Saturday, September 6, 2014

Second Year! Bismillah :)

Assalamualaikum. Hari ni 6 September 2014 bermakna hari ini hari terakhir lah Akak Jila ni ada kat rumah. Huwaaaaaaa! Akak Jila dah nak masuk second year hokay tapi kemalasan nak balik setiap kali cuti lama ni sentiasa membelenggu jiwa! Haha. biasa la tu kan, akak Jila punya homesick ni sentiasanya ada. Eh dah kenapa aku berakak-akak ni kan bajet macam adik-adik junior baca blog ni pulak. Boo. Haha




So esok 9 pagi bertolak la balik UKM dipandu oleh pakcik drebar bas Edaran Ekspress dari Bidor tercinta ni. Hm hm walaupun da nak masuk semester 3 tapi ni lah baru pertama kali aku balik sendiri ke UKM, kalau balik sendiri dari UKM ke Bidor tu biasa dah. Haha nampak tak mengadanya aku setiap kali balik nak dihantar? Haha ni tak tahu lah esok aku ingat ke tidak nak balik macam mana. Serius aku ni sangat pelupa bab jalan iaitu cara nak pergi ke sesuatu tempat. Haha jalan nak pergi fac pun aku ingat tak ingat weh. Padahal hari-hari pergi. Teruk kan?

fakulti yang di'rindui' Muahaha
Time mood tak berapa nak ada nak balik UKM ni lah lecturer whatsapp berita memilukan. Kos aku tiba-tiba dekan jadikan 3 tahun setengah. OMG. Nasib baik bukan sebab pertambahan subjek, agak lega di situ. Tapi sebab short sem dah dihapuskan dan menjadi sem 5. Agak sedih sebab tak dapat konvo 2016. Kena lah tunggu 2017. Time tu umur pun da 24. Sobs. Kos dekat faculty aku ni intern nye lama plak tuh. 6 bulan weh. Maksudnya lepas habis final year project masa sem 6, sem 7 tu lah internship. Wuuu walaupun lambat lagi tapi sekarang ni pun dah rasa deborrrrrrr. Sebab ilmu ni macam takde je walaupun da nak masuk sem 3. ish ish ish. Apa kau belajar haaa Jila? =,=

Harapan untuk second year ni, semoga lecturer semua sayang kat aku. Eh. Hahaa harapnya dapat lebih faham lah semua subjek tahun 2 ni sebab of course lah akan semakin mencabar baq ang. Harapnya semangat berkobar-kobar aku nak graduate akan buat semangat nak belajar pun makin tinggi lah hendaknya. Amin :)

So, classmates and friends, see you soon! :) *acahacahbersemangat*



Related Posts with Thumbnails