungan aku dengan D bukanlah seperti yang orang sangkakan , kami bukan kekasih , bukan adik dan kakak angkat , kami cuma berkawan . BERKAWAN . Memang kami pernah keluar berdua dan kami pun dah menyesali perbuatan itu jadi kenapa orang lain perlu perbesarkan hal ini . Kenapa kami berdua jadi tumpuan sedangkan di sana ramai lagi pasangan yang memang sah ada hubungan ?

Sekali lagi mungkin salah aku sebab berkawan rapat dengan dia tanpa menyedari diri aku siapa . Yalah , senior perempuan berkawan dengan junior lelaki . Ramai menganggapnya satu masalah . Janganlah berfikir macam budak-budak . Tak lama lagi kita nak masuk degree dah , please be matured . Dia bukan hak sesiapa . Aku faham dia ramai peminat , aku sendiri faham situasi dia . Aku tahu banyak mata yang memerhatikan , banyak hati yang kecewa tapi kami memang tak ada hubungan apa-apa . Adik bukan , couple pun bukan . Tolonglah faham perkara ini .

Tolonglah ubah perangai . Kita ada bahasa yang elok untuk digunakan , kenapa kita perlu gunakan bahasa macam tu . Walaupun aku sakit hati sangat-sangat , aku tak pernah label kau apa-apa pun . Tapi bila hidup aku diganggu kali kedua , aku tak boleh terima. Dia dah jauh untuk aku cerita masalah aku , semua aku kena hadapi sendirian . Yang penting aku tahu diri aku , perangai aku . Dengan serendah-rendah hati aku nak mintak maaf pada kau kalau ada yang aku cakap buat kau sakit hati . Entah lah aku tak tahu part mana yang kau sakit hati , jadi aku minta maaf secara keseluruhannya .

Tak salah untuk meminati seseorang dan jadikan orang tersebut crush , tapi kita tak ada hak untuk mengawal hidup dia , dengan siapa dia berkawan , itu hak dia . Aku sendiri sebagai kawan tak pernah melarang dia . Aku tak pernah bercakap buruk tentang sesiapa yang dia rapat . Kenapa kalian yang tak kenal aku boleh judge aku sebegitu ? Seriously aku tak faham dengan perangai manusia .

Saya harap ini kali terakhir awak dan kawan awak ganggu saya , baca tweet saya atau apa sekali pun . Kalau rasa saya ini menyakitkan hati , lupakan terus nama twitter saya , nama facebook saya atau apa-apa yang berkaitan dengan diri saya . Memang apa yang kalian pernah baca itu semua tu cara saya berbual dengan D . Nak terima atau tidak terpulang . Sekali lagi saya minta maaf sebab saya tak jadi senior yang baik . Penemuan twitter anda adalah secara tak sengaja . Tak perlu diceritakan di mana saya jumpa tapi semasa itu lah saya tahu yang awak bercakap tentang saya . Penemuan blog awak juga secara kebetulan. Mungkin Allah nak tunjuk pada saya yang secara saya tak sengaja saya telah sakitkan hati anda . Oleh itu dengan seikhlas hati saya minta maaf pada semua jika saya yang bersalah . Saya hanya manusia biasa :'(

Sekian , assalamualaikum



0 comments:

Related Posts with Thumbnails