Tuesday, December 9, 2014

Am I Strong?

Hai blog. Aku dah sampai satu fasa di mana aku tak kisah ada orang datang ke baca apa aku tulis. Haha tapi kalau ada yang sudi baca tu, Alhamdulillah terima kasih sangat-sangat. Teruskan membaca sebab aku takkan berhenti menulis cuma tidak sekerap dulu lah.


Sedar tak sedar dah 13 minggu berlalu untuk semester ketiga ni maka tak lama lagi aku dah nak hadapi peperiksaan lagi. Sekarang ni tengah bertungkus-lumus siapkan assignment, projek yang tinggal. Carry marks memang sangat penting bagi aku sebab kebiasaannya aku tak berapa perform semasa peperiksaan jadi carry marks amat membantu aku.

Semester ini subjeknya juga menyeronokkan tambahan lagi animasi. Aku minat subjek-subjek yang menjurus ke arah multimedia. Memang best! Menarik! Tak membosankan. Kekurangan aku yang jelas dan nyata tentulah subjek programming. Semester ni pulak aku kena ambil Object Oriented Programming. Agak memeningkan kepala aku jugak yang memang sah-sah blur dalam subjek programming ni. Tapi takpe kita cuba mana yang mampu. Asalkan kita mencuba kan? :)

Semester ni agak berat juga ujian yang aku hadapi dalam keluarga yang sedikit sebanyak menjejaskan pelajaran aku. Sudah tentu lah aku ni jenis yang sangat mementingkan keluarga. Jadi fikiran aku sangat tertumpu pada keluarga sehingga aku selalu  lupa dengan pelajaran. Semester ni jugak aku selalu tak pergi kelas. Huuu harap semester depan akan lebih baik attitude aku.



Kawan-kawan yang ambil tahu perkembangan aku pasti tahu krisis yang aku alami, terima kasih sangat untuk yang ambil berat. Namun aku harap sangat dapat bercerita dengan dia. Sebab bila aku cerita dekat dia, terasa sangat beban aku berkurang. Huu bukan aku tak hargai kawan-kawan lain, cuma aku rasa kesal kenapa dia biarkan aku terus macam ni sedangkan dia tahu aku perlu dia untuk kuatkan semangat aku. Takpelah apa lah kuasa aku nak paksa kau terus ada dengan aku kan? Redha.

So untuk kali ni tu saja. Doakan kesihatan aku dan keluarga. Terima kasih :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails