Sunday, October 5, 2014

THANK YOU READERS!

Assalamualaikum:)


Hari ni rasa nak cakap pasal anda, ye anda yang sedang membaca ni. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi datang sini, baca blog ni. Yang tahla, saya rasa banyak membebel je kan? Haha :) Teringin la nak tahu, awak ni siapa? Datang tapi tak tinggalkan jejak pun ye. Hehe saya nak cakap thanks kat awak ni.

Takpelah walaupun awak semua just jadi silent reader saje kat sini, tapi saya hargai sangat-sangat. Seronok la bila tahu ada orang baca apa saya tulis, walaupun tak best macam orang lain tapi korang still sudi jadikan blog ni bahan bacaan yang kebanyakannya tak berinfo pun, haha :P 

Saya just share pendapat, pengalaman, bersastera sikit kadang-kadang dan luahan hati pun banyak jugak kan. Haha thanks sangat untuk setiap view bagi setiap entri saya. Awak, kat tepi blog ni ada link facebook page saya, kalau sudi, like la ye. :) Fb dan twitter personal saya pun ada kat tepi ni, yang kartun dua orang mengintai tu. Haha :)

Menulis ni memang best, kita boleh cerita semua yang kita tak terluah pada manusia. Sedar atau tidak, mungkin anda pernah menjadi idea untuk saya menulis. Terima kasih untuk itu. Saya menulis sekadar untuk suka-suka dan agar tak lupa segala yang berlaku dalam hidup. Yelah kan otak manusia tak semua benda kita akan sentiasa ingat. Awak pun, mungkin lepas ni dah tak datang baca blog ini lagi kan? :)

Selagi saya ada, inilah cerita saya. Inilah hidup saya. Yang terkandung dalam ini sejak bertahun-tahun lamanya semuanya hasil tulisan saya. Harap anda terus membaca di sini, walaupun isinya kadang kala lebih kepada perasaan semata-mata :) Once again, terima kasih semua!

p/s: Pada yang tak pernah menulis entri, cubalah, menulis salah satu terapi untuk menenangkan minda :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails