Wednesday, July 3, 2013

Izzah Nadhirah

Assalamualaikum. Hehe semalam tak sempat nak tulis so hari ni sambung balik cerita. Hari ni giliran Izzah Nadhirah Dzulkifli menjadi mangsa. Hahahaa *gelak jahat*


Jaja yang belah kanan ye. HAHA
Hehe inilah Izzah atau lebih mesra dipanggil Jaja. Hehe start panggil dia Jaja since sem 1 lagi, nampak gegantung kat phone dia bertulis Jaja, so terus nak panggil dia Jaja jugak. Hehe. Masa sem 1 dulu selalu jugak la confused antara Jaja dengan Fairuz. Haha seriously dorang berdua ni macam nak sama. Ingatkan kembar. Haha. Yang aku tahu Jaja ni tahap ganas dia rendah sikit daripada Fai. Hahaha :P Teringat lagi dulu Madam Azia tak percaya dia ni Jaja, Madam ingat dia Fairuz, sampai Madam tanya Husaini betul ke tu Izzah. Hahah sampai lecturer pun confused. Tapi dah lama-lama makin ketara perbezaan dorang ni, yang samanya dua-dua baik hati :)

hadiah orang, haha :P
Jaja ni famous wehhhh. Jalan sikit orang tegur, jalan sikit orang tegur, rasa macam kawan dengan artis. Haha boleh dikatakan satu KMPk tu lah kawan dia. :P Hebat dak? Dia ni juga orang kuat HEP. Hahaha :P Jangan marah. Tapi serious cakap la, dia ni banyak sangat berjasa kat KMPk tu, boleh dapat anugerah kot. Haha dia memang seseorang yang sangat bertanggungjawab dan mampu menggalas tugas-tugas yang disangkutkan di belakang beliau. Haha. Paling aku salute dia punya ciri-ciri kepimpinan tu lah, memang terserlah kevavavoom sangat-sangat :)



Dia bukan saja bertanggungjawab, tapi dia ada ciri seorang ibu. Memang penyayang sangat-sangat. Kalau korang rasa korang rindu kat mak korang, haaa Jaja ni lah pilihan terbaik untuk korang bermanja. Haha betul-betul layak dah jadi ibu Jaja ni. Dia memang caring sangat-sangat dengan classmates dia. Mekaseh la KMPk sebab campak Jaja satu kelas dengan aku. Memang aku sayang dia sangat. Hehe dia banyak bagi nasihat, dorongan, semangat dan selera makan. Haha teringat Jaja selalu marah kalau makan dengan aku sebab aku makan memang lambat sangat. Hehe :P Tapi bila makan dengan Jaja aku pun terikut-ikut nak makan itu ini. Dia memang berjaya la buat makanan semuanya nampak sedap gituw.

TAPI! Tolonglah jangan buat dia ni marah. Haha kalah singa aku rasa. Memang menyeramkan. Haha rasa nak bagi makan ubat penenang aje kalau dia mengamuk. Haha dah tu sape suruh buat dia marah kan? Tapi jangan risau dia marah kejap aje. :) Tapi ayat-ayat masa dia tengah mengamuk yang bahaya tu. Macam-macam keluar daripada mulut dia. Haha aku hanya mampu suruh dia sabar je lah kan. Haha ;P


Antara perkara paling aku ingat pasal Jaja ialah bersin!! HAHA dia bersin serious kuat gila, aku kat bilik aku kat Aras 4, dia dekat ground floor, boleh tahu itu dia yang bersin. Dapat bayangkan tak betapa dasyatnya. Hahhaa time-time dia tengah ayu je, sekali bersin, hilang satu kilometer keayuan dia. Haha tapi takpe tu perkara luar kawalan. Tapi bila dia bersin kitorang ni mesti akan tergelak. Haha lepas tu ingat lagi dulu Jaja ni suka pakai shawl, dalam kelas aku tu memang jarang sangat wujud perempuan yang pakai shawl. Haha dulu kitorang gelar dia Jaja Bergaya. Haha sebab dia je bergaya sikit berbanding kami semua. Haha :P Ingat lagi dia ada satu shawl yang hiasannya macam duit syiling. Haha ada 20 sen, 50 sen, 10 sen. Haha serious lawak time tu.


Satu benda lagi yang aku ingat ialah nekadnya dia takkan naik ke bilik aku kat tingkat 4 tu. Haha sampai aku pernah cakap macam ni kat dia.
aku: Ja, kalau Jila sakit jantung kat tingkat 4 tu Ja naik tak tengok jila?
dia: Ja tak naik, Ja hantar orang pergi lawat Jila. Haha Ja takkan naik la tingkat 4
Haha korang nampak tak tahap kemalasan dia naik tangga? Haha siap kau Ja kalau masuk U nanti dapat tingkat tinggi-tinggi Jila nak gelak guling-guling. Haha :P Untungla kan masa kat matrik dapat duduk ground floor. Haha Jaja Jaja.

kitorang selalu kebetulan pakai warna yang sama. selalu sangat! :P
Hehe dear Jaja, thanks for everything you do. Setiap lawak yang Ja buat, setiap nasihat semua, thanks sangat-sangat. Seronok dapat kawan dengan orang yang famous macam Ja. Ja baik sangat. Haha Jila harap nanti Ja dapat la jodoh macam yang kita selalu gurau-gurau tu ye. Hehe err tetiba cakap pasal jodoh. Haha jila nak cakap yang jila love you soooooo much. Hehe jangan lupakan i ok!^^ Hope friendship kita terus kekal ya :D

0 comments:

Related Posts with Thumbnails