Friday, July 12, 2013

DEGREE..Syukur Alhamdulillah^^

Assalammualaikum semua^^ Ya Allah syukur alhamdulillah sebab diberikan peluang untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana muda selepas 2 tahun di matrikulasi. Ya Allah sangat bersyukur sebab terpilih kali ini :)


Haha tepat jam 12 tengah hari semalam aku dah hantar mesej cek upu. Haa gila excited kan?? Haha punya tak sabar aku nak tahu siap simpan mesej nak cek tu dalam folder draft, tepat je pukul 12 aku terus send. Haha sebab tu ramai pelik apesal aku dah dapat cek kan. Haahaa biasalah aku memang tak suka debar lama-lama, pahit ke manis ke aku lagi rela kalau tahu awal. Daripada nak tertanya-tanya je kan.

klik untuk gambar yang lebih gemuk
So tak lama pun check by sms dan aku dapat, Ya Allah aku dapat UKM. Pilihan pertama yang aku letak tu aku dapat. Syukur sangat-sangat. Seriously aku tak letak harapan nak dapat research U sebab pointer aku kat matrik tak sampai 3 pun. Huhu serious aku rasa macam kerdil jek nak masuk U dengan pointer ni. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan aku pun dapat tawaran ke UKM-Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Multimedia). Haaa gila tak panjang nama kos aku?

Masa isi UPU dulu aku fikir banyak kali jugak nak mintak kos apa. Dengan bantuan kakak aku, aku pun apply lah kos ni. Hmm memang ramai kata kos ni tough, susah gila tapi kalau ini rezeki yang Allah bagi, tentu ada hikmah dan insyaAllah aku akan cuba yang terbaik. Dalam fikiran aku kelmarin serious aku rasa takkan dapat research U, aku memang target nak UiTM, kos kejuruteraan sistem maklumat, kos tu aku letak pilihan pertama dalam 8 pilihan U selain research U. Tapi alhamdulillah dapat dekat UKM aku seriously happy dan terkejut sangat!

So UKM pun dah buat satu group dekat FB dan dekat group tu pulak dah ada link untuk ke group fakulti masing-masing. Serious banyak info yang aku tahu daripada group ni dan dah jumpa ramai kawan baru yang dapat kos sama. Hehe so kos aku ni di bawah Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Kolej kediaman pun dah tahu, aku dapat Kolej Ungku Omar. Hmm haha tak tahu la bape jauhnya dari fakulti yang pasti takkan mampu nak jalan kaki la. Haha so lepas ni naik bas la ke kelas^^

yuran yang buat aku rasa nak ikat perut 3 tahun. klik untuk gambar yang lebih gemuk
Haaa cite pasal yuran. Haha memang tak de dah yuran 3 angka macam matriks. Haha so marilah mengorek tabung untuk bayar yuran ataupun mintak Encik PTPTN tolong lah bayar yuran saya. Haha. Cerita dekat ma pasal yuran ma relaks je, kenapa aku rasa macam membebankan ma nanti. Sobsob maybe sebab yuran kakak dekat UPSI before this lagi mahal kot tu ma relaks je tu. Mula la aku terasa jelesh dengan kawan-kawan UiTM. Haha takpelah nak belajar kena lah berkorban sikit kan. Hehe nasiblah 3 tahun je kos ni. So must study hard to achieve high pointer!!! Ceyyy semangat gila kan. :)

Hehe so setakat ni dulu kot perkongsian. Haha entri classmate matriks pun tertunggak kejap sebab sibuk benau dengan UPU nye hal ni.. Hhee so kawan-kawan jangan lupa sahkan terima tawaran ye. Tahniah to KD1T2 sebab kita semua berjaya ke Universiti. Yeyyyy!^^ 

48 comments:

Anonymous said...

salam kak, saye ade apply degree yg akk dpt ni utk upu.. saye punye pointer mase matrik 3.22 dan muet band 2.. akak rase boleh dpt ke? saye btul2 mnt kos ni..

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous wsalam dik.. yeke.. kalau betul2 minat, letak kt first choice tau. hehe insyaallah dpt. pointer akak 2.81 je dik.. hehe.. muet tu x tgk sgt pon. just membezakan student yg dpt band 2 dgn 1 nnti kena amek extra 1 sem english class :)

Anonymous said...

sy pun apply kos ni jugak tp pembangunan sistem maklumat... harap2 dapat la nanti sbb mmg nak sgt masuk ukm dgn kos ni. hehe

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous insyaallah dapat.. hehe.. nanti kalau dpt bgtahu la ye :)

Anonymous said...

salam sis..course nie interview mcm mana kak ? interview mrk tanya apa ?

Anonymous said...

salam sis..course nie interview mcm mana kak ? interview mrk tanya apa ?

Suhazli said...

salam dari upm. hehehe.. btw sy senior sikit la dari kamu. pon software engineering dan skg ni dah final year. so macam mana kos SE ni kat UKM? ok x? dah pecah kepala belom? hahaha.. memang susah SE ni tp peluang kerja insyaAllah byk. apa pon good luck ok!

Shaheera Mumtaz said...

So far sis rasa ok tak?

Anonymous said...

So far ok tak? Belajar lebih kepada theory ke?

Shaheera Mumtaz said...

So far sis rasa ok tak?

Shaheera Mumtaz said...

So far sis rasa ok tak?

Nur Azila Ismail said...

@Suhazli hahaha yeah dah pecah 3/4 dah kepala ni hahaha wah best nye da nak habis. nk habis jgkkkkk

Nur Azila Ismail said...

@Shaheera Mumtaz alhamdulillah still mampu bertahan lagi ni hehe tp ada juga sukarnya biasalah takde benda senang dalam dunia kan. btw berminat ke dgn kos ni? :)

hisham hamid said...

nk tye bleh,,
sye dpt 2.66, muet ban 3,
first choice kos sme cam ni,, rse leh go x?

Nur Azila Ismail said...

@hisham hamid hai. insyaAllah boleh. pointer sy pn 2 lebih x sampai 3. hehe

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous hai dik. masa batch kami takde interview. batch bulan 9 ni ada interview kan, so tak tahu interview utk kos ni apa ditanya hehe

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya pun ambil SE kat UTM. Tapi kitorang 4 tahun. Korang punya 3 tahun je? Jeles la

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous
hai hehe . ada perubahan sikit kos ni dah jadi 3 tahun setengah :)

Anonymous said...

Sis, kalau saya PST PNGK 2.94, MUET Band 4, dah diinterview untuk bidang ni. Sis rasa peluang uh samar-samar ke?

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous
insyaallah ada. sbb sy pnye pointer masa matrik rendah dr awk :)

Anonymous said...

Akak, sarjana muda sains komputer(kejuruteraan perisian) sama tk cm course akak?reply me pleasee

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous ada persamaan. cuma ada subjek tak sama sebab kami lebih ke perisian multimedia

Anonymous said...

salam sis.kalau x ambil sains kom masa kat matrik boleh ambik kos ni x?

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous wsalam... boleh.. sbb ada classmate dia dari modul 1 dapat juga kos ni :)

Anonymous said...

Owh.tq sis...btw diorang tngok result sem 1 je atau result total msa nak apply.sbb msa sem 1 result math saya agak trok

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous akan lihat pada keseluruhan :)

yon yoyon said...

Assalam sis. Skrang course ni dah tukar nma ke? Sy cek kt upu xde pon.

Nur Azila Ismail said...

@yon yoyon wsalam. yg sy tahu mmg nama masih mcm ni... boleh sy tahu kos apa je yg ada?

Maria Najwa said...

Susah tak kak kos nih ?? Sy nih tak boley sgt dgn maths klu sains computer oky lgy. Byak tak bljr maths tuh??
-modul2matriks15/16-😃

Maria Najwa said...

Susah tak kak kos nih ?? Sy nih tak boley sgt dgn maths klu sains computer oky lgy. Byak tak bljr maths tuh??
-modul2matriks15/16-😃

Nur Azila Ismail said...

@Maria Najwa bagi akak susah juga. matematik x byk, few subjects je yg ada math :)

Nabila othman said...

Salam akk kejuruteraan perisian(pmbangunan multimedia ) blajar psal ape?ade programming ke??sbb sy lemah prgramming....

Nabila othman said...

Salam akk kejuruteraan perisian(pmbangunan multimedia ) blajar psal ape?ade programming ke??sbb sy lemah prgramming....

Anonymous said...

Salam. Nak tanya course ni belajar dlm bm ke bi?

Nur Azila Ismail said...

@Nabila othman hai sorry sgt lambat reply hehe blajar pasal development of a software/website.. yup byk programming but no worries, ada juga yang takde basic langsung bleh score course ni sbb akan diajar from a to z hehehe

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous hi.. course ni majority subject in english kecuali subjek2 university :)

Saliha Nazley said...

akak, sy dapat email, sy dpt course soft. eng. pembangunan sistem maklumat, akak ada details syllabus dia tak? sebab yg sy download ukm, tak specific sangat hehe kalau ada, minta tolong emailkan salihanazley143@gmail.com ya...nak buat persediaan awal... terima kasih 💕💕😘😘

Nur Azila Ismail said...

@Saliha Nazley hai, tahniah dik! tapi sorry akak xde la yang adik nak :(

Nur Aina said...

Assalamualaikum akak.. saya baru je dapat tawaran yang sama dengan akak di UKM.. saya nak tanya detail pasal kursus ni boleh tak.. harap akak dapat membantu. sebab saya dalam dilema....

Nur Azila Ismail said...

@Nur Aina wsalam dik sorry late reply sini. ada masalah lg tak? ke da clear? hehehe kalau ada nk tnye boleh add fb Nur Azila Ismail :)

Saliha Nazley said...

tak pe dah okay hehe.. thank you yaa

Anonymous said...

assalamualaikum akak..nk tnye btol ke akak dpt pointer below 3 time matriks dulu??sye ad apply kejuruteraan perisian tp bkan at ukm la.rmai ke yg amik kos tu time tu ke at ukm??sye nk apply at ukm tp tkot tak dpat sbb ukm ni besenye nk amik budak yg pointer 3.5 and above..

Anonymous said...

assalamualaikum..akak nk tnye btol ke akak time matriks dapat pointer 3.0 below??sye ad apply course sogware engineer jgak tp bukan at ukm la..sye memang nk amik ukm tp tkot tak dpat sbb ukm ni selalu amok bdak yg pointer 3.0 above...

pluto green82u said...

as salam kak..nak tanye..kalo amek course ni blaja pasal aper ek?? saye nak isi upu ni..hehe..hrp akq dpt reply asap..time kasih kak :)

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous alahai dik sorry sgt akak tak perasan awk tnye ni.. yup mmg bawah 3 pointer masa matrik tu. sama jgk dulu tak yakin boleh dapat. tp rezeki alhamdulillah... so mcm mana apply tak kos ni?

Nur Azila Ismail said...

@pluto green82u hi awak so sorry lambat balas. akak harap awk dah dpt jawapan persoalan awk tu. hehe kalau de apa2 nk tnye pn boleh lg

Anonymous said...

Akak..saya dpt course sama mcm akak..pembangunan sistem multimedia..nk tanya skit,course ni lebih kpd apa eh?...web ke software ke database ke ape ke...klau bidang kerjaya pulak lebih kpd apa eh?

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous hi dik. kos ni blajar mcm2 elemen dlm bidang multimedia, ada blajar buat website, video, animation, game and mcm2 la yg semua berkaitan dgn multimedia. software pn ada, database pn ada blajar. kalau bidang kerjaya mcm2 bidang boleh masuk ikot pada kite punye minat n kemahiran, contoh nk jadi software engineer ke, graphic designer ke web designer ke semua boleh

Related Posts with Thumbnails