Saturday, April 12, 2014

The Other Half!

Assalammualaikum semua. Hurm nampaknya Mid Semester Break aku yang indah bakal berakhir! Huhu esok awal pagi dah bertolak balik UKM tersayang tuh untuk sambung baki separuh semester 2 nih. Sayang ker?? Hahaha apa yang aku buat cuti ni? Serius nak tahu? *anggukkepalasendiri*



Cuti ni aku manfaatkan untuk ganti segala tidur aku yang tak cukup. Haha serius sejak masuk UKM berapa kali sangat lah cukup tidur. Kerja memang banyak, belum campur masa habis online, ke sana sini, jelajah ini itu. Haha so cuti ni memang aku duduk rumah senyap-senyap charge balik bateri badan aku sepenuhnya. Haha tapi dah hari last cuti ni aku rasa makin lemah ada lah. 

Actually aku ni memang jenis tak boleh cuti, hahahaha confirm tak pernah cukup. Tambah pulak sekarang kat rumah dah takde orang, lagi lah sedih kalau nak balik UKM, kena tinggal ma dan abah berdua je. Adik kerja part time. Kakak-kakak dan abang confirm2 semua busy, balik sebulan sekali je. So, aku je la yang ada cuti kan, teman ma abah kat rumah. Seriously sunyi gila ok rumah takde orang, Yelah, aku 7 beradik, ni dah aku sorang je ada. Memang bosan la, dijangka aku akan balik lagi nanti sebab tak puas hati tak dapat jumpa adik beradik yang lain. RINDU.

Cuti ni jugak aku try nak abeskan tulis pasal kawan sekelas time matriks. Tapi. Aku. Biasalah. Hahaha malas. Ada la beberapa je sempat siap. Tinggal sikit je lagi! Akan aku sambung nanti. Confirm. Aku takkan tinggal sorang pun. Mesti ada yang pelik kan apasal la aku rajin sangat nak cite sorang-sorang. Kalau kau betul-betul kawan aku kau akan faham aku ni jenis macam mana dalam bersahabat :) Sekali kau jadi kawan aku, sampai bila-bila status tu takkan berubah.

Masa cuti ni aku kecewa dengan diri sendiri! Aku da janji nak settle itu ini masa cuti tapi satu pun aku tak buat. Tambah naya, balik ni ada mid sem exam! Yang tiba-tiba ada secara tiba-tiba jugak. Hadoi. Tapi tu sikit pun tak halang aku nak melepak goyang kaki kat rumah. Muehehe. Bagi aku, cuti kena cuti laaaa. Haha teruk kan? Jangan contohi aku ok budak-budak sekalian. Korang kalau masuk U, rajin-rajin ok. Haha :D

Jadi, selamat tinggal rumahku syurgaku. Lain minggu kita jumpa lagi. Hehe :D 

p/s: for KD1T2 stay tune, nanti aku sambung entri pasal korang ok :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails