Sunday, October 12, 2014

Watch Your Words!



Hari ni agak menggelegak hati angkara seseorang. Kawan. Tapi apa dia cakap memang tahap mengguris perasaan dan merendah-rendahkan aku yang dah memang kurang ketinggian ni. Kenapa mulut awak ni agak tidak ada pertimbangan di saat berkata-kata? Enak saja mulutmu berbicara! Grrrr!


Kadang-kadang kita tak rasa apa yang kita cakap buat orang lain terasa. Tapi serius memang terasa lah. Lama dah aku pendam tapi bila dah banyak kali sangat, rasa nak meletup jugak lah. Nasib dalam mesej je, kalau depan-depan memang dah keluar asap dah!! 

Berbudi bahasa lah sikit dalam bercakap. Jangan rendahkan orang lain, kita bukan hebat mana pun nak merendah-rendahkan tahap akademik orang lain. Memang betul aku tak pakar dalam hal-hal tu, takkan aku nak tipu kata aku hebat semata-mata nak nampak hebat? Tak, itu bukan aku. Bila aku kata aku tak tahu bererti aku memang tak tahu dan sebagai kawan, tak sepatutnya kau menghina taraf pendidikan aku, dari mana aku belajar, apa yang aku belajar, kenapa aku lanjutkan pelajaran dalam bidang ni. Ini semua rezeki Allah.

Bukan aku tak berusaha untuk faham apa yang aku belajar tapi setiap orang ada kelemahan masing-masing. Tak tahu lah kalau kau memang hebat dalam semua benda? Aku tak. Aku memang banyak kelemahan dalam pelajaran dan sedang cuba memperbaiki. Bila banyak kali sangat orang merendah-rendahkan kita, siapa yang boleh tahan kan? Tolonglah jaga lidah bila kita bercakap dengan orang. Fikir kalau kau kat tempat aku agak-agak kau boleh terima tak kalau aku cakap macam tu kat kau? Aku yakin kau pun akan hilang sabar.


Jadi, sama-sama lah kita jaga percakapan kita. Jangan sampai orang berkecil hati dengan kita. Sentiasa minta maaf, itu lebih baik :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails