Tuesday, January 20, 2015

Jawapan

Assalamualaikum.


Sampai sekarang rasa macam tak percaya. Orang yang maki kau paling dasyat, tak pernah ada orang maki kau seteruk dia maki kau, muncul semula! Yang lagi tak percaya, dia buat macam tak de apa yang pernah berlaku dulu. Aku jadi blur, dulu tu aku mimpi ke apa?

Aku tak marah dia, aku cuma nak penjelasan kenapa dia buat macam tu dulu? Aku tak faham. Sampai ke sudah aku fikir, soalan tu masih jadi tanda tanya. Jujur kata aku tak pernah percaya apa dia kata dia buat dulu. Aku tak rasa sampai ke tahap itu. Semua tu tak masuk akal! Selamanya aku tak nak percaya walau berkali-kali pun dia kata memang dia buat macam tu.

Aku maafkan apa pun pernah dia cakap pada aku dulu. Walau memang sebagai perempuan, aku sangat terasa hati dengan semua caci maki yang dia bagi pada aku. Sikit pun aku tak simpan dalam hati, cuma aku harap satu hari nanti dia cerita perkara sebenar pada aku. Sekarang pun aku dan dia ada juga berhubung, tanya khabar, cerita pasal study. Dia sembang dengan aku macam biasa, kadang-kadang serius aku rasa awkward. Tambahan pula, dia juga belajar berdekatan tempat aku belajar.

Apa pun yang jadi dulu, masih jadi tanda tanya dalam hidup aku. Susah aku nak lupa walaupun dah maafkan. Aku harap satu hari nanti aku dapat sebuah jawapan, yang aku tunggu jawapannya sejak 3 tahun lepas. Betul atau tak cuma dia  yang tahu jawapannya. Jujur, aku selalu doa moga dia tak pernah buat benda macam tu.



Kita masing-masing makin dewasa, bukan mentah macam dulu. Aku takkan marah kalau kau berkata benar. Cerita saja. Aku tunggu jawapan kepada persoalan yang kau tinggalkan 3 tahun lepas.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails