Monday, July 1, 2013

Welcome JULY :)

Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab dipanjangkan usia untuk memasuki bulan baru ni. Hehe. Actually banyak juga benda penting yang berkaitan dengan July dengan aku.


First sekali, bulan ni akan dapat tahu UPU. Seriously makin dekat rasa makin seram pulak, pilihan keberapa agaknya rezeki aku ya? Harap-harap pilihan pertama la. Insyaallah :) Berharap juga ada la kawan-kawan yang tersangkut sama U nanti. HAHAHA amboi harapan tinggi menggunung gitu.


Secondly, bulan ni umat Islam akan mula berpuasa. Bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan penuh keberkatan dan kebaikan. Harapnya kehadiran bulan yang baik ni dapat membantu ramai orang melakukan amal kebaikan. Hehe memanglah bulan lain pun boleh buat, tapi bulan Ramadan ni lebih berkat gitu kan. Hehe :)

Yang terakhir, bulan ni juga terwujudnya tarikh yang telah membujangkan aku selama 2 tahun. Sob sob sob. Sampai sekarang lagi pedihnya terasa. Haha over. Yelah nak memulihkan luka di hati memang lama gila. Aku  syak tempoh masa ni akan berlarutan sampailah aku jumpa someone. Haha ok perenggan yang ni macam merepek sikit. Tapi frust juga la dengan kawan yang tak percaya aku dah solo selama 2 tahun. Haha isk korang nih cuba tolong carikan someone ke untuk aku. HAHA

So, akhir kata, kepada kawan-kawan Matriks, selamat ber dup dap dup menunggu keputusan UPU dan selamat berpuasa kepada semua pembaca!^^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails