Tuesday, July 16, 2013

Dulu....

Assalamualaikum.


Dulu masa sekolah rendah cikgu selalu cakap nanti dah habis sekolah rendah jangan masuk sekolah sebelah ni, sekolah sebelah ni semua budak jahat-jahat. Kalau belajar takkan ke mana pun. Masuklah sekolah asrama mesti boleh berjaya. Masa sekolah rendah aku selalu exam dapat nombor 1, semua cakap aku pandai. Kalau jatuh pun, jatuh nombor 2. Jadi masa darjah 6 aku pun mohon lah MRSM dengan sekolah berasrama penuh. Bila keluar result UPSR, dapat 5A. Memang happy sangatlah. Harapan memang nak sangat masuk sekolah asrama takpun MRSM tu. Tapi lepas keputusan MRSM keluar, aku tak dapat, sekolah asrama pun tak dapat. Masa batch aku tu ada 5 org je pun yang dapat 5A dan aku seorang saja yang tak dapat offer asrama. Serious masa tu aku rasa sedih sangat-sangat, kecewa sangat-sangat sebab tak dapat.

Jadi, aku pun masuklah sekolah menengah harian. Sekolah yang cikgu sekolah rendah kata teruk tu. Sekolah yang dikatakan untuk budak-budak jahat tu. Tu lah sekolah aku. Aku dapat masuk kelas first. Dalam kelas tu, budak daripada sekolah rendah aku ada la sorang dua je, yang lain semua budak sekolah lain. Masa tahun tu jugak aku dapat jemputan untuk datang hari anugerah sekolah rendah aku, untuk anugerah cemerlang UPSR. Masa tu aku segan gila nak datang. Aku malu dengan cikgu sekolah rendah aku yang kutuk sekolah aku sekarang ni. Jadi aku buat keputusan aku tak datang. Aku minta tolong ayah aku ambilkan anugerah tu.

Bila ayah aku balik, ayah pun bagi lah hadiah tu pada aku. Ada sijil dan trofi. Lepas tu aku pun tengok lah buku aturcara majlis tu. Pihak sekolah susun nama budak dapat 5A tu ikut sekolah, bukan ikut siapa paling cemerlang. Jadi mesti kau orang faham kan? For sure nama aku lah paling last. Aku tak kisah pun. Aku sedar betapa pentingnya nama sesebuah sekolah tu, betapa gahnya orang pandang bila kata budak tu sekolah asrama. Aku faham. Tapi yang buat aku rasa nak menangis sangat bila cikgu sekolah rendah tu tanya adik aku, kenapa aku tak datang. Adik aku cakap la aku tak sihat. Lepas tu dia kata cikgu tu cakap Alaaahhh, sekolah kat sebelah ni je pun, itu pun tak boleh nak datang. Kawan lain ni sekolah jauh-jauh pun boleh datang. Serius aku rasa dalam sedih sangat-sangat sebab cikgu pandang rendah kat aku macam tu.


Jadi aku pun bersekolah lah dekat sekolah menengah yang asyik kena kutuk tu. Bagi aku ok jer sekolah ni, ramai je budak pandai just nasib tak berapa baik nak dapat sekolah asrama. Classmates aku semua bijak-bijak. Majoriti budak cina dan india lah. Yang Melayu pun semua pandai-pandai. Lagi satu yang takkan aku lupa ialah cikgu Bahasa Inggeris aku masa Form 1. Dia pernah cakap aku bangang. Kejadiannya masa kelas dia aku ada lah tak faham makna satu perkataan ni so aku buka la kamus nak cari maknanya. Dia tiba-tiba berdiri tepi aku cakap Awak ni dah bangang sangat kenapa bukak kamus? Serius aku terdiam. Jantung aku berdegup pantas. Semua kawan-kawan aku terdiam. Terkejut dengan apa yang cikgu tu cakap. Hmm aku pun tak tahu salah ke buka kamus kalau tak faham perkataan tu.

Tak la nak kata setiap exam aku dapat result bagus, tapi tak la teruk mana. Tak de sampai kena turun kelas. Tak la exam nombor last. Alhamdulillah. Masa PMR aku dapat 8A. Setiap kali aku ingat apa yang cikgu pernah cakap kat aku, marah aku. Masa tu lah aku akan rajin belajar. Aku tak suka orang pandang rendah dekat aku cuma sebab aku sekolah biasa. Aku yakin kat mana pun aku sekolah, aku mesti boleh berjaya jugak. Masa nak SPM pun aku ingat benda sama. Tak de hal la kalau setakat dua tiga orang nak jatuhkan aku, ada ramai lagi nak sokong, bagi semangat untuk aku terus bangun. Aku yakin satu hari aku akan dapat berdiri sama tinggi dengan budak-budak sekolah asrama dan aku takkan malu nak mengaku aku belajar dekat mana sebelum ni.


Bila result SPM keluar, aku dapat 6A, ada jugak kawan yang sekolah asrama dapat result macam aku. Aku cukup bersyukur dah aku dapat 6A tuh tapi sayangnye Addmath aku tak kredit. Tapi memang aku tak leh ngam pun dengan Addmath. Hehe :) So isilah UPU dan apply Matrik. Nak masuk matrik? Lagi la aku tak harap langsung. Dah Addmath dapat D matrik mana lah nak ambil. Tapi Allah Maha Adil, dulu Dia tak bagi, sekarang dia bagi. Dua sekaligus. Aku dapat UPU, Matriks pun dapat. Masa tu tak mampu nak kata apa-apa selain syukur. Bila dah timbang tara, aku masuk Matriks. Kuasa Allah juga, dekat Matriks, aku jumpa balik kawan sekolah rendah aku yang sekolah asrama tu, dorang pun masuk Matriks jugak. Betul lah Allah lebih tahu. Aku dapat berdiri sama tinggi dengan dorang, yang bezanya aku PDT, dorang PST.

Walaupun aku habis setahun lebih lambat tapi aku tak patut merungut langsung dengan rezeki yang Allah bagi ni. Masuk Matrik, sebut lah gred apa yang aku tak pernah dapat. A B C D E F. Semua aku dah pernah rasa. Haha. Teruk kan aku? Dah dapat peluang aku sia-siakan. Tapi aku tak lah malas sangat belajar, dalam diri still lagi tanam niat nak sambung belajar, masuk U hebat-hebat, kerja bagus-bagus. Hmm cakap pasal MUET pulak aku mesti lah akan teringat cikgu English yang aku cerita kat atas ni. Aku takkan lupa setiap orang yang pernah hambur kata-kata kurang menyenangkan kat aku. Sebab tu aku buat elok-elok Muet aku, alhamdulillah dapatlah band 4. Aku buat semua ni bukan atas sebab nak tunjuk aku bagus kat cikgu-cikgu, aku just nak puaskan hati aku sendiri. Inilah cara aku. Aku akan ingat semua kata negatif yang orang pernah cakap dan masa tu lah semangat aku akan meningkat.

Lepas 2 tahun belajar Matriks, dan sekarang pun dah terima transkrip akademik, bila tengok, memang macam-macam gred ada. Pointer aku bukan semakin menaik, tapi dah macam gaung. Tinggi,rendah sikit,paling rendah dan menaik. Masa isi UPU tu serius aku rasa nak nangis, aku takut U mana lah nak terima aku nanti dengan result macam tu. Aku kecewa sebab tak dapat tunaikan janji dengan diri sendiri nak capai pointer tinggi-tinggi. Tiap sem aku mungkir janji. Teruknya aku ni. Aku isi U sampai rasa segan nak isi 4 kotak atas tu. Tapi aku percaya dengan rezeki Allah, why not aku cuba isi.

Bila result UPU keluar, malamnye tu aku dah redha je dapat mana pun, janji aku sambung belajar, yelah Matrik bukan ada sijil pun. Kiranya aku ni masih kelulusan SPM je. Nak tak nak memang kena sambung degree kalau tak sia-sia je lah masuk Matriks. Masa nak cek tu punya lah debar. Alhamdulillah syukur aku dapat UKM. Memang tak terfikir langsung akan dapat. Aku rasa nanti aku masuk sana maybe result matriks aku tu antara result yang paling rendah antara semua bakal student tu. Hehe.

So apa yang aku nak sampaikan kat sini, janganlah sesekali putus asa kalau ada yang kita mintak tak termakbul. Sesekali kena rasa sakitnya jatuh, sakitnya diperli, sakitnye dikutuk dan dipandang rendah sebab semua tu merupakan pembakar semangat untuk kita terus gapai impian dan buktikan pada mereka yang kita pun boleh berjaya! Jadi belajar kat mana-mana pun sama asalkan kita berusaha untuk berjaya. 

Ya inilah aku, bekas pelajar sekolah rendah yang warga Bidor kutuk sekolahnya, bekas pelajar sekolah menengah harian yang cikgu sekolah rendah kata tak bagus, bekas pelajar matriks yang orang selalu pandang rendah sebab dua tahun. Ya, inilah aku dan i'm proud to be myself :)

12 comments:

ct@m@n@qieem said...

tersangat la panjang tulisan...tapi seronok membacenye..seriously...sekolah mane kite belajar xpenting..yang penting usahe kite...=).salam dik...=)

ctamanaqim.blogspot.com

Adyy said...

wahh , Kak Zila sabar je . Allah maha adil . lagi semangat nak study nanti . hehe

wunny said...

Sama mcm sekolah menengah sy yg cikgu sekolah rendah selalu kutuk. Tapi apa-apa pun semuanya terpulang pada kita. Kita belajar untuk diri sendiri bukan untuk org lain kan. Jadi pedulikan kata-kata org. Semoga terus berjaya. ;)

Nur Azila Ismail said...

@ct@m@n@qieem hehe tetibe rasa sebak je time tulis ni.. hehe tq sbb bace :)

Nur Azila Ismail said...

@Adyy
hahaha yeah!! semangat :D

Nur Azila Ismail said...

@wunny hehee yeke? btul tu... kalau kite asyik nak dgr kata org x best la hidup ni

Anonymous said...

serius kakk..kisah kita sama..saya dpt 5a upsr...x masuk sekolah asrama penuh..saya lemah subjek2 sains..addmt D dlm spm...dpat pdt untuk matrik..dan dpt mtriks yg sama dengan akk..insyaAllah brpa hri je lgi sy akn mndtar sana..doakan saya kak!! :)

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous yeke dik wah serupa la cerita kite. hehe :) apa2 nak tau tnye la akak :) matrik perak best!

Anonymous said...

@Nur Azila Ismail akk pdt modul braapa ye?saya pdt modul 3..takut lah kak...addmt saya xtahu apa pun..huhu..xyakin pun nk masuk mtrik nih..tapi kluarga suruh..pdt akan sekelas dengan pst ke kak untuk sem 1 dan 2?tdung yang berawning mcm tudung fareeda tu boleh pkai x kak kat sna?tapi labuh lah sikit..hehe..

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous hehe akak modul 2 dik.. ala x pe.. pdt blajar slow2, laju mcm pst, lg satu bile masuk matrik, akan rasa addmath tu x susah mna da dik :) hehee x sekelas.. pdt kelas asing dgn pst... boleh je pakai tudung pape dik :)

Anonymous said...

@Nur Azila Ismailbetul ke kak addmt kt mtriks dah x susah??haha..saya logarithm,differentiation sume tu tak tak tahu ape pun :( ingtkan lepas spm dah tutup dah semua buku addmt fizik kimia bio nih..huwaaa..klo modul 3 susah x eh kak nk score?klas untuk setiap modul berbeza jgaklah ek?

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous xpe sebab nanti akan diajar daripada awal balik. heehee dont worry lecturer2 pdt sume baik sgt.. modul 3 slalu ramai pmpuan dan dorg sgt rajin, jadi kalau kawan2 rajin mesti nnti adik pon rajin sekali kan? :)

Related Posts with Thumbnails