Tuesday, April 8, 2014

Wahed :)

Assalamualaikum! Hehe proceed ke orang seterusnya Nur Farah Waheda :) Lama kan aku berenti tulis. Ni cuti aku nak sambung balik. Haha tengok la sape yang sempat kan. Haha so kali ni nak tulis pasal WAHED :)


Taraaaa. Inilah orangnya. First jumpa masa kelas tuto Math. Dia duduk sorang-sorang masa tu sebab dia PST dan baru masuk kelas kitorang. Kiranya dia la yang first PST yang masuk kelas kitorang yang aku kenal. Masa mula-mula dia masuk takde cakap sangat dengan dia, tapi kitorang selalu duduk sebelah-sebelah dalam lecture hall. Sebab dia dah kenal dengan Ida. :)


Mula-mula serious ingat dia berlagak. Haha tengok macam garang je. Takut nak tegur dia. Haha take time juga la nak baik dengan dia. Tapi lama-lama dia lah antara classmate yang aku paling suuuuuuka kawan. Hehe. Kitorang macam boleh fikir sesuatu tu dengan pandangan yang sama. Tak suka sesuatu pun sama. Haha kalau melawak ke apa, Wahed memang leh jadi my best partner. Haha aku suka gila dengar dia gelak. Memang nampak dia happy gila-gila lah. Haha


Kalau kau nak seorang kawan yang bersifat melindungi, dia ni lah orangnya. Memang nampak sangat dia protect kawan dia. Paling suka muka garang dia kalau kita ngadu masalah kat dia ke apa, memang rasa diri ni macam dilindungi sangat. Haha memang nampak jelas ciri seorang kakak kat Wahed nih :)


Aku tak dapat detail kan dekat tepat sejak bila rapat dengan Wahed tapi aku sangat selesa kawan dengan Wahed, susah aku nak jumpa perangai dia yang aku tak suka. Haha dia sangat sporting, boleh ajak sembang tentang apa-apa pun. Haha dia jugak banyak ingat perkara lawak yang pernah jadi dan suka flashback kan semua tu kat aku. Haha contohnya, tudung kemarahan, kain cotton murah dan macam-macam lagi lah. Hehe


Wahed ni geng tingkat 4. Sama macam aku. Haahaa cuma kitorang beza blok, sifat orang yang duduk kat tingkat 4 ni dia tak kisah nak pergi bilik kawan dia kat tingkat berapa pun. HAHA beza sikit dengan budak-budak duduk tingkat bawah-bawah ni. Wahaha. Jahat gila aku. Wahed pernah datang bilik aku untuk discuss essay, punya aku ajak buat kat bawah je, dia tak mo. Haaa rajin kan dia. Hehe :)


Wahed ni kemas orangnya. Aku suka gila tengok dia pakai tudung or shawl, memang nampak kemas, tak senget benget pun. Kalau aku, pukul 9 da senget benget. Hehe paling suka tengok dia pakai tudung plain mustard. Sebab sebijik macam Tasha Manshahar! Haha kakak aku pun cakap dia macam Tasha tuh. Weeewitttt. Hehe. Hmm malangnya setelah diselongkar, aku takdak gambar dia pakai tudung kaler tu. I iz sad :(


Bila dah habis matriks ni, dia lah classmate aku yang paling banyakkkkkk contact aku. Memang terharu gila la. Haha sampaikan kalau lama-lama aku tak sembang,merepek,membongkek dengan dia, aku jadi pelik. Haha bila habis matriks ni banyak gila gak la rahsia kongsi dengan dia. HEHEHE. Aku percaya dia boleh dipercayai dan rahsia tu akan terussss menjadi rahsia kan Wahed? Hoho

ingat tak gambar ni? Hehe kite kata muka kite macam alien. HAHA
To Wahed, THANK YOU sangat sebab jadi kawan aku. Antara yang paling aku selesa sangat nak rapat, sembang, melawak, share problem. Sedih dah tak sama tempat belajar. Kawan baru Wahed nanti sangat untung sebab kawan dengan Wahed :) TAK! Ayat ni aku takmo kasi NENAL baca!!! :( HAHA. Aku takkan lupa ko Wahed.. Hehe sayang Wahed. Hope kita terus jadi kawan baik. Ngomong Indon ingat Jila, ingat Nazim ingat Jila. Hahaha bye bye sayang. Study baik2 :) Hope to see you <3 p="">

0 comments:

Related Posts with Thumbnails