Sunday, January 25, 2015

Cuti? Bosan?

Assalamualaikum.


Masih lagi dalam cuti semester. Hahaha agak bosan sebenarnya tapi duduk dekat Ukm tu lagi lah bosan kan. Haha. Bosan sebab tak boleh pergi mana-mana. Lesen tak de lagi la katakan. Haha kalau ada confirm tak lekat aku kat rumah ni. Hehe


Cuti semester ni dibelenggu dengan rasa ingin tahu result final exam. Haha aku ni memang jenis lagi rela tahu awal daripada kena berdebar-debar tunggu result. Tak best okay feeling tu. Daripada zaman matrik lagi aku akan check result exam tepat pada masa boleh check. Haha nampak tak aku ni tak penyabar bab ni. Walaupun bukannya bagus sangat pun result tapi at least tak payah nak berdebar-debar tak tenang hati dan fikiran fikir aku lulus ke tak, A ke tidak sesuatu subjek tu.

Cuti sem ni jugak hari-hari aku bukak Ifolio dan email takut lah kan ada apa-apa problem ke dengan assignment, projek, presentation aku kan. Orang yang bergantung pada carry mark macam aku ni memang risau lah tambah-tambah lepas jawab semua exam rasa semua ke laut je kan. Haha

Semester 3 ni serius tak best! Hidup busy mengalahkan perdana menteri di hujung sem. Sebab assignment, projek semua jenis take time. Lecturer pun tak kasi awal jadi memang kelam kabut hidup aku stress nya tak payah cakap la, muka ni penuh jerawat stress kau. Haha aku memang tak boleh stress melampau. Mula la kemurungan jadinya.



Hanya mampu berdoa je lah harap sangat lulus semua. Aku risau ada sangkut je. Lulus semua memang alhamdulillah la tapi kalau boleh memang nak maintain 3 pointer tapi sem ni aku tak berharap sangat sebab diri kita sendiri boleh tahu kan lepas kita jawab exam tu agak-agak gred berapa je mampu kita capai.

Dengarnya UTM dengan UTeM keluar dah resultnya. Hamboi dedicated betul ya. Jealous aku. Nak jugak cek result! Taknak berdebar lagi! Hahahaha tunggu je lah Jila. Bulan 2 nanti keluar lah tu. Mohon doa pembaca semua ( ada ke pembaca) blog ni semoga Kak Jila lulus la ya final exam ni. Hehe!

Sooooooooooooo, balance cuti ni nak buat apa? Makan tidur online tengok tv je ke? Hahaha buat je la selagi boleh nanti dah balik UKM kau jugek meroyan nak balik Bidor ni kan. Hahahaha ok guys enjoy your holiday! Assalamualaikum ;)

1 comments:

rosman mohamed said...

klu top scorer blh jadi cikgu...klu x top..boleh keje swasta...klu lg x top boleh jadi sales executive.

Related Posts with Thumbnails