Monday, July 1, 2013

*Amir Hidayat*

Assalamualaikum^^ Hehe okay lepas Fairuz, nak cerita pulak tentang Amir :)


Haaa, inilah dia si Amir Hidayat bin Adnan. Haha kenal dia masa tempat yang sama jugak dengan yang sebelum ni. Boleh pulak dia tak tahu dia kelas mana. Haha lawak aje. Tak sempat beramah mesra lama sangat dengan Amir ni. Amboi ayat cam ada pape jek kan. Haha sebab awal sem 2 dia mengeluarkan dirinya sendiri untuk ke politeknik, jadi gambar dia pun tak la banyak dalam simpanan aku. *sedih*


Haha dah namanya budak D1T2 mestilah gila-gila perangainya. Haha bukan setakat gila aje, gatal pun ye. Hahaha jangan marah :P Paling aku ingat pasal Amir ni, tulisan dia, memang cantik sangat-sangat. Kerja dia kemas kalah budak perempuan. Tulisan dia bulat-bulat comel gila. Dia kreatif, pandai lukis. Memang aku jelesh la dengan kelebihan pandai melukis yang dia ada ni. Aku ni lukis orang pun tak rupa orang. Haha

dia kata dia Aaron~
antara salah seorang mangsa beliau. hahaha
Lagi satu yang aku ingat bila sebut pasal Amir ni ialah kehebatan dia mengorat, haha memang tak dapat disangkal lagi la hebatnya. Haha dengan muka ala-ala baby face sikit, sikit je la, dengan ayat manis tahap semut pun boleh hurung, memang dia hebat la dalam bab ayat mengayat. Haha dalam kelas sendiri pun ada la beberapa orang pernah diayat oleh dia. Hahaha :P Sampaikan lecturer pun senyum-senyum malu gitu kena ngorat. Hahaha aku takkan lupa la masa kuliah Chemistry dia tulis atas kertas pastu tunjuk dekat Madam ( Masa tu madam tu miss lagi) Hahaha senyum simpul Madam tu dibuatnya. Haha tapi memang terhibur la dengan gelagat dia masa dia ada lagi.

Perkara seterusnya yang aku ingat, dia selalu datang awal tak kira lah kuliah ke tutorial ke, ingatkan kami ni dah awal la datang, rupanya dia lagi awal. Haha ingat senang ada budak lelaki nak datang awal kuliah? Haha satu dalam seribu kot. Bila dia dah keluar, mana ada orang datang awal macam dia dah. Isk terbayang kelibat dia. Hahahaha over kan.


haha dapat ni masa birthday :)
Dia baik, sama macam yang lain. Walaupun sekejap je dia dengan kitorang, dia tak pernah lupa dekat kawan-kawan dia kat sini, masa birthday dia call, kalau nak UPS, PSPM, mesti ada dia ucap. Bagus tak bagus tak? Hehe^^ Dia pun dulu pergi PLKN, so PLKN tu antara topik la kalau aku sembang dengan dia. Well kami kan belia kesayangan negara. Hahaha gituuu. Lagi satu dia tahu aje dulu aku kerja Pizza Hut, dia selalu minta nak pizza pisang. Haaa can u imagine pisang jadi bahan utama pisang? Haha roti canai pisang ok la kot kan. Hahhaa


Haha Amir, sebagai kawan, aku harap kita dapat la terus berkawan dan tak lost contact ye! TQ sebab jadi kawan yang sentiasa keep in touch dengan aku. TQ sebab selalu buat lawak dalam kelas, selalu kecohkan suasana. Haha memang best dapat peluang jadi kawan kau^^ So aku harap kau berjaya dengan cemerlang dekat poli sana. Jangan lupa aku! Hahah semoga friendship kita terus mekar semekar bunga sakura. Hahhahahaah~ Bye bye Amir ;)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails