Sunday, June 1, 2014

Roommate -> Kak Anis's Birthday! :)


Kawan: "Umur roommate berapa?"
Aku:     "Cuba teka umur dia berapa?"
Kawan:"Sebaya kau kot? Ke muda setahun?"

Seseorang akan tersenyum bila orang kata umur dia 20 or 19 :P Yeah she is my roommate, Maizathul Farhanis Othman. Hari ni umur dia naik lagi satu angka! :) Jadi adikmu ini nak hadiahkan satu entri untuk akak :)

first week kenal ;')
Kalau nak cerita pasal dia, serius takkan cukup aku tulis kat sini. Tapi jujur dari hati, dia memang roommate paling best pernah aku hidup bersama. Cewah. Kami banyak sangat persamaan perangai, tak suka pun benda sama, malas pun benda yang sama, hobi pun hampir sama, telefon pun sama! Haha pertama kali jumpa dia aku ingatkan dia bukan peramah dan nampak macam garang. Haha rupanyaaaaaaaaaa. Ish ish dalam bilik asyik buat lawak aje! Mula-mula serius aku takut tak leh ngam dengan roommate kat UKM ni. Yelah aku susah sikit nak sesuaikan diri. Huhu paling aku takut, roommate dengan orang yang terlalu fanatik akan *****!! Takut! Haha nasib baik Kak Anis ni masih terkawal. Haha alhamdulillah jugak sebab dapat roommate yang tak suka sepah, seorang yang pembersih. Ya Allah memang syukur sangat. Tak mintak lebih dah! :) Selalu orang datang bilik akan puji bilik kitorang. Hoho :)

ore kelate rupenye :P
Bila sembang dengan dia, takkan dapat sangka dia orang Kelantan! Serius tak kedengaran langsung loghat. Tapi bila jumpa geng, tak pun cakap fon, haha keluar habis. Memang dia boleh sembunyi terus loghat tu. Haha. Unik tau roommate itew :P Engko ada roommate best camni? :P

muka tak sabar tunggu ayam :P
Hobi kitorang? MAKAN! Hahaha. Kak Anis ni makan banyak gila okay. Dah nasib aku asal berkawan je mesti dapat kawan yang kurus, kurus tu takpe lagi, ni spesis kurus yang makan banyak tapi tak gemuk-gemuk! Dorang ni transfer kat aku ke apa?? Haha. Sabar je la kan.

selfie wefie time lecture bohsan :P
Dia istimewa sangat bagi aku. Memang aku sayang sangat. Dia banyak tolong aku, paling terharu masa projek database, bersungguh dia cuba jugak nak tolong apa yang termampu. Serius masa tu antara moment paling bikin gue terharu sangat. Daripada aku start task 1 sampailah siap, dia follow perkembangan projek tu walaupun dia tak ambil subjek tu. Tq sangat kak Anis :')

zaman dua-dua masih halus. kini? hahaha
Kak Anis ni peramah tau. Kawan dia kawan aku, kawan aku pun akan jadi kawan dia. Hehe kitorang memang senang nak berkawan walaupun tak kenal orang tu. Haha maybe nampak sombong kan tapi tak kenal maka tak cinta! Cewah. Haha :) Dan kitorang akan jadi semakin peramah kalau membabitkan makan-makan. Hhahahahaha. :) Banyak kenangan lucu yang akan buat aku ketawa sorang-sorang kalau ingat. Macam-macam lah, sehari kalau tak gelak dalam bilik tak sah. Sampaikan aku rasa dekat aras tu bilik kitorang paling bising sekali :D Haha tapi tak pernah lah sampai tahap orang ketuk pintu bilik sebab bising. Hehe kiranya terkawal lagi la. Banyak dah susah senang dihadapi bersama. Terutama time takde air! Haha

HOBI :) Jalan-jalan! :)
Kami sayang benda yang sama. Kami sayang KABEL. Hahahaha :P Kalau takde internet, Ya Allah bilik tu macam tak bernyawa je. Kalau ada, masing-masing fokus je tengok laptop kan. Hahaha padahal kadang-kadang tu tengok cerita yang sama je pon :) Kitorang suka keluar, ke sana sini, suka membeli, serius memang banyak persamaan. Hari pertama jumpa pun dah dapat kesan banyak persamaan kan? :) Sampai ada beberapa orang ingat kami ni kembar. Haha lepas tu dua-dua saling berpandangan je bila orang cakap camtu. Haha

Join program sama-sama :)
Kalau bab study, sebolehnya kami akan bagi sama apa yang boleh sama. Haha HP ambil kelas sama, selagi subjek sama dan tak clash, kitorang akan pastikan ambil set yang sama. Pergi mana pun berdua je. Hahah biar la orang kata apa pun kitorang bahagia je camtu. Tambah pulak sikap kami banyak yang sama, tak suka lewat, jadi bila sebilik ni senang la nak urus masa kan :)

muka baru bangun! terus keluar. haha :P
Sebenarnya motif tulis ni sebab nak wish birthday akak. Hehe sorry sebab jila balik rumah time ni, takut kalau ada kat sana nanti ada je idea nakal muncul. HAHA :P. HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY SISTER, kak Anis yang ke 23 :) Semoga cepat kahwin tau!!! Doakan Jila jugak :P May Allah bless you always. Jila sayang Kak Anis sangat-sangat. Kalau boleh setiap semester nak jadi roommate :( Jangan lupa Jila tau. Jangan nangis-nangis selalu! :D

the love :)
Jila tak tahu nak jadi sweet macam video-video kat Youtube tapi ni Jila buat khas untuk akak. Entri ni akan terus kat sini untuk akak, semua kenangan yang ada akan terus Jila simpan di sini, di HATI :) Happy birthday once again. I LOVE YOU ROOMMATE :')


p/s: Jila nak minta maaf atas segala kekurangan sepanjang kita tinggal sama sebilik. Jila harap kita terus berkawan dulu kini dan forever! :')
Related Posts with Thumbnails