Tuesday, July 30, 2013

Baju kita SAMA!

Assalamualaikum!^^

Hari ni nak cerita satu kejadian masa dekat Matriks. Hehe kat matriks memang banyak sangat kejadiannya kan. Haha ada la satu hari tu, saya dan kawan saya tukar baju. Kiranya saya pakai baju dia, dia pakai baju saya. Dia memang nak sangat pakai baju kurung saya tu. So, saya pun pinjam lah satu baju dia.


Tiba-tiba, masa saya tengah makan kat kafe dengan kawan saya, kawan saya cakap ada orang pakai baju sama macam saya! Haha actually we all memang dah tahu baju kawan saya tu memang ada orang yang ada sama sebijik baju tu. Tapi tak sangka la pulak kan waktu saya pakai baju dia la budak tu pun nak pakai! Haha

Saya buat-buat cool je, tapi malu jugak la. Ada budak perempuan meja lain sengih-sengih, gelak ketawa pulak kan tengok saya dengan budak tu pakai baju sama. Budak tu relaks je saya tengok. Habis je makan, saya lalu tepi meja budak tu dan tersenyum cakap Baju kita sama laaa! Hehe. 

Actually tu laaaa first time sepanjang 2 tahun saya duduk KMPk, saya pakai baju kurung sama dengan orang! Haha bukan baju saya lak tu. Haha kenapa la dia pun nak pakai baju tu pada hari tu. Hehe yang lawaknya masa pergi kelas petang, kawan cakap budak tu dah tukar baju. Haha kesian dia, saya relaks je pakai baju tu sampai petang. Hihi.

p/s : So korang macam mana? Pernah ada pengalaman pakai baju sama dengan orang?

Wednesday, July 17, 2013

Galau~

Galau-Five Minutes

Katakan saja, jangan kau sembunyikan

Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hati
Mesti sekedar mengukir hatimu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

(sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan) putus dengan aku
(sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku) galau




Hahaha tak la baru pun lagu ni tapi first time dengar dulu terus suka. Haha kebanyakan lagu favourite i memang jiwang miwang pun. Dulik apa aku. Best apa layan lagu camnih. Hahaha korang test la dengar kalau tak pernah dengar. Kalau best, bagus, kalau rasa tak best, sukati korang laaaaa. Hahahaa :P

Amende galau ni? Faham ke tidak maksudnya? Haha Galau ni maksudnya macam kemurungan lah secara tiba-tiba gitu, macam rasa sedih yang amat sangat kot. Haha tengok lah lirik lagu ni, kan lirik putus cinta kan? Haha so tu lah maksudnya galau ni.

Haha saja je promote lagu-lagu favourite saya. Lain kali saya tulis lagi. Kbye:P

Tuesday, July 16, 2013

Dulu....

Assalamualaikum.


Dulu masa sekolah rendah cikgu selalu cakap nanti dah habis sekolah rendah jangan masuk sekolah sebelah ni, sekolah sebelah ni semua budak jahat-jahat. Kalau belajar takkan ke mana pun. Masuklah sekolah asrama mesti boleh berjaya. Masa sekolah rendah aku selalu exam dapat nombor 1, semua cakap aku pandai. Kalau jatuh pun, jatuh nombor 2. Jadi masa darjah 6 aku pun mohon lah MRSM dengan sekolah berasrama penuh. Bila keluar result UPSR, dapat 5A. Memang happy sangatlah. Harapan memang nak sangat masuk sekolah asrama takpun MRSM tu. Tapi lepas keputusan MRSM keluar, aku tak dapat, sekolah asrama pun tak dapat. Masa batch aku tu ada 5 org je pun yang dapat 5A dan aku seorang saja yang tak dapat offer asrama. Serious masa tu aku rasa sedih sangat-sangat, kecewa sangat-sangat sebab tak dapat.

Jadi, aku pun masuklah sekolah menengah harian. Sekolah yang cikgu sekolah rendah kata teruk tu. Sekolah yang dikatakan untuk budak-budak jahat tu. Tu lah sekolah aku. Aku dapat masuk kelas first. Dalam kelas tu, budak daripada sekolah rendah aku ada la sorang dua je, yang lain semua budak sekolah lain. Masa tahun tu jugak aku dapat jemputan untuk datang hari anugerah sekolah rendah aku, untuk anugerah cemerlang UPSR. Masa tu aku segan gila nak datang. Aku malu dengan cikgu sekolah rendah aku yang kutuk sekolah aku sekarang ni. Jadi aku buat keputusan aku tak datang. Aku minta tolong ayah aku ambilkan anugerah tu.

Bila ayah aku balik, ayah pun bagi lah hadiah tu pada aku. Ada sijil dan trofi. Lepas tu aku pun tengok lah buku aturcara majlis tu. Pihak sekolah susun nama budak dapat 5A tu ikut sekolah, bukan ikut siapa paling cemerlang. Jadi mesti kau orang faham kan? For sure nama aku lah paling last. Aku tak kisah pun. Aku sedar betapa pentingnya nama sesebuah sekolah tu, betapa gahnya orang pandang bila kata budak tu sekolah asrama. Aku faham. Tapi yang buat aku rasa nak menangis sangat bila cikgu sekolah rendah tu tanya adik aku, kenapa aku tak datang. Adik aku cakap la aku tak sihat. Lepas tu dia kata cikgu tu cakap Alaaahhh, sekolah kat sebelah ni je pun, itu pun tak boleh nak datang. Kawan lain ni sekolah jauh-jauh pun boleh datang. Serius aku rasa dalam sedih sangat-sangat sebab cikgu pandang rendah kat aku macam tu.


Jadi aku pun bersekolah lah dekat sekolah menengah yang asyik kena kutuk tu. Bagi aku ok jer sekolah ni, ramai je budak pandai just nasib tak berapa baik nak dapat sekolah asrama. Classmates aku semua bijak-bijak. Majoriti budak cina dan india lah. Yang Melayu pun semua pandai-pandai. Lagi satu yang takkan aku lupa ialah cikgu Bahasa Inggeris aku masa Form 1. Dia pernah cakap aku bangang. Kejadiannya masa kelas dia aku ada lah tak faham makna satu perkataan ni so aku buka la kamus nak cari maknanya. Dia tiba-tiba berdiri tepi aku cakap Awak ni dah bangang sangat kenapa bukak kamus? Serius aku terdiam. Jantung aku berdegup pantas. Semua kawan-kawan aku terdiam. Terkejut dengan apa yang cikgu tu cakap. Hmm aku pun tak tahu salah ke buka kamus kalau tak faham perkataan tu.

Tak la nak kata setiap exam aku dapat result bagus, tapi tak la teruk mana. Tak de sampai kena turun kelas. Tak la exam nombor last. Alhamdulillah. Masa PMR aku dapat 8A. Setiap kali aku ingat apa yang cikgu pernah cakap kat aku, marah aku. Masa tu lah aku akan rajin belajar. Aku tak suka orang pandang rendah dekat aku cuma sebab aku sekolah biasa. Aku yakin kat mana pun aku sekolah, aku mesti boleh berjaya jugak. Masa nak SPM pun aku ingat benda sama. Tak de hal la kalau setakat dua tiga orang nak jatuhkan aku, ada ramai lagi nak sokong, bagi semangat untuk aku terus bangun. Aku yakin satu hari aku akan dapat berdiri sama tinggi dengan budak-budak sekolah asrama dan aku takkan malu nak mengaku aku belajar dekat mana sebelum ni.


Bila result SPM keluar, aku dapat 6A, ada jugak kawan yang sekolah asrama dapat result macam aku. Aku cukup bersyukur dah aku dapat 6A tuh tapi sayangnye Addmath aku tak kredit. Tapi memang aku tak leh ngam pun dengan Addmath. Hehe :) So isilah UPU dan apply Matrik. Nak masuk matrik? Lagi la aku tak harap langsung. Dah Addmath dapat D matrik mana lah nak ambil. Tapi Allah Maha Adil, dulu Dia tak bagi, sekarang dia bagi. Dua sekaligus. Aku dapat UPU, Matriks pun dapat. Masa tu tak mampu nak kata apa-apa selain syukur. Bila dah timbang tara, aku masuk Matriks. Kuasa Allah juga, dekat Matriks, aku jumpa balik kawan sekolah rendah aku yang sekolah asrama tu, dorang pun masuk Matriks jugak. Betul lah Allah lebih tahu. Aku dapat berdiri sama tinggi dengan dorang, yang bezanya aku PDT, dorang PST.

Walaupun aku habis setahun lebih lambat tapi aku tak patut merungut langsung dengan rezeki yang Allah bagi ni. Masuk Matrik, sebut lah gred apa yang aku tak pernah dapat. A B C D E F. Semua aku dah pernah rasa. Haha. Teruk kan aku? Dah dapat peluang aku sia-siakan. Tapi aku tak lah malas sangat belajar, dalam diri still lagi tanam niat nak sambung belajar, masuk U hebat-hebat, kerja bagus-bagus. Hmm cakap pasal MUET pulak aku mesti lah akan teringat cikgu English yang aku cerita kat atas ni. Aku takkan lupa setiap orang yang pernah hambur kata-kata kurang menyenangkan kat aku. Sebab tu aku buat elok-elok Muet aku, alhamdulillah dapatlah band 4. Aku buat semua ni bukan atas sebab nak tunjuk aku bagus kat cikgu-cikgu, aku just nak puaskan hati aku sendiri. Inilah cara aku. Aku akan ingat semua kata negatif yang orang pernah cakap dan masa tu lah semangat aku akan meningkat.

Lepas 2 tahun belajar Matriks, dan sekarang pun dah terima transkrip akademik, bila tengok, memang macam-macam gred ada. Pointer aku bukan semakin menaik, tapi dah macam gaung. Tinggi,rendah sikit,paling rendah dan menaik. Masa isi UPU tu serius aku rasa nak nangis, aku takut U mana lah nak terima aku nanti dengan result macam tu. Aku kecewa sebab tak dapat tunaikan janji dengan diri sendiri nak capai pointer tinggi-tinggi. Tiap sem aku mungkir janji. Teruknya aku ni. Aku isi U sampai rasa segan nak isi 4 kotak atas tu. Tapi aku percaya dengan rezeki Allah, why not aku cuba isi.

Bila result UPU keluar, malamnye tu aku dah redha je dapat mana pun, janji aku sambung belajar, yelah Matrik bukan ada sijil pun. Kiranya aku ni masih kelulusan SPM je. Nak tak nak memang kena sambung degree kalau tak sia-sia je lah masuk Matriks. Masa nak cek tu punya lah debar. Alhamdulillah syukur aku dapat UKM. Memang tak terfikir langsung akan dapat. Aku rasa nanti aku masuk sana maybe result matriks aku tu antara result yang paling rendah antara semua bakal student tu. Hehe.

So apa yang aku nak sampaikan kat sini, janganlah sesekali putus asa kalau ada yang kita mintak tak termakbul. Sesekali kena rasa sakitnya jatuh, sakitnya diperli, sakitnye dikutuk dan dipandang rendah sebab semua tu merupakan pembakar semangat untuk kita terus gapai impian dan buktikan pada mereka yang kita pun boleh berjaya! Jadi belajar kat mana-mana pun sama asalkan kita berusaha untuk berjaya. 

Ya inilah aku, bekas pelajar sekolah rendah yang warga Bidor kutuk sekolahnya, bekas pelajar sekolah menengah harian yang cikgu sekolah rendah kata tak bagus, bekas pelajar matriks yang orang selalu pandang rendah sebab dua tahun. Ya, inilah aku dan i'm proud to be myself :)

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Assalamualaikum..
Haha saje-saje bosan tak de keje join lah giveaway ni mana tahu sangkut salah satu hadiah. Haha :D



Haha so bagi sape yang nak join gak boleh la klik SINI
HAHA GOOD LUCK :)

Sya :)

Assalamualaikum. Hehe dah berapa hari tak update pun pasal classmate. Hehe so hari ni nak sambung ke orang seterusnya iaitu Sya! :)


Hehe inilah si cantik manis Sya. Dia masuk lewat sikit. Kalau entri yang lepas-lepas tu semua budak first intake, so dulu kelas kitorang just sikit je la, dah masuk second intake baru ramai dan meriah nak roboh. Haha. Kenal Sya ni masa lecture Math, first class untuk dorang lepas daftar kat Matrik. Dia duduk sebaris dengan kerusi kitorang, tepi Nabila. Hehe tu yang kenal dulu tu.


Sya ni sangat baik orangnya, lemah lembut, cantik, comel, kecik molek, Ya Allah memang serius boleh buat kita rasa tenang je tengok dia. Cara dia cakap sopan. Memang Sya ni cukup pakej la. Hihi. Selalu segan dengan dia bila tengah merepek merapu dengan classmate. Hehe tapi Sya ok je, dia pun suka buat lawak. Haha kalau korang tak pernah dengar dia buat lawak, rugi laaa :D


Antara perkara tak boleh lupa masa sem 1 kelas tutorial chemistry. Haha aku dengan Sya tiba-tiba kena marah dengan Madam Fauziah. Hahahah serius terkejut time tu. Haha sebabnya kitorang bercakap time tu, elok la pula time kitorang tengah cakap la pun Madam tiba-tiba pandang. Hahaha padahal baru saat dan ketika itu bercakap. Sobsob. Haha sedihh


Sya ni suka sorang-sorang. Memang aku salute la dia sebab dia sangat berdikari. Ntah bila aku boleh jadi macam dia. Aku ni nak jalan pergi cafe sorang pun dah rasa gelisah. Haha teruk betul. Betul lah kata Sya dalam surat yg dia bagi tu. Kita memang kena belajar sorang-sorang. Hope nanti kat universiti aku boleh macam dia :) Dengan tak kenal sape-sape lagi ni, memang kena berdikari la nanti :)


To Sya, tahniah sebab dapat UiTM. Nanti belajar rajin-rajin tau! Hehe. Tq sebab selalu puji kita. Haha malu tau. Tq jugak untuk surat yang Sya bagi tu. Nak balas tapi tak sempat so Jila balas kat sini la ye. Sya take care tau lepas ni. Makan banyak sikit! :P Hehe happy dapat kawan dengan Sya. Hope persahabatan kita terus kekal. InsyaAllah^^


Friday, July 12, 2013

DEGREE..Syukur Alhamdulillah^^

Assalammualaikum semua^^ Ya Allah syukur alhamdulillah sebab diberikan peluang untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana muda selepas 2 tahun di matrikulasi. Ya Allah sangat bersyukur sebab terpilih kali ini :)


Haha tepat jam 12 tengah hari semalam aku dah hantar mesej cek upu. Haa gila excited kan?? Haha punya tak sabar aku nak tahu siap simpan mesej nak cek tu dalam folder draft, tepat je pukul 12 aku terus send. Haha sebab tu ramai pelik apesal aku dah dapat cek kan. Haahaa biasalah aku memang tak suka debar lama-lama, pahit ke manis ke aku lagi rela kalau tahu awal. Daripada nak tertanya-tanya je kan.

klik untuk gambar yang lebih gemuk
So tak lama pun check by sms dan aku dapat, Ya Allah aku dapat UKM. Pilihan pertama yang aku letak tu aku dapat. Syukur sangat-sangat. Seriously aku tak letak harapan nak dapat research U sebab pointer aku kat matrik tak sampai 3 pun. Huhu serious aku rasa macam kerdil jek nak masuk U dengan pointer ni. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan aku pun dapat tawaran ke UKM-Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Multimedia). Haaa gila tak panjang nama kos aku?

Masa isi UPU dulu aku fikir banyak kali jugak nak mintak kos apa. Dengan bantuan kakak aku, aku pun apply lah kos ni. Hmm memang ramai kata kos ni tough, susah gila tapi kalau ini rezeki yang Allah bagi, tentu ada hikmah dan insyaAllah aku akan cuba yang terbaik. Dalam fikiran aku kelmarin serious aku rasa takkan dapat research U, aku memang target nak UiTM, kos kejuruteraan sistem maklumat, kos tu aku letak pilihan pertama dalam 8 pilihan U selain research U. Tapi alhamdulillah dapat dekat UKM aku seriously happy dan terkejut sangat!

So UKM pun dah buat satu group dekat FB dan dekat group tu pulak dah ada link untuk ke group fakulti masing-masing. Serious banyak info yang aku tahu daripada group ni dan dah jumpa ramai kawan baru yang dapat kos sama. Hehe so kos aku ni di bawah Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Kolej kediaman pun dah tahu, aku dapat Kolej Ungku Omar. Hmm haha tak tahu la bape jauhnya dari fakulti yang pasti takkan mampu nak jalan kaki la. Haha so lepas ni naik bas la ke kelas^^

yuran yang buat aku rasa nak ikat perut 3 tahun. klik untuk gambar yang lebih gemuk
Haaa cite pasal yuran. Haha memang tak de dah yuran 3 angka macam matriks. Haha so marilah mengorek tabung untuk bayar yuran ataupun mintak Encik PTPTN tolong lah bayar yuran saya. Haha. Cerita dekat ma pasal yuran ma relaks je, kenapa aku rasa macam membebankan ma nanti. Sobsob maybe sebab yuran kakak dekat UPSI before this lagi mahal kot tu ma relaks je tu. Mula la aku terasa jelesh dengan kawan-kawan UiTM. Haha takpelah nak belajar kena lah berkorban sikit kan. Hehe nasiblah 3 tahun je kos ni. So must study hard to achieve high pointer!!! Ceyyy semangat gila kan. :)

Hehe so setakat ni dulu kot perkongsian. Haha entri classmate matriks pun tertunggak kejap sebab sibuk benau dengan UPU nye hal ni.. Hhee so kawan-kawan jangan lupa sahkan terima tawaran ye. Tahniah to KD1T2 sebab kita semua berjaya ke Universiti. Yeyyyy!^^ 

Tuesday, July 9, 2013

Semakan UPU dan USM sesi 2013/2014

Assalamualaikum, Nampak debaran kian sampai ke kemuncaknya bagi lepasan matrikulasi, asasi dan STPM  sesi 2012/2013 dan saya salah seorang yang sedang merasai debaran itu. Dup dappppp sangat nih. Hahah tak sabar nak tahu dapat U mana, negeri mana, kos mana, sama dengan kawan yang mana. Haha korang pun sama kan kan? Jadi macam mana nak semak keputusan UPU dan USM sesi 2013/2014 ni?



Ok lah, untuk sesiapa yang memohon USM, semakan boleh dibuat pada hari Khamis 11 Julai 2013 melalui http://pohon.usm.my 

Bagi permohonan UPU pula, tarikh semakan adalah pada 11 Julai 2013 bersamaan hari Khamis bermula jam 12 tengah hari.
Untuk semakan melalui SMS:
taip UPU RESULT no ic dan sms ke 15888 (contoh: UPU RESULT 940303043454)
Untuk semakan melalui laman web:

Jadi saya nak ucapkan good luck untuk semua yang bakal menerima khabar gembira daripada UPU dan USM. Harap kita dapat lah pilihan yang atasssss sekali. Amin. Mana tahu rezeki bulan Ramadan kan. Hehe! Dah tahu jangan lupa share ok :D

Monday, July 8, 2013

Hadee dan Fizi :)

Assalamualaikum :D So, hari ni aku cerita tentang 2 orang sekali gus, sebab gambar dorang takde banyak kat aku. *sedih*


Hehe yang ni namanya Hadee. Antara yang paling senyap dalam kelas yang nak roboh akibat kebisingan tuh. Haha susah kot nak dengar dia bercakap. Tapi sebenarnya dia ni suka je bercakap tapi dengan geng dia la.. Haha Hadee ni partner lab Fizik aku. Hahaha walaupun partner, tapi tak macam partner pun. Hahaahaa kitorang banyak diam je. Buat experiment sama-sama pun senyap je. Tapi kalau Sir Mie tak tetapkan dia partner dengan aku, mesti aku memang takde sembang dengan dia sampai abis Matrik. Ada hikmahnya kan.


Hadee ni baik, haha classmates aku semua baik-baik ok. Yang aku tahu Hadee ni rajin pergi masjid. Alhamdulillah. Kalau malam mesti nampak dia kat cafe, baru balik daripada masjid. Hehe. Bagus-bagus. Cakap pasal Hadee ingat lagi masa mula-mula sem kitorang tengok muka Hadee ni macam muka Iena kot. Haha sekali tengok macam takde sama pun, tapi actually kalau tengok betul-betul ada la sama nya.


Hadee ni kalau dia bercakap susah sikit aku nak faham. Dia bukak mulutnye kecik sangat so apa dia cakap jadi leper gitu. Hahahaha Hadee ni pandai English kot, ingat lagi masa sem 1 ada tugasan yang kena story telling tu, kitorang memang terhiburlah tengok dia dengan Jamal. Ada bakat terpendam gitu. Hehe


Yang ni pulak nama dia Fizi. Masa awal-awal sem 1 dulu dia ni kawan baik dengan Hadee. Haha Fizi ada dengan kitorang satu semester je. Lepas tu dia keluar. Sedih sedih. Tak sangka pun dia akan keluar. Tapi maybe rezeki dia kat tempat lain kan.


Yang aku ingat pasal Fizi ni dulu aku dengan Iena suka gak la tengok dia. Hahaha sebab dia smart. Lagi-lagi bila dia pergi kelas pakai vest ke apa ek nama baju yang pakai dengan kemeja tu. Yang takde lengan tu. Haaa memang macho kot. Hahahaha :P Lagi-lagi bila dia senyum ada lesung pipit. Mahal doeee. Haha. Dia ni pun jenis senyap jugak, tak bising sangat. Hehe tapi okay lah nak diajak bersembang. Lepas keluar pun kitorang ada jugak la contact dan dia ada kenalkan aku dengan kawan dia. Nama siapa tah tak ingat pulak. Hehe kira okay la lepas dia keluar still lagi ingat dekat classmate dia ni :)

curik from fon ana :P
curik from fon husaini :P
To Hadee dan Fizi, walaupun tak rapat sangat tapi aku happy dapat kenal korang. Hope kita dapat terus jadi kawan. Hehee panjang umur moga jumpa lagi^^

Sunday, July 7, 2013

Fiza :)

Assalamualaikum. Hehe hari ni aku nak cerita tentang Fiza pulak^^


Hehe inilah dia Fiza or nama sebenar dia Wan Nor Hafizah binti Wan Mohd Khazim. Haha tengok nama macam asal dari Kelantan tapi dia ni orang Kedah, cakap pun memang agak pekat la loghat dia. Hehe. Fiza ni antara orang terawal kot aku kenal kat KMPk, terperasankan dia secara tak sengaja masa orientasi. Dia duduk depan aku, Ya Allah, bising sangat-sangat, ramai je orang pandang dia pelik time tu. Haha aku dalam hati cakap lerrr kenapa dia ni kan. Macam hyperactive benar. Haha dan aku berharap jugak janganlah satu kelas dengan dia. Haha tapi yang dikata jangan tu lah jadi kenyataan. Masa first time nampak dia dalam kelas, speechless terus. Haha

Fiza yang jangok masa sem 1,2 :D sem 3, 4? :P
Dia memang bising gila la hai masa awal-awal sem 1, tak berhenti mulut bercakap. Kalau dalam lecture, memang dia lah antara orang first yang orang akan kenal. Haha takkan lupa setiap kali lecturer baru masuk lecture dia mesti akan tanya cadangan buku rujukan. Haha gila lawak. Sampai sekarang rasa nak tergelak bila teringat pasal tu. Dia selalu la bertengkar mulut dengan budak kuliah, haha gurau-gurau je tapi budak lelaki dulu memang suka la sakat dia. Perkataan dia yang paling femes dulu hekkkk mu. Hahaha adoi serius lawak.

shawl wehhh :D
Tapi lama-lama dia makin senyap kot. Tak la senyap sepenuhnya tapi kesian jugak la dia sebab ada orang duk mengata-ngata dia bising padahal modul 2 ni memang bising pun. Haha kesian kat dia masa tu :( Yang aku tahu orang kedah memang banyak cakap sikit dan bahasa dorang memang macam kasar tapi memang style dorang cakap macam tu. Kita ni tak biasa berkawan dengan orang sana dah tersalah anggap kat dia kan. Padahal dia ok je.

orang yang paling boleh sabar dengan Fiza. Hehe :D
Kalau dalam kelas tu takde dah orang lain yang boleh buat aku panas hati selain dia ni. Haha dia selalu cakap Jila tak suka aku. Sambil buat muka seposen dia. Hahaha tak la Fiza, actually mana ada macam tu, just kadang-kadang tu aku tak dapat control emosi bila dengan kau. Tu yang kau nampak macam aku tak suka hang. Tapi tak la, aku ok je, just kadang tu geram gila jugak la aku dengan kau ni. Haha 

haha cuba cari mana satu Fiza ? :P
Antara perkara yang akan mengingatkan aku pada dia ialah kalau cakap pasal tudung. Hehe, dulu dia rajin pakai tudung bawal, lama-lama dia suka pakai tudung sarung tu je tapi dia panggil tu tudung serelong. Hahhaa camtu ke ejaannya aku pun tak tahu. Haha paling takkan lupa bila aku tengah tunggu Nabila kat bilik dia, lepas tu mesti nampak Fiza baru nak keluar gi kelas, tak pakai tudung. Haha aku ingat ehh budak ni nak free hair ke apa. Haha rupanya sambil dia jalan tu sambil dia pakai tudung. Haha untungla kan pakai tudung instant. 2 saat je dah siap. Haha :D


Kalau Apess lelaki yang selalu tak sihat, Fiza pulak versi perempuan. Hehe tapi memang kesian la kat dia. Parah jugak dia kalau sakit, tak boleh bangun semua. Memang kesian la kalau tengok dia. Memang dia ni banyak buat aku rasa kesian, pasal kes roommate tu pun satu hal. Kesian sangat kat dia. Saboooo je la kan Fiza :) Fiza ni pandai wehhh lagi-lagi Math. Ada sekali tu time kuiz aku tiru dia, tak la bajet dia betul semua, sekali bila aku dapat balik kertas, full mark wehh. Haha gila kau aku dapat integration full mark. Nampak beno tipunye kan. Haha tapi dia memang pandai la, pergi kelas memang jarang la kan tapi otak cepat pick up, ape de hal kannnn. :D

Dia ni jugak seorang yang boros! Haha sorry to say tapi memang terserlah sangat. Haha aku tak tau la sehari dia habis berapa duit. Kita yang tengok ni pelik. Sekali outing dua tiga ratus habis, kitorang sume fikir dia ni ada pokok duit ke apa kan duit tak pernah habis. Ke elaun dia 4 ribu aku pun tak tahu. Haha tapi dia pemurah gak. Kalau dia ada duit dia tak kedekut pun^^ Kalau ada pemenang penyumbang wang paling besar kepada cafe, bistro, kedai siswa dan shopping mall kat Ipoh tu, memang aku rasa dia lah penyumbang utama. Haha :D
zaman Fiza kurus daripada aku. HAHA
To Fiza, hehe aku nak minta maaf banyak buat kau terasa dengan aku. Seriously aku sayang kau, sama macam yang lain. Tapi kau ni aku dah anggap tempat untuk aku bergaduh. Haha kau pun sama kan? Haha tapi gaduh main-main je kan kan. Hehe aku harap kau tak la lupakan aku. Hehe walaupun kau selalu kalut, best kawan dengan kau. Kau baik dengan aku :) Harap kesihatan kau akan okay selalu dan take care okay^^ Semoga friendship kita terus berkekalan Insyaallah^^


Saturday, July 6, 2013

Nordin :D

Assalamualaikum. Hehe lepas Ana haruslah Nordin kan. Hahahhaa :P



Nordin ni antara nama yang aku cepat ingatlah. Yelah dalam seminggu first kelas masa sem 1 dulu berpuluh kali kena perkenalkan diri. Haha aku cepat ingat nama dia sebab 'Nordin', klasik kan nama dia. Bila dia sebut nama dia Nordin bin Harisfathillah. Dahi aku cam berkerut juga la, sedap nama ayah dia. Cam terbalik pulak nama dia ni. Hehe tapi kalau nama dia Haris macam tak sesuai la pulak. Hehe :D Aku cepat cam dia sebab dia sama sekolah dengan Nabila. Uish dah la sama sekolah, matrik pun sama, kelas pun nak sama. Haha lawak.

tu dia beg yang dia sangkut kat bahu tu
Yang aku takkan lupa pasal Nordin ni dulu dia suka bawak pouch bag tu. Mesti ada la kat pinggang dia. Aku mula-mula tak faham jugak le nape classmate aku sorang ni mesti kena bawak benda tu, macam tengah meniaga apa-apa lak kan. Hehe tapi tengok memang dia sayang la beg tu, ke mana pergi ada. Bayangkan pakai kemeja smart-smart pun dia pakai jugak. Kira macam cara nak kenal dia lah. Macam identiti dia la beg tu.


Lagi satu warna-warna kemeja dia. Haha warna yang jarang kot budak KMPk pakai masa sem 1 dan 2, bila kitorang masuk sem 3 baru lah nampak junior pakai kemeja kaler terang benderang. Dasyat ah batch 94 punya warna kemeja. Hijau, kuning, merah, oren, pink sume ada kot. Hahah so dulu aku tengok Nordin sorang jek pakai kaler gitu. Haha ramai lak pengikut dia pastu.. :P

Dia selalu tak bagi orang panggil dia Nordin, suruh panggil Ujang, ahhh dulik apa, aku nak gak panggil dia Nordin. Nama tu kan satu doa. Tak gitu? Hehe dia kata Nordin tu bukan dia, Ujang barulah dia. Errr pelik pulak kawan aku sorang ni. Haha :D

Aku ingat gak masa PSPM Sem 1 dia duduk belakang aku, ada sekali tu lepas exam kimia kertas satu dia mesej aku cakap thanks. Aku pelik la nape lak cakap thank you kan. Lepas tu dia balas kata dia nampak aku kertas jawapan aku. Haha cisss kurang asam. Nasib baik la gred aku time tu bagus jugak, kalau tak sia-sia je dia tiru aku kan. Hahah


Sebenarnya aku tak berapa tahu sangat peribadi dia ni, tapi Nabila la banyak gila cerita pasal dia. Hahah please lah jangan sekali bukak cerita pasal dia ni, berjela-jela kisah dia keluar daripada Nabila. Haha sampai aku tak larat dengar la. Haha budak-budak perempuan lain mesti faham kan kalau sembang pasal Nordin, sampai bosan pun dorang ni still tak berhenti cakap. Aku pun musykil. Haha. Tapi dia ni makin lama makin senyap pulak dalam kelas. Tapi exam jangan cerita la, hebat kot dia ni. Maybe tu rahsia kejayaan dia kot. Hehehe dia pandai Kimia, sama macam Ana, opsssss. Haha jangan marah. :P 


Haha to Nordin, thanks sebab jadik kawan aku kat matriks, hope tak lupa la kat aku ni. Hehe jangan lupa gunting rambut dan kemaskan diri ok. Haha jaga diri jangan buat benda pelik. Kejar kejayaan ok. Hope kau berjaya selalu dan dapat ubah kehidupan family kau. Insyaallah^^ Amin :) Take care kawan dan semoga friendship terus berkekalan^^

Terima Kasih :)

Assalamualaikum^^ Just a short entry for someone..


Saya nak ucap terima kasih sebab wakilkan diri untuk cari jalan penyelesaian. I know its hard for you to make that decision and I hope after this no more problems happen to us. Apa yang awak buat jelas buktikan yang awak memang orang yang baik. Thanks so much. Harapnya semuanya tamat setakat itu sahaja dan takde benda buruk akan jadi lagi..

Hehe once again thank you so much my friend^^

p/s: Hope kejadian tanam diri sendiri dan pengsan takkan jadi next week! Haha :P

Friday, July 5, 2013

Ana :D

Assalamualaikum! Phewww, da sampai ke orang yang ke 8 dalam sesi entri mengenang classmate. Haha gagah jugak ye aku cerita pasal sorang-sorang. Al maklumlah penganggur terhormat. Haha so kali ni aku jadikan Ana sebagai mangsa. Hahaha


Inilah dia Noor Farhana. Kalau Husaini kawan lelaki paling pemurah, Ana ni boleh dikatakan kawan perempuan yang paling pemurah sekali. Dia tak pernah kisah langsung pasal duit, belanja kawan semua. Sampaikan kita pulak yang segan dengan dia. Bila nak bayar, dia tak bagi, ada tu sampai marah-marah sebab tak bagi bayar. Kau ada kawan macam ni? :P 


Kalau cakap pasal Ana, first thing yang aku ingat ialah pengetahuan dia, bukan je pasal matrik, pasal negara, artis, pengetahuan am semua la dia tahu. Memang boleh digelar google la dia ni. Haha aku ni update pasal semua benda pun sebab tahu daripada dia ni. Haha memang banyak sangat benda tersimpan dalam otak dia ni. Haha so kalau tak tahu something, refer je kat dia, mesti dia akan jawab dengan pantas dan tepat. Haha

Kalau masa mula-mula dulu masa masuk kelas ada sesi berkenalan kan. Memang seminggu la sesi berkenalannya. Haha yang buat aku ingat kat Ana ni sebab rumah dia kat Gopeng. Memang dekatla dengan Matriks. Masa mula-mula rasa lawak dan tertanya-tanya la tak bosan ke budak ni belajar kat tempat yang dekat sangat dengan rumah, lama-lama jelesssss la pulak sebab dia ni tiap-tiap minggu balik rumah. Uwaaa memang jeles habis la sebab rumah dia dekat. SOBSOB


Next thing yang akan aku ingat ialah warna favourite dia. Dia SANGAT suka warna oren. Jam oren, beg oren, purse oren, pencil case oren, baju, tudung, semua lah oren. Haha aku pulak memang tak suka kaler striking macam tu tapi dia suka gile, oren tu pulak bukan yang slow, yang terang benderang tu dia suka. Haha masa mula-mula agak tak boleh trima la tapi lama-lama rasa ehhh lawa jugak kan warna oren. Haha lepas tu dia suka warna hijau pulakkkkk. Dah suka warna hijau, sume benda hijau pulak. Haha Ana Ana. Sampaikan Samihah pernah ajar aku cara nak ingat colour changes dalam kimia ni dia suruh aku ingat warna favourite ana, dulu suka oren, lepas tu hijau. Haha memang aku ingat sangat.


Ana sangat suka pergi kelas ok. Haha dia takkan ponteng kalau takde sebab. Punyalah baik. Kitorang ni haa baru pening sikit dah malas pergi kelas. Haha so hari-hari tak yah risau la, Ana mesti ada punyalah dalam kelas. Hehe rajin dia ni, pandai pulak tu. Ana pandai kimia. Yang kitorang terkontang-kanting tu lah dia pandai. Hebat hebat.


Ana suka makan. Haha macam aku tak pulak kan :P Tapi dia masa sem akhir banyak kot makan. Haha aku terkejut jugak bila selera makan dia tetiba macam gajah kan. Haha tapi lawak la bila teringat ada sekali tu kitorang beli roti canai, sorang dua, ceyyy dia dengan yakinnya nak satu je. Haha bila balik bilik tengah makan, dia punya habis dah. Haha dia still lapar. Haha kecewa gila muka dia menyesal tak beli dua. :P Kitorang pun dengan berlagak nya makan roti canai depan dia. Hahaa kesian Ana.


Ana ni pelik sikit. Haha time orang betul-betul marah dia, dia buat tak tau je, tak kisah je. Tapi time orang tak marah pun, bersungguh dia minta maaf. Haha ni antara benda yang aku tak faham pasal Ana ni. Haha pernah sekali tu kitorang gaduh dengan dia. Tapi aku sampai sekarang tak faham puncanya apa. Haha tapi teruk gak la time tu, dia tak tegur dengan kitorang pun. Sobsob aku lagi la tak faham sebab tak tahu menahu pun. Masa tu sem 2. Tapi lama-lama ok balik dan lepas tu jarang da gaduh, kalau gaduh pun kejap je. Aku ingat lagi ayat dia, kalau fikir nak merajuk memang boleh, tapi fikir kita kat sini tak lama, kalau terasa hati tu buat-buat macam takde apa lah, dah tak lama duduk matrik. Hehe setiap kali aku macam ter touching dengan kawan-kawan, aku mesti ingat ayat dia ni.



Haha kalau dalam kelas, Ana rapat dengan semorang tapi dengan Nordin ni lain. HAHAHA sorry Ana tapi bila cakap pasal Ana mesti teringat pasal dia jugak. Haha rasanya classmates lain pun mesti sama kan? Hhahaaha. Serius kitorang suma rasa korang serasi. Haha macam saling melengkapi gitu. Haha. Jangan marah tau Ana, nanti kena jual :P Tapi dorang kawan je :D






Haha bila belek-belek gambar, aku perasan Ana ni suka tangkap gambar tapi dia suka menyelit, i mean kepala je nampak gitu. Haha kiranya dia suka duduk belah belakang gambar. Haha dia dah la kecik, tak nampak dia. Haha memang dia kecik, paling kecik dalam kelas kitorang tu. Haha rasa cam budak sekolah pulak kan. Haha :D


To Ana. Thanks sebab jadi kawan yang baik sangat-sangat. Bagi Jila, Ana ni sangat menghargai persahabatan. Memang nampak jelas sangat. Takkan lupa kenangan masa kita sama-sama plan birthday Fai, masa online cari nak beli pizza apa. Lawak sangat masa tu sorok-sorok sebab taknak Fai tahu. Takkan lupa jugak masa kita main jawab teka teki tengah-tengah malam Ana bangkang jawapan teka teki, masa masak maggie goreng, Ana tak reti nak buang air maggie tu. Rindu juga time setiap kali birthday orang, Ana takut kena prank haha tapi sekali dah main air, Ana paling over pose. Takkan lupa suara Ana yang kuat dan rasa bengang setiap kali cakap Ana tak dengar. Haha seriously rindu Ana. Ana take care okay. Hope persahabatan kita berkekalan Insyaallah^^

Thursday, July 4, 2013

APESS :P

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam entri mengenang classmate. Haha the next person is Apess!



Haahaa inilah dia makhluk yang bernama Apess ataupun nama sebenarnya Muhammad Nurhafeze bin Rashid. Err betul ke ni ejaan nama kau weh? Haha masa mula-mula masuk kelas dulu confused jugak la sebab ada sorang lagi pun Hafizi jugak. Nama ayah dorang pun dekat-dekat jugak. Haha

aku syak dia tengah membebel kot time ni? HAHA
macam ni la muka dia kalau time jahat. HAHA :P candid photo


Apess ni hobi dia suka sangat sakat orang. Haha memang suka sangat la dia kalau dapat usik orang kan. Haha sampai rasa pelik pulak kalau tetiba je dia baik kan :P Lagi naik tanduk dia kalau ada geng dia. Haaa memang lagi power lah dia mengusik orang time dia ada geng. Takde sape yang tak pernah jadi mangsa dia menyakat kot. Haha kalau dia sorang, senyap sikit. Bahahaa. Aku dengan Apess ni takde la rapat sangat tapi ada jugak la rahsia dia yang dia kongsi dengan aku. Haha :P :P


Cakap pasal Apess benda first yang aku ingat kulit dia. Hahaha dia putih wehhh. Kitorang panggil dia white man. Lagi tak boley blah bila ada classmate nama Fiza ingat dulu dia ni orang luar negara belajar kat Matrik. Hahaha time dia cakap tu memang aku dan kawan lain gelak gila-gila la sebab walaupun Apess putih tak pernah lak terfikir nak cakap dia ni orang luar negara. Hahaha :P


Next thing yang aku ingat pasal Apess ni muka dia kalau dia tengah tak sihat. Muncung sedepa kot. Haha gurau. Tapi memang kesian lah kalau tengok dia time dia tengah sakit. Lembik sangat nampaknya. Kepala atas meja je kalau tak sihat. Tapi selalunya memang tak nampak terus da dia kalau dia tengah tak sihat. Dia jugaklah salah sorang classmate yang selalu tak datang. Hehe selalu tak sihat. Apess jaga kesihatan tu k :)

Aku sempat tengok zaman dia lost, hilang arah masa Amir keluar Matrik. Selalu ada je muka dua orang ni kalau sampai lecture, dorang selalu datang awal, bila Amir takde, Apess dah tak datang awal, kadang tu tak datang terus. Haha kesian jugak kan tengok. Sorang-sorang kawan dia keluar. Sabar je la kan. Kita sama-sama pernah merasa hilang kawan :) Haa lepas kawan dia ramai keluar matrik, baru la dia tak sakat aku dan Nabil dah sebab Iena dah takde. Sedihhhhhh kan kawan dah takde. Sobsob






Masa aku geledah cari gambar dia, haha aku perasan dia suka interframe dalam gambar. Haha tetiba je mesti ada muka dia dekat celah-celah gambar. Hahhaa sebelum ni tak pernah perasan lak. Hahahaa tengok balik baru perasan. Haha ada satu kali tu kitorang masuk awal LH lepas tu nak la kenakan dia, tapi dia masuk lambat pulak. Cisssss. Tak berjaya nak kenakan dia sebab lecturer time tu dah masuk dah. Haha asyik dia je sakat orang kan kan.


Haha to Apess, thanks sebab jadi kawan aku selama 2 tahun dan harapnya terus berkawan la Insyaallah. Aku harap kau sihat selalu, kalau tak sihat tu makan ubat okey. Hehe tetiba caring kannnnn. Haha walaupun kau tak pulangkan kertas-kertas assignment kimia aku, nasib baik aku lulus Kimia kalau tak aku salahkan kau. HAHA. Kalau kita jumpa lagi nanti sila belanja teh o ais limau ok. Haha anyway aku harap kau berjaya selalu. InsyaAllah^^ Jangan sedih-sedih!!!



Related Posts with Thumbnails