Friday, January 30, 2015

Into The Woods

Assalamualaikum..

Memandangkan tengah cuti jadi tetiba rasa rajin nak review pasal cerita Into The Woods ni. Hahaha semalam keluar dengan kawan sekolah rendah tak tahu nak tengok cerita apa kat LFS Kampar tu jadi decide nak tengok cerita Into The Woods ni. Kawan cakap cerita ni ada nyanyi-nyanyi sikit. Ok sikit ok dia kata... Hahaha


Sebenarnya hampir 80-90% daripada cerita ni nyanyi-nyanyi haha. Tapi best! Bagi aku lah. Memang aku terhibur tengok cerita ni. Walaupun nampak cerita ni macam simple, cuma menggabungkan beberapa cerita macam The Red Riding Hood, Cinderella, Rapunzel, Jack and the Beanstalk dan beberapa lagi, tapi gabungan ceritanya menarik. Tak la nampak pelik gabunganya.

Kalau korang tak suka cerita yang muzikal macam ni, so tak di suggest lah cerita ni hahahah sebab semalam kawan ada yang bosan sebab banyak sangat nyanyi asyik tengok jam je. Haha aku lak duk tergelak tak berenti masa scene lawak.. Paling lawak masa mak tiri Cinderella tu usaha nak bagi anak-anak dia muat kasut tu. Hahaha memang kelakar.

Ada scene yang tak disangka-sangka bila isteri pembuat roti tu sempat pulak curang dengan Prince Charming. Tak boleh blah sangat tau. Hahahaha. Tapi tak best isteri dia tu mati pulak. Suaminya pula tak tahu isteri dia sempat dengan prince tu. Ahli sihir pulak hilang macam tu je. Ceritanya best tapi ending tak berapa best. Tapi betul lah tak semua cerita nak kena happy ending kan. So, kena accept lah benda tu. Hoho


Secara overall aku memang suka cerita dia. Banyak scene yang tak disangka-sangka. Menarik jugak lah hehe tapi ramai frust scene Johnny Depp sikit sangat. Haha tapi walaupun kejap je Wolf tu muncul, berkesan jugak lah scene tu. Soooo, sesiapa yang minat cerita muzikal boleh lah tengok cerita ni, tak pun download je. Hahahaha. 

Ok tq for reading!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails