Tuesday, April 8, 2014

Aimi^^

Assalamualaikum! Hehe sekarang sampai ke giliran Aimi Raihana :) Hehe Aimi ingat tak Aimi pernah search  google nama Aimi lepas tu takde keluar langsung apa-apa pasal Aimi, lepas tu Jila janji nak tulis pasal Aimi kat blog ni, so this is the promise.. Sorry late!! :D


Haaaaa, inilah dia cik Aimi yang hot gila! Haha ye memang orangnya nampak biasa je tapi ada luar biasanya dia ni. Hahaha memang ramai lah peminat, yang jatuh cinta pandang pertama pun ada. Yang betul-betul jatuh pun ada! Hahaa 


Mula-mula serius tak tahu pun dia ni wujud. Hehe sebab dia lepas seminggu budak-budak PST yang lain dah masuk kelas kitorang, tetiba dia ni wujud. Haha heran jugak aku. Ingat Wahed sorang je yang perempuan, rupanya ada sorang lagi. Hehe mula-mula tengok dia, haha aku tengok dia macam seorang yang ganas sikit, agak banyak cakap dan nampak kasar. Haha muka dia kalau bercerita masa awal-awal dulu macam orang takde perasaan je aku tengok. Haha



Paling aku akan ingat pasal Aimi nih bab makan. Seriously dia nampak jimat sangat berbelanja. Mula-mula aku ingat dia ni daripada keluarga yang susah, sebab first time makan dengan dia, dia makan nasi putih dengan sambal tauhu je. Kadang tu dia makan nasi dengan kuah tomyam aje. Huhu aku ni hari-hari melantak ayam. Rupa-rupanya dia ni anak cikgu. Mak ayah dua-dua cikgu. Hehe tapi memang ikut pengalaman aku kawan dengan anak cikgu memang dorang ni jenis berjimat cermat. Maybe didikan parents macam tu :)

aimi pakai baju jila 

Dulu-dulu aku tak la rapat dengan Aimi ni, just macam kawan sekelas yang lain. Tapi bila dah masuk sem 3, 4 jadi makin rapat. Tapi rapatnya time dah nak habis matrik. Hehe sejak aku join lepak kat bilik dia. Sejak tu banyak cerita kitorang share sama-sama. Dia cerita pasal dia, aku pun banyak cerita pasal aku. Ada sekali tu dia naik bilik aku sebab nak cerita masalah dia. Hehe


Tiba-tiba kan bila dah rapat, terperasan satu benda, haha badan kitorang ni nak dekat sama saiz. Haha tapi aku rasa Aimi lagi kecik daripada aku. Hehe tapi kitorang memang boleh kongsi pakai baju yang sama. Hehe masa minggu last kuliah tu, dia datang bilik aku pinjam baju-baju kurung aku. Haha seronok lak dia dapat pakai baju aku, biasa dia pakai baju dia memang semua besar-besar, baju aku lak kebanyakannya kurung moden dan pesak gantung. Lawa bila dia pakai. Hehe tak le menggelebeh sangat. Haha :D


Aimi ni memang baik sangat orangnya. Siapa yang kata dia jahat tu memang tipu benooo le. Hehe dia tak kisah pun tolong orang walaupun pertolongan tu agak membebankan. Memang dia jenis tak kisah. Lagi satu dia tak suka tunjuk sedih dia depan orang. Eleh padahal aku dapat je detect time bila dia sedih. Hehe sebab dia sedih pun aku boleh tahu apa. Haha :P



Satu benda yang takkan lupa masa kitaorang buat surprise birthday kat dia. Dia macam takde feeling langsung! HAHA dia tak tahu ke birthday tu birthday paling mewah antara semua birthday ?? Hahahha muka dia macam tu je. Hahah Aimi Aimi. Kelakar lah awak ni :) Tapi blur awak tu yang buat awak unik tau. Hahaha :)


aimi pakai baju jila part 2 :P
aimi pakai baju jila part3 :P jila pun pakai baju aimi
aimi tengah bebel kat jila :P
Bagi aku, memang aku suka, aku senang sangat kawan dengan Aimi. Walaupun dah hujung-hujung sem baru rapat, kitorang ngam sangat. Hahaha :) Takkan lupa ke'blur'an Aimi yang memang sangat mencuit hati. Lagi satu Aimi ni tak pernah control perangai dia tau. Memang semulajadi sangat. Apa yang dia rasa terus terpanchor terus kat muka dia. Haha. Btw thanks sebab bagi shawl tu kat Jila. I will keep it forever. Hehehe :) Semoga friendship kita terus berkekalan^^ Jila harap Aimi happy selalu, jangan sedih-sedih ok sayang. Jila teringin nak jumpa Aimi balik. Huhu. Insyaallah :) Friends forever

0 comments:

Related Posts with Thumbnails