Friday, July 5, 2013

Ana :D

Assalamualaikum! Phewww, da sampai ke orang yang ke 8 dalam sesi entri mengenang classmate. Haha gagah jugak ye aku cerita pasal sorang-sorang. Al maklumlah penganggur terhormat. Haha so kali ni aku jadikan Ana sebagai mangsa. Hahaha


Inilah dia Noor Farhana. Kalau Husaini kawan lelaki paling pemurah, Ana ni boleh dikatakan kawan perempuan yang paling pemurah sekali. Dia tak pernah kisah langsung pasal duit, belanja kawan semua. Sampaikan kita pulak yang segan dengan dia. Bila nak bayar, dia tak bagi, ada tu sampai marah-marah sebab tak bagi bayar. Kau ada kawan macam ni? :P 


Kalau cakap pasal Ana, first thing yang aku ingat ialah pengetahuan dia, bukan je pasal matrik, pasal negara, artis, pengetahuan am semua la dia tahu. Memang boleh digelar google la dia ni. Haha aku ni update pasal semua benda pun sebab tahu daripada dia ni. Haha memang banyak sangat benda tersimpan dalam otak dia ni. Haha so kalau tak tahu something, refer je kat dia, mesti dia akan jawab dengan pantas dan tepat. Haha

Kalau masa mula-mula dulu masa masuk kelas ada sesi berkenalan kan. Memang seminggu la sesi berkenalannya. Haha yang buat aku ingat kat Ana ni sebab rumah dia kat Gopeng. Memang dekatla dengan Matriks. Masa mula-mula rasa lawak dan tertanya-tanya la tak bosan ke budak ni belajar kat tempat yang dekat sangat dengan rumah, lama-lama jelesssss la pulak sebab dia ni tiap-tiap minggu balik rumah. Uwaaa memang jeles habis la sebab rumah dia dekat. SOBSOB


Next thing yang akan aku ingat ialah warna favourite dia. Dia SANGAT suka warna oren. Jam oren, beg oren, purse oren, pencil case oren, baju, tudung, semua lah oren. Haha aku pulak memang tak suka kaler striking macam tu tapi dia suka gile, oren tu pulak bukan yang slow, yang terang benderang tu dia suka. Haha masa mula-mula agak tak boleh trima la tapi lama-lama rasa ehhh lawa jugak kan warna oren. Haha lepas tu dia suka warna hijau pulakkkkk. Dah suka warna hijau, sume benda hijau pulak. Haha Ana Ana. Sampaikan Samihah pernah ajar aku cara nak ingat colour changes dalam kimia ni dia suruh aku ingat warna favourite ana, dulu suka oren, lepas tu hijau. Haha memang aku ingat sangat.


Ana sangat suka pergi kelas ok. Haha dia takkan ponteng kalau takde sebab. Punyalah baik. Kitorang ni haa baru pening sikit dah malas pergi kelas. Haha so hari-hari tak yah risau la, Ana mesti ada punyalah dalam kelas. Hehe rajin dia ni, pandai pulak tu. Ana pandai kimia. Yang kitorang terkontang-kanting tu lah dia pandai. Hebat hebat.


Ana suka makan. Haha macam aku tak pulak kan :P Tapi dia masa sem akhir banyak kot makan. Haha aku terkejut jugak bila selera makan dia tetiba macam gajah kan. Haha tapi lawak la bila teringat ada sekali tu kitorang beli roti canai, sorang dua, ceyyy dia dengan yakinnya nak satu je. Haha bila balik bilik tengah makan, dia punya habis dah. Haha dia still lapar. Haha kecewa gila muka dia menyesal tak beli dua. :P Kitorang pun dengan berlagak nya makan roti canai depan dia. Hahaa kesian Ana.


Ana ni pelik sikit. Haha time orang betul-betul marah dia, dia buat tak tau je, tak kisah je. Tapi time orang tak marah pun, bersungguh dia minta maaf. Haha ni antara benda yang aku tak faham pasal Ana ni. Haha pernah sekali tu kitorang gaduh dengan dia. Tapi aku sampai sekarang tak faham puncanya apa. Haha tapi teruk gak la time tu, dia tak tegur dengan kitorang pun. Sobsob aku lagi la tak faham sebab tak tahu menahu pun. Masa tu sem 2. Tapi lama-lama ok balik dan lepas tu jarang da gaduh, kalau gaduh pun kejap je. Aku ingat lagi ayat dia, kalau fikir nak merajuk memang boleh, tapi fikir kita kat sini tak lama, kalau terasa hati tu buat-buat macam takde apa lah, dah tak lama duduk matrik. Hehe setiap kali aku macam ter touching dengan kawan-kawan, aku mesti ingat ayat dia ni.



Haha kalau dalam kelas, Ana rapat dengan semorang tapi dengan Nordin ni lain. HAHAHA sorry Ana tapi bila cakap pasal Ana mesti teringat pasal dia jugak. Haha rasanya classmates lain pun mesti sama kan? Hhahaaha. Serius kitorang suma rasa korang serasi. Haha macam saling melengkapi gitu. Haha. Jangan marah tau Ana, nanti kena jual :P Tapi dorang kawan je :D






Haha bila belek-belek gambar, aku perasan Ana ni suka tangkap gambar tapi dia suka menyelit, i mean kepala je nampak gitu. Haha kiranya dia suka duduk belah belakang gambar. Haha dia dah la kecik, tak nampak dia. Haha memang dia kecik, paling kecik dalam kelas kitorang tu. Haha rasa cam budak sekolah pulak kan. Haha :D


To Ana. Thanks sebab jadi kawan yang baik sangat-sangat. Bagi Jila, Ana ni sangat menghargai persahabatan. Memang nampak jelas sangat. Takkan lupa kenangan masa kita sama-sama plan birthday Fai, masa online cari nak beli pizza apa. Lawak sangat masa tu sorok-sorok sebab taknak Fai tahu. Takkan lupa jugak masa kita main jawab teka teki tengah-tengah malam Ana bangkang jawapan teka teki, masa masak maggie goreng, Ana tak reti nak buang air maggie tu. Rindu juga time setiap kali birthday orang, Ana takut kena prank haha tapi sekali dah main air, Ana paling over pose. Takkan lupa suara Ana yang kuat dan rasa bengang setiap kali cakap Ana tak dengar. Haha seriously rindu Ana. Ana take care okay. Hope persahabatan kita berkekalan Insyaallah^^

1 comments:

dayat adnan said...

fakta tepat gila. ana pemurah sangat. aku ingat lagi masa bulan puasa dua tahun lepas.

Related Posts with Thumbnails