Tuesday, April 8, 2014

Mior & Halim :)

Assalamualaikum. Haha hari ni nak cerita pasal pencinta kucing iaitu Mior dan abangnya yang kuat bebel, si Halim :P


Mior umpama pelajar sekolah yang tersesat di kalangan bapak-bapak orang. Hahahha
Inilah Mior Amirul. Haha muka macam budak kan dia ni. Haha aku rasa kalau aku tak kenal dia mesti aku ingat dia ni budak sekolah menengah. Hehe Mior ni emmm emm dulu dia punyalah senyap. Lama-lama. KD1T2 jelah tahu perangai dia ni :P Dahla suka gelak nakal. Ish. 


Hehe tak ingat lah pulak bila pertama kali nampak Mior nih. Haha sebab dulu dia memang senyap sangat, nak dengar suara pun susah. Haha maybe dia still terkejut kot dapat classmates yang bising nak mam nih. Hahhaa memang wehh kelas tu memang bising sangat. Ish ish semua kuat bercakap. Nasib lah tak semua suara kuat macam Izzah, Ana dengan Fai. HAHA Bila sem 4 barulah naik tanduk dia. Hahaha rupanya bising dan kuat membahan jugak dia ni. Adakah memang semulajadi or lepas kawan dengan Apess?? Haha

Mior sedih time ni sebab Iena nak keluar :P
Teringat time hari yang iena nak dekat-dekat keluar Matrik tu, aku ada la record video. Pakcik nih boleh senyap taknak cakap apa-apa. Penat paksa. Hahaha dia senyap je. Sedih eh eh? Time birthday aku pun masa call Iena, bagi la budak ni cakap dengan Iena, amboih dia amek fon pastuh cakap kat tempat lain. Hahah comel je korang nih. Hahha lepas Iena keluar dia beralih rapat dengan Nabila pulak sampai la sekarang dorang kawan baik yang comel :)

kawan baik Mior :P
Seingat aku dulu memang jarang lah bercakap dengan dia ni. Aku bukan rapat pun dengan dia. Haha dia rapat dengan budak perempuan lain. EHEM. Kalau dia tak tahu assignment ke apa kerja ke dia tak mesej aku pon. EHEM lagi. Hahaha saje usik Mior :P Mior ni rapat dengan kedua-dua kawan baik saya tapi dia tak baik pun dengan saya. Haha :P Dulu dia baik dengan yang sorang tu, lepas tu dia baik dengan lagi sorang ni pulak. HAHA :P

time ni senyap
Mior ni pandai Math. Memang pandai la. Jeles je tengok dia. Bayangkan dia buat dekat depan secara spontan. Tak payah bawak calculator. Memang hebat la kalau aku terkedek-kedek pinjam kawan punya jawapan. Haha. Memang rujukan yang baik la kalau tak faham pasal Matematik.

Mior umpama anak. Nordin seperti bapak. haha
Haaaaaa. Mior ni kan. Rambut dia kan. CANTIK. Hahahha Nabila suka tengok rambut Mior. Eh tak tak. Kitorang betiga suka tengok rambut Mior. Hahah rambut dia kan macam bulu kucing. Haha macam tak payah sikat. Macam tak payah guna shampoo. Macam. Macam. Memang nampak lembut la. Haha tak tak, aku tak pernah pegang! Tapi Nabila selalu sentuh guna pen la, pembaris la. Hahahhaha :P Jangan marah!


Haaaa, ni pulak Abdul Halim. Halim ni kembar Wahed! Hahaha seriously muka dorang nak sama. Halim pun kata muka wahed macam muka kakak dia. Mula-mula tak perasan pun muka deme ada iras, tapi bila ada orang cakap, tengok balik, ya ampun. Apasal sama nih! Haha orang kata muka sama ni sesuai bersama. Tapi deme dua, cannot aaaa. hahahah :P


tolonglah setuju muka dorang nak sama. haha penat i crop pic!
camni la kot lebih kurang muka dia time bebel. hahhahaa
Halim pun second intake. Dia kelas B, so tak selalu ar cakap awalnya. Mula-mula dulu dia senyap je, sama la macam Mior. Lama-lama baru tahu dia SUKA MEMBEBEL!!! Ish ish bayangkan lelaki membebel? Tak dapat bayang? Haaa engko kena kenal dengan Halim nih. Haha sehari kalau dia tak bebel tak sah. Lagi satu, lama-lama dia dan Mior semakin berani mengutuk kitorang depan-depan. Hahaha cakap pasal kebisingan kitorang dan first impression dia masa masuk kelas kitorang. Haha serius lawak dengar pengakuan jujur dia.

mesti engko rindu nak kena suap camni sambil diperhati Aimi?? Hahhahaa
Tapi Halim engko jangan bohong la... Kawan-kawan engko yang bising ni la yang kau rindu kan sekarang? Lalallaa ngaku je la weh. Hahaha Halim ni bagus bab kepimpinan. Boleh diharap la kiranya. Antara kelebihan yang buat dia sesuai jadi ketua ialah mulut dia la. Pot pet pot pet. Hahahaha sebab taknak kena bebel, maka kite ikut je la ye arahan dia kawan-kawan.

zaman ngam sikit dengan halim. haha
Halim ni spesis jujur gak ar. Apa dia tak puas hati time tu gak dia cakap. Hahaha selalunya pasal kebisingan kelas la. Hahah sorry la weh benda tu memang tak boleh diubah. Macam kebetulan pulak budak-budak banyak cakap semua masuk KD1T2. Hahaha sampai lecturer pun mengamuk habis. Hehe


Oklah Mior dan Halim yang ibarat adik beradik. Hahaha aku rasa cam banyak gambar korang tapi time cari tak jumpa lak gambar korang berdua. Grrr ni jek aku jumpa terpaksa potong Jaja kat tepi. Hahah sorry Jaja. Aku harap korang berjaya selalu. Tahu korang ni jenis bijak pandai, moga kejayaan selalu jadi milik korang. Ada masa jumpa lagi! Friend foreveeeeerrr :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails