Thursday, April 10, 2014

Kak Mehoh ;)

Assalamualaikum. Hehe hari ni nak story pasal sweetheart ku, Nur Samihah Abdul Aziz. Haha kakakku dalam KD1T2.



Kenapa aku gelar dia kakak? Haaa first panggil dia Kak Mehah sebab masa tu dekat cafe, dia tiba-tiba datang kat aku dengan iena yang tengah kusyuk pilih lauk. Haha dia cakap 'adik makan apa? makan tak ajak kakak' Haha tak la camtu ayat nye tapi dia memang mention adik dan kakak la. Since hari tu terus lekat aku panggil dia Kak Mehah. Kadang pekat sikit, panggil Kak Mehohhhh. Hahhaa :)


Kak Mehah ni second intake, jadi kenal dia lambat sikit la dari yang lain. Tapi walaupun kenal lambat, tapi ngam tau dengan dia. Baik sangat dengan dia. Dia pun baik dengan kita. Dia banyak ajar aku pasal pelajaran. Kak Mehah ni pandai tau. Dia rajin. Dia tak kedekut ilmu. Dia banyak sangat ajar. Selalu pergi bilik dia sebab nak dia ajarkan macam-macam. Hehe dia dengan sabar ajar adik dia yang ngok sikit nih sampai faham. Hihi

Kak Mehah jugak banyak simpan rahsia dengan aku. Kitorang selalu share cerita sama-sama. :) Sebenarnya dalam kelas tu aku baik dengan semua budak perempuan kecuali Hekmu. Hahaha bukan tak baik, tapi aku jarang bercerita masalah ke apa dengan dia. Gaduh je selalu. Haha :P Yang lain, memang selalu. Dorang pun selalu cerita masalah kat aku. Kak Mehah pun tak terkecuali :) Macam-macam cite share dengan dia, dari yang pilu, lawak, semua lah. Selesa bercerita dengan dia. Macam kongsi cerita dengan kakak sendiri :)


Masa awal-awal dia masuk kelas, tak sangka boleh ngam. Haha sebab first time jumpa masa tu kelas math tuto. Dia masuk kelas lepas tu ada la cakap-cakap. Cara dia cakap macam kasar sikit. Pastu macam poyo je. Hahhahahhaa muka ayu tapi cakap kasar. Hhaahahaha rupanya dia tak pun. Dia memang ayu ok. Cantik sangat. Suka tengok muka Kak Mehah. Selalu cakap ngan Nabil n Iena, muka Kak Mehah sesuai pegang watak gadis baik kalau jadi pelakon. Haha :D


Tak tau la nak cakap, tapi Kak Mehah has her special own position in my heart. Haha masa sem 3 dengan 4 dia banyak sangat kasi aku semangat nak belajar. Waktu aku down gila pasal study mesti dia kasi semangat suruh belajar. Kitorang siap janji sesama sendiri lagi nak belajar rajin-rajin. 

ni masa memang rancang nak pakai sama
ni masa kebetulan, tak rancang. HAHA
Antara benda yang tak boleh lupa, kitorang ada baju kurung sama. Sebijik! Haha awalnya masa dia tengok aku pakai, dia kata la dia pun ada baju sama, so kitorang rancang nak pakai sama. Hahaha bila dah pakai sama, dia malu pulak, dia tak kasi Jila jalan dengan dia, dekat dengan dia. Hahah aku ni lagi tak dikasi lagi aku suka dekat. Hahahha lagi lawak ada satu hari tu kitorang tak rancang pun nak pakai sama. Sekali terpakai hari sama! Haha time tu kelas agama, dia datang lambat sikit, dia datang je terus menjerit. Hahaha dia kata nape aku pakai hari tu jugak. Hahhaha aku pun tak tau nape terdetik nak pakai baju tu. Haha

time ni terpegun tgk kecantikan beliau. mueheeee
Satu lagi tak boleh lupa time kitorang outing sekali. Hahaha bape kali sesat kan? Jalan-jalan pastu tempat sama balik. Hahhaa dua-dua blur masa tu. Orang lain pulak berjalan ke mana tah tinggallah kitorang dua yang 'pakar' sangat kat situ kan. Haha apa pun memang takkan lupa lah semua kenangan dengan Kak Mehah. Masa isi UPU aku harap sangat kitorang sama U. Selain Nabila, aku nak sama U dengan dia, Intan dan Wahed. Huhu. Masa upu keluar, dia antara orang first aku tanya dapat mana. Sedih gila masa dia cakap dia dapat UiTM Machang :( Serius aku memang sedih. Kalau kita dapat satu U mesti best sangat kan :')


To Kak Mehah, Jila sayang sangat tau kat Kak Mehah. Thanks sebab selalu ada dengar masalah Jila, bagi semangat nak belajar semua. Hargai sangat-sangat. :) Always miss me okay bebeh. Hehe hope satu hari nanti dapat jumpa Kak Mehah lagi. LEBIUUUU :)

p/s: Jangan lupa kenangan kita start rapat masa duduk rumah tamu ;)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails