Thursday, July 4, 2013

APESS :P

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam entri mengenang classmate. Haha the next person is Apess!



Haahaa inilah dia makhluk yang bernama Apess ataupun nama sebenarnya Muhammad Nurhafeze bin Rashid. Err betul ke ni ejaan nama kau weh? Haha masa mula-mula masuk kelas dulu confused jugak la sebab ada sorang lagi pun Hafizi jugak. Nama ayah dorang pun dekat-dekat jugak. Haha

aku syak dia tengah membebel kot time ni? HAHA
macam ni la muka dia kalau time jahat. HAHA :P candid photo


Apess ni hobi dia suka sangat sakat orang. Haha memang suka sangat la dia kalau dapat usik orang kan. Haha sampai rasa pelik pulak kalau tetiba je dia baik kan :P Lagi naik tanduk dia kalau ada geng dia. Haaa memang lagi power lah dia mengusik orang time dia ada geng. Takde sape yang tak pernah jadi mangsa dia menyakat kot. Haha kalau dia sorang, senyap sikit. Bahahaa. Aku dengan Apess ni takde la rapat sangat tapi ada jugak la rahsia dia yang dia kongsi dengan aku. Haha :P :P


Cakap pasal Apess benda first yang aku ingat kulit dia. Hahaha dia putih wehhh. Kitorang panggil dia white man. Lagi tak boley blah bila ada classmate nama Fiza ingat dulu dia ni orang luar negara belajar kat Matrik. Hahaha time dia cakap tu memang aku dan kawan lain gelak gila-gila la sebab walaupun Apess putih tak pernah lak terfikir nak cakap dia ni orang luar negara. Hahaha :P


Next thing yang aku ingat pasal Apess ni muka dia kalau dia tengah tak sihat. Muncung sedepa kot. Haha gurau. Tapi memang kesian lah kalau tengok dia time dia tengah sakit. Lembik sangat nampaknya. Kepala atas meja je kalau tak sihat. Tapi selalunya memang tak nampak terus da dia kalau dia tengah tak sihat. Dia jugaklah salah sorang classmate yang selalu tak datang. Hehe selalu tak sihat. Apess jaga kesihatan tu k :)

Aku sempat tengok zaman dia lost, hilang arah masa Amir keluar Matrik. Selalu ada je muka dua orang ni kalau sampai lecture, dorang selalu datang awal, bila Amir takde, Apess dah tak datang awal, kadang tu tak datang terus. Haha kesian jugak kan tengok. Sorang-sorang kawan dia keluar. Sabar je la kan. Kita sama-sama pernah merasa hilang kawan :) Haa lepas kawan dia ramai keluar matrik, baru la dia tak sakat aku dan Nabil dah sebab Iena dah takde. Sedihhhhhh kan kawan dah takde. Sobsob






Masa aku geledah cari gambar dia, haha aku perasan dia suka interframe dalam gambar. Haha tetiba je mesti ada muka dia dekat celah-celah gambar. Hahhaa sebelum ni tak pernah perasan lak. Hahahaa tengok balik baru perasan. Haha ada satu kali tu kitorang masuk awal LH lepas tu nak la kenakan dia, tapi dia masuk lambat pulak. Cisssss. Tak berjaya nak kenakan dia sebab lecturer time tu dah masuk dah. Haha asyik dia je sakat orang kan kan.


Haha to Apess, thanks sebab jadi kawan aku selama 2 tahun dan harapnya terus berkawan la Insyaallah. Aku harap kau sihat selalu, kalau tak sihat tu makan ubat okey. Hehe tetiba caring kannnnn. Haha walaupun kau tak pulangkan kertas-kertas assignment kimia aku, nasib baik aku lulus Kimia kalau tak aku salahkan kau. HAHA. Kalau kita jumpa lagi nanti sila belanja teh o ais limau ok. Haha anyway aku harap kau berjaya selalu. InsyaAllah^^ Jangan sedih-sedih!!!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails