Sunday, July 7, 2013

Fiza :)

Assalamualaikum. Hehe hari ni aku nak cerita tentang Fiza pulak^^


Hehe inilah dia Fiza or nama sebenar dia Wan Nor Hafizah binti Wan Mohd Khazim. Haha tengok nama macam asal dari Kelantan tapi dia ni orang Kedah, cakap pun memang agak pekat la loghat dia. Hehe. Fiza ni antara orang terawal kot aku kenal kat KMPk, terperasankan dia secara tak sengaja masa orientasi. Dia duduk depan aku, Ya Allah, bising sangat-sangat, ramai je orang pandang dia pelik time tu. Haha aku dalam hati cakap lerrr kenapa dia ni kan. Macam hyperactive benar. Haha dan aku berharap jugak janganlah satu kelas dengan dia. Haha tapi yang dikata jangan tu lah jadi kenyataan. Masa first time nampak dia dalam kelas, speechless terus. Haha

Fiza yang jangok masa sem 1,2 :D sem 3, 4? :P
Dia memang bising gila la hai masa awal-awal sem 1, tak berhenti mulut bercakap. Kalau dalam lecture, memang dia lah antara orang first yang orang akan kenal. Haha takkan lupa setiap kali lecturer baru masuk lecture dia mesti akan tanya cadangan buku rujukan. Haha gila lawak. Sampai sekarang rasa nak tergelak bila teringat pasal tu. Dia selalu la bertengkar mulut dengan budak kuliah, haha gurau-gurau je tapi budak lelaki dulu memang suka la sakat dia. Perkataan dia yang paling femes dulu hekkkk mu. Hahaha adoi serius lawak.

shawl wehhh :D
Tapi lama-lama dia makin senyap kot. Tak la senyap sepenuhnya tapi kesian jugak la dia sebab ada orang duk mengata-ngata dia bising padahal modul 2 ni memang bising pun. Haha kesian kat dia masa tu :( Yang aku tahu orang kedah memang banyak cakap sikit dan bahasa dorang memang macam kasar tapi memang style dorang cakap macam tu. Kita ni tak biasa berkawan dengan orang sana dah tersalah anggap kat dia kan. Padahal dia ok je.

orang yang paling boleh sabar dengan Fiza. Hehe :D
Kalau dalam kelas tu takde dah orang lain yang boleh buat aku panas hati selain dia ni. Haha dia selalu cakap Jila tak suka aku. Sambil buat muka seposen dia. Hahaha tak la Fiza, actually mana ada macam tu, just kadang-kadang tu aku tak dapat control emosi bila dengan kau. Tu yang kau nampak macam aku tak suka hang. Tapi tak la, aku ok je, just kadang tu geram gila jugak la aku dengan kau ni. Haha 

haha cuba cari mana satu Fiza ? :P
Antara perkara yang akan mengingatkan aku pada dia ialah kalau cakap pasal tudung. Hehe, dulu dia rajin pakai tudung bawal, lama-lama dia suka pakai tudung sarung tu je tapi dia panggil tu tudung serelong. Hahhaa camtu ke ejaannya aku pun tak tahu. Haha paling takkan lupa bila aku tengah tunggu Nabila kat bilik dia, lepas tu mesti nampak Fiza baru nak keluar gi kelas, tak pakai tudung. Haha aku ingat ehh budak ni nak free hair ke apa. Haha rupanya sambil dia jalan tu sambil dia pakai tudung. Haha untungla kan pakai tudung instant. 2 saat je dah siap. Haha :D


Kalau Apess lelaki yang selalu tak sihat, Fiza pulak versi perempuan. Hehe tapi memang kesian la kat dia. Parah jugak dia kalau sakit, tak boleh bangun semua. Memang kesian la kalau tengok dia. Memang dia ni banyak buat aku rasa kesian, pasal kes roommate tu pun satu hal. Kesian sangat kat dia. Saboooo je la kan Fiza :) Fiza ni pandai wehhh lagi-lagi Math. Ada sekali tu time kuiz aku tiru dia, tak la bajet dia betul semua, sekali bila aku dapat balik kertas, full mark wehh. Haha gila kau aku dapat integration full mark. Nampak beno tipunye kan. Haha tapi dia memang pandai la, pergi kelas memang jarang la kan tapi otak cepat pick up, ape de hal kannnn. :D

Dia ni jugak seorang yang boros! Haha sorry to say tapi memang terserlah sangat. Haha aku tak tau la sehari dia habis berapa duit. Kita yang tengok ni pelik. Sekali outing dua tiga ratus habis, kitorang sume fikir dia ni ada pokok duit ke apa kan duit tak pernah habis. Ke elaun dia 4 ribu aku pun tak tahu. Haha tapi dia pemurah gak. Kalau dia ada duit dia tak kedekut pun^^ Kalau ada pemenang penyumbang wang paling besar kepada cafe, bistro, kedai siswa dan shopping mall kat Ipoh tu, memang aku rasa dia lah penyumbang utama. Haha :D
zaman Fiza kurus daripada aku. HAHA
To Fiza, hehe aku nak minta maaf banyak buat kau terasa dengan aku. Seriously aku sayang kau, sama macam yang lain. Tapi kau ni aku dah anggap tempat untuk aku bergaduh. Haha kau pun sama kan? Haha tapi gaduh main-main je kan kan. Hehe aku harap kau tak la lupakan aku. Hehe walaupun kau selalu kalut, best kawan dengan kau. Kau baik dengan aku :) Harap kesihatan kau akan okay selalu dan take care okay^^ Semoga friendship kita terus berkekalan Insyaallah^^


0 comments:

Related Posts with Thumbnails