Saturday, November 14, 2015

KD1T2 Beraya

Assalamualaikum semua.

Entri ni dah diperam sekian lama dalam folder draft. haha hari ni baru nak keluarkan sebab teringat. Maaf dear blog lama abaikan serius tak sempat nak buka. Lama sangat tak ada entri ya ini pun kawan matrik yang request. Haha they ols peminat tegar entri pasal they ols. Hahaha so this entry for semua yang join mini reunion + jalan raya KD1T2 tahun 2015.


Alhamdulillah la dapat juga jumpa walaupun tak ramai dan macam-macam masalah yang datang dapat juga jumpa budak-budak ni. Awalnya aku sorang saja planning dengan Aimi nak beraya rumah Jaja dengan Wahed mengenangkan sejak habis matriks tak berkesempatan lagi jumpa diorang ni. Da planning berdua lepas tu tanya dekat Whatsapp group kelas kalau ada yang nak join then Nabila cakap nak join. Ok yey bertambah ahli! Haha

Lepas tu Nabil pun ajak geng-geng Teluk Intan dia (Apess, Nordin, Mior). Ok dah ramai sikit dah. Tanya pula si bongkek bertiga nak join tak. Kak Mehoh nak sangat join tapi ada masalah nak balik hari jadi tak dapat join. Haha rupanya si Aimi boleh saja hantarkan dia kalau dia join. Al maklumlah Kak Jila tak tahu sangat peta negeri Perak ni tak tahu diorang satu jalan! Hahaha. Maaf!


Orang yang buat semua makin excited nak join bila Fairuz kata dia nak datang Perak! Sanggup tau naik tren jauh-jauh semata-semata nak jumpa kami ni haaaaaa. Ok bila dah ramai ni makanya ada satu masalah muncul iaitu transport nak bergerak hahaha. Malas lah cerita pasal masalah kan, macam bengkek sikit nak cerita pasal tu haha.

Makanya hari Selasa, 28 Julai 2015 pun tiba. Halim dari Manjung dan aku dari Bidor. Jadi first sekali Nordin ambil Fairuz di Tapah Road, Nabila pula ambil aku dan Halim di stesen bas. 


1) Rumah Mior
First destination! Yeah jumpa Mior. Emm sama je still look young cuma sekarang nampak macam Form 5 dah hahaha. Masuk rumah je nampak puding karamel dia yang famous dalam kalangan kitorang. Semua teringin nak rasa puding tu. Haha memang sedap. Resipi mak dia memang mantoppp. Fairuz seronok makan kat rumah Mior, kutip udang dalam mee goreng. Haha thank you Mior dan mak Mior. Sedap sangat masak! Hehe


2)Rumah Apess
Second destination! Jumpa budak nama Apess ni pulak. Tengok Apess pun tak banyak berubah. Still sama je pun perangai semua orang. Haha terasa macam kita jumpa ni macam just cuti raya student matrik. Padahal semua dah belajar tempat lain-lain. Apess dan parents dia semua tak sihat. Kesian tengok mak Apess lemah aje nampak. Rumah Apess kitorang kejap je datang, makan kuih raya then culik Apess ikut beraya. Haha Thank you Mak Apess :)


3)Rumah Suha
Third destination! Special request daripada Fairuz. Kesian plak dia kan jauh-jauh datang nak jumpa Suha yang cantik manis tu. Hahaa Suha pun sama malah makin cantik!! Aku memang dari Matrik lagi adore si Suha ni sebab dia cantik sangat. Haha. Kat rumah Suha kami makan nasi. Nyummmm memang sedapppppp sangat. Terima kasih family Suha!

Haaaaa, berakhir dah beraya di Teluk Intan, next nak gerak pergi Ipoh pula. Tak ingat gerak pukul berapa tapi jauh juga la Teluk Intan - Ipoh. Biasa aku dari Bidor tak rasa jauh sangat pun. Haha. Sebelum gerak tu singgah isi minyak lah, solat kat Langkap, makan masa sikit sebab takde telekung, nasib Fai bawak. Paling kelakar kat situ toilet nya orang luar yang tolong kuncikan. Makan masa juga kat situ. Biasalah kitorang kalau dapat gelak memang lama. Si Halim dengan Mior dah bising kitorang lama sangat haha. Da gerak da then dak kecik sorang ni tetinggal jam pulakkkk. So patah balik :)





4)Rumah Wahed
Around 6pm baru sampai rumah Wahed. Ya Allah rindunya kat Wahed! Nampak pulak Jaja. Muah muah pipi dulu lah haha. Aimi pulakkkk muahmuah Aimi! Aimi dah kurus. Tak kembar dah la kita. Haha. Wahed masak banyakkkkk. Ada spaghetti carbonara dengan nasi. Sedap! Sempat Wahed cakap tak la sedap macam carbonara Pizza Hut. Sedap lah Wahed! Haha. Seronok sembang kat rumah Wahed. Macam-macam cerita ada. Ehem. Haha. Dapat duit raya yey thank you Mak Wahed! 

Sedar tak sedar dah dekat 7.30 malam dah. Halim dengan Mior decide diorang tak ikut beraya rumah aku sebab Halim kerja esok jadi kenalah hantar diorang balik Teluk Intan dulu. Semua macam,,,, HALIM KENAPA KAU KERJAAAAA. Hahaha. Jadi Anis, Wahed, Aimi dan Fai gerak ke Bidor terus dan Nabil, Jaja dengan aku gerak ke Teluk Intan dulu hantar jejaka berdua ni. Dekat pukul 10 barulahhhhhhhhh sampai rumah Mior then Nabil drive dan gerak ke Bidor.



While kat bidor....... rumah ku dah selamat digegarkan oleh Fai, Wahed, Aimi dengan Anis. Hahaha. Nasib lah Teluk Intan-Bidor dekat je so tak la lama dorang beraya secara berdikari hahaha tapi bagus betul dorang ni memang berdikari sungguh lah anak-anak ni ye. Haha. Sampai je rumah tengok diorang dah tengah makan, Aimi siap sempat tidur lagi haha. Si Fairuz pulak ada kat dapur tengah cedok kuah mee kari hahaha. Bagus senang kerja layan diorang ni. Meriah sungguh rumah aku malam tu Tuhan saje yang mengerti betapa nak runtuh rumah ni dengan suara dan gelak diorangggg hahahaha. Semua maintain kepoh daripada matrik lagi terbaik korang ni haha. Sampai ke 12 am dorang beraya kat sini. Air 16 kali refill agaknya dah macam kedai mamak dah lepaknya haha serius seronok gila rasa beraya tahun ni dapat jumpa diorang. 


Cerita zaman dulu simpan semua cerita dalam satu malam, tak ke haru biru hahaa apa pun thanks sangat korang sebab datang beraya rumah Jila. Hope lepas ni tiap tahun kita jadikan ni acara wajib. Harap tahun-tahun lain ramai lagi boleh join, kita planning baikkkkkk punya ok.

Akhir kata selamat hari raya maaf untuk semua salah silap! Jila sayang semuaaaaaaaaa.

Sunday, February 8, 2015

EXPERIENCE: Part time teacher

Assalamualaikum.


Hari ni nak buka cerita tentang pengalaman jadi cikgu. Hehe kalau dulu kerja servis dekat Pizza Hut, Nilai dua kali. Bulan Julai dan Ogos 2014 pula aku cuba jadi cikgu tadika di Little Caliphs Batu Belah, Klang. Haha kenapa jauh? Macam kerja Pizza Hut dulu kat Nilai sebab kakak nombor 2 manager kat sana. Kali ni kerja dekat Klang pula sebab kakak nombor 5 kerja sana juga. Hehe. Dia la promote aku dekat bos. Hoho






Antara gambar dalam tadika.
Best ke jadi cikgu tadika?
Kena banyak bersabar, serius kena banyak sangat sabar tau. Haha. Dalam diri sendiri kena ada minat dengan budak-budak. Tu penting. Sebab kerenah budak-budak ni faham-faham lah macam mana kan. Haha jadi kita kena bijak control anak-anak ni. Make they like us! Hahaha penting okay sebab bila mereka dah suka, dah sayang, dorang akan dengar apa kita cakap.

Banyak kali jugak la aku mengamuk dekat tadika tu. Haha aku diserahkan tugas untuk ajar anak-anak umur 6 tahun. Tak berapa sukar sebab majoriti dah boleh membaca, mengira. Cuma nak kena polish bagi makin lancar je. Sebagai cikgu tadika bukan kena jaga anak murid sendiri je, anak murid yang lain pun kita kena jaga juga. Macam Little Caliphs ni ada daycare jadi sampai petang kena bersama dorang. Haha so kita memang kena enjoy kerja kita baru tak rasa penat dan happy.

kasi can lah aku menyelit kt sini :P
Dari kecil memang aku teringin jadi cikgu, jadi memang aku enjoy lah dua bulan kerja sana. Kenal semua anak-anak. Ada yang memang rapat, manja sangat dengan aku. Ada yang hari-hari last tu makin manja, nak duduk dengan kita je. Benda-benda macam tu buat kita rasa seronok sngat ada pengalaman kerja ni. Hehe

Apa kerja-kerja yang kena buat?
Haaaa. Okay ada jadual bertugas ya untuk cikgu-cikgu semua. Hehe antaranya:
Gate: Kena tunggu anak-anak datang. Tulis pukul berapa anak tu sampai tadika. Pastikan dorang selamat masuk tadika. Kalau yang masih kecil tu kadang kena dukungkan bawa masuk tadika. Ada yang menangis, yelah pagi kan. Kita kena pujuk lah. Hehe

Assembly: Ok setiap pagi ada assembly. So, teacher yang bertugas assembly kena conduct lah. Baca doa sama-sama. Baca Al-Baghdadi. Solat dhuha. Kalau hari Rabu pula best sikit ada menari-menari, sport sikit untuk anak-anak. Paling diorang suka hari Rabu lah.

Bath and Pampers: Ada 2 teachers untuk tugas ni. Sorang akan mandikan sorang lagi tukar/pakaikan pampers. So tabah saja lah kalau buka-buka pampers diorang tu ada surprise dalamnya ya. Hahaha. Nak mandikan tu cabaran juga. Budak-budak suka main air tu kadang kesian tengok teacher basah habis. Haha.

Lunch/Tea Time: Kena sediakan makanan untuk anak-anak. Makanan bibik masakkan. Kita cuma sediakan dan jaga masa diorang makan. Kadang kalau bibik takde, kena lah teacher yang prepare, masak, basuh pinggan semua.

Solat Zohor/Asar: Kena pastikan semua anak-anak solat sama-sama. Tak main-main masa solat. Mencabar gila okay. Haha tahu-tahu lah budak-budak kan aktif, sambil solat pun boleh cubit-cubit lah, sembang-sembang lah. So, kena pandai lah uruskan.

Masa ajar anak-anak umur 6 tahun mereka paling suka kalau aku buat game. Ala, game tak payah susah, guna apa yang ada dekat sekitar kita saja. Bahagi diorang kepada kumpulan kecil, siapa dapat jawab menang. Haha jadi diorang akan usaha betul-betul nak jawab. Aku buat untuk Matematik, sebab ada yang lemah Matematik, hasilnya dorang lagi berminat nak belajar Matematik bila dapat jawab dengan betul. Untuk lancarkan bacaan Malay dan English diorang pun aku buat cara sama. Buat game sikit, seronok lah diorang untuk cuba baca apa yang kita tunjuk. Bagi yang lemah, kita bagi kata-kata semangat supaya dia tak rasa down bila kawan-kawan dapat jawab. Ajar dorang supaya jangan rendah-rendahkan kawan yang kurang tahu, belajar sama-sama, pandai pun sama-sama.


Lagi satu diorang minat subjek Sains dan Art and Craft. Memang mereka fokus habis. Sains budak tadika pun sekarang setaraf aku darjah 6 kot! Fuh, teacher ni pun terkial-kial nak tunjuk kasi diorang faham. Hahaha tapi nasib lah faham jugak kan apa teacher ajar. Setiap kali experiment dorang senyap je, fokus. Hahaha senang nak ajar. Yang bestnya setiap experiment ada benda untuk diorang bawa balik, teruja lah semua nak cerita dekat parents :) Art and Craft di Little Caliphs adalah pada setiap hari Rabu. Setiap bulan ada tema berbeza untuk diajar pada diorang. Contohnya vegetables, fruits, transportations, occupations, part of body dan macam-macam lagi lah. Setiap tema juga ada lagu in English. Yelah nak ajar budak tadika tak sama macam ajar orang besar. Haha kena buat jadi menarik kalau tak memang tak lah dorang nak bagi perhatian. Hehe. Lagi satu, budak-budak tak boleh buat benda sama terlalu lama, macam kau suruh dorang buat buku kan, jangan lama sangat, lepas tu bagi dorang mewarna ke atau apa-apa lah aktiviti lain kalau tak nanti dorang bosan.





Antara art and craft sempat buat dengan Teacher Azila:)
Art and Craft ni macam subjek pendidikan seni lah. Ko rasa budak tadika buat seni. Macam mana jadinya? Hahahaha haru biru lah. Hahaha tapi minat tu penting. Bila kita buat, kita mudah ingat. Jadi setiap art and craft tu jadikan diorang lebih faham tema-tema setiap bulan tu. Kita tak boleh cuma guna buku saja, kena banyak aktiviti menarik. Jadi, art and craft ni salah satunya lah.

comel kan anak-anak saya? :)
Teacher Azila tengah storytelling pasal bulan Ramadan :)
Aktiviti masa Ramadan, create bentuk bulan guna biskut oreo :)
Aku suka silibus Little Caliphs ni sebab bercirikan Islamik. Anak-anak yang masuk sana pun semua ada nilai-nilai yang baik. Setiap pagi akan ada assembly, baca doa ramai-ramai, belajar Al-Baghdadi. Seronok tengok budak-budak kecil lagi dari umur 3 tahun pun pandai mengaji. Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung kan tengok anak-anak macam ni. Hehe selang sehari akan solat dhuha ramai-ramai. Doa dhuha tu memang dorang lancar je baca, kadang ada silap sikit tu teacher tolong betulkan. Setiap kali masuk kelas, semua bagi salam, habis kelas semua kemas kelas, baca doa dan salam peluk teacher. Allah. Rindu nyaaaaaaa. Sesiapa yang daycare pula bila kita nak mandikan, sebelum mandi baca doa masuk bilik air, bila nak makan ramai-ramai baca doa sebelum makan, lepas makan pun sama. Lepas tu solat zohor sama-sama. Lepas solat berzikir, baca doa untuk ibu bapa. Alhamdulillah. Lepas tu diorang tidur, sebelum tidur pun baca doa. Bangun tidur bagi yang pakai pampers, teacher tukarkan, lepas tu minum petang dan solat asar :)


Aktiviti sempena Ramadan
Buat kuih raya. Hahha
Bukan hanya keagamaan diutamakan, yang lain pun penting juga. Jadi cikgu tadika memang kena tahu semua. Tapi silibus untuk tadika apa sangat lah kan. Haha. Senang memang senang tapi kadang tu garu kepala juga sebab ada soalan yang agak advance. Aku pun blur jugak jadinya. Hahaha. Sekarang ni rasanya tadika banyak yang aplikasikan teknik membaca guna suku kata. Kalau macam aku dulu kan belajar kenal huruf dulu. Tapi sekarang belajar kenal bunyi huruf tu ikut suku kata. Hasilnya mereka cepat membaca. English pun sama. Ada buku pelbagai peringkat untuk mudahkan mereka belajar membaca. Kena pastikan mereka lancar baca baru boleh teruskan dengan buku baru.


Ajar budak tadika dan sekolah rendah lebih mencabar lah sebab kita ajar diorang dari diorang tak tahu apa-apa. Tak faham apa-apa. Bila dah darjah 3 ke atas tu cikgu cuma perlu polish dorang je. Jadi kena hargailah jasa cikgu-cikgu kita yang ajar kita huruf, mengeja, membaca, mengira dari basic 1+1=2 tu ya. Hehe. Tak mudah untuk bagi anak kecil faham tetapi bila diorang faham, kepuasannya tu diri kita je tahu :)



Serius lepas berhenti lama juga lah nak move on, rindu sangat-sangat dekat diorang. Nakal-nakal sikit tu biasa lah kan budak-budak. Kita tak boleh marah sangat, nanti diorang jadi tak suka. Bila tak suka, susah kita nak ajar dan minta dia ikut apa kita cakap. Rindu nak peluk diorang hari-hari. Rindu ada yang minum susu mesti nak baring dekat kita. Rindu juga yang suka cerita macam-macam pada kita. Comel sangat semua.


Haih.. Comel kan, macam mana teacher tak rindu? :(
All the teachers. Kek merdeka jadi kek perpisahan Teacher Azila :)
paling kiri tu lah Boss, Puan Siti Hajar :)
Tadika adik beradik lah pulak haha tudung biru kakak saya. Tudung peach adik saya.
anak-anak nyanyi untuk teacher Azila :)

Sebelum berhenti,, sempat lah bagi sikit hadiah kat semua. Hehe sekarang ni tak tahu lah dorang ni ingat lagi ke Teacher Azila ni. Hehe. Kot-kot nanti awak semua dah besar, terjumpa entri ni jangan lupa komen tau :P Masa tu mesti semua dah besar, handsome, cantik. Wah excited teacher nak tahu dan share cerita awak masa tadika :P






To all my childrens, Teacher Azila love all of you. Belajar rajin-rajin semua. Jangan nakal. Hormat mak ayah, teachers, kawan-kawan, orang tua okay :))



6 years old kids.
Aisy Mirza, Ar Rayyan Iman, Amar Daniel, Ammar Nashriq, Izzah, Ilham Hasni, Fathia Hannani, Qistina, Alya dan Afiqah Syahirah.



5 years old kids.
Hasif Harriz, Nasrun, Danish, Kashif Umair, Eddy Farriz, Yusuf, Adib, Iman, Irfan, Husna, Atia, Damia Arissa, Irdina, Qisya, Darwisyah, Iriss


4 and 3 years old kids.
Qhaliesya Qaseh, Zafirah, Alisya, Marsya, Farzana, Aishah Amani, Dhia, Amira, Shifa, Ayatul Husna, Humaira, Yasir




Related Posts with Thumbnails