Monday, January 26, 2015

KENAPA?

Assalamualaikum.

Kenapa kalau persahabatan tu ada masalah, jalan yang dipilih cuba buat satu pihak berasa benci dengan pihak kedua? Kenapa ramai manusia beranggapan dengan membuat seseorang mempunyai perasaan benci kepada seseorang, lebih mudah untuk mematikan sesuatu perhubungan/persahabatan? Kenapa? Aku tak suka tertanya-tanya macam ni.


Orang yang kawan dengan aku akan selamanya aku anggap kawan. Walau sekuat mana usaha dia nak buat aku jadi benci, aku takkan benci. Sedangkan orang yang buat silap yang sangat besar dengan aku pun aku maafkan dan kawan macam biasa, ini pula kita yang tak pernah bergaduh langsung tapi persahabatan makin dingin kerana sebelah pihak mahukan sedemikian.


Jujur, aku sangat terkilan dengan persahabatan ini. Aku lagi suka kalau dia berterus terang, cakap je dah tak nak kawan dengan aku. CAKAP. Itu lebih baik daripada buat aku macam tunggul tertanya-tanya apa salah aku dengan dia. Walaupun sakit untuk akhiri persahabatan, tapi kalau itu yang dimahukan kita akhirilah dengan cara baik. Seperti mana aku mula tegur kau, seperti tu jugalah ianya sepatutnya berakhir jika kau nak macam tu. 

Aku tak tahu apa salah aku. Melihat semula perbualan terakhir, tiada pergaduhan apa pun. Aku tahu dulu pernah juga kau cuba akhirinya tapi kita masih berkawan. Kali ini jadi lagi, memang aku kecil hati sangat-sangat. Aku kecil hati bila orang lain semua kau balas, tapi aku.... Takpe, aku okay :) Semua nasihat pernah kau cakap aku ikut sebab tu aku okay :) *senyum*


Prinsip aku sekali berkawan, selamanya tetap berkawan. Salah, silap semua tu lumrah manusia. Aku tak marah jadi macam ni. Mungkin kau risau aku masih berharap apa-apa. Aku dah nak masuk 22, jangan risaukan aku. I'm matured enough to understand everything you said before.


Aku tak perlu cakap aku tuju pada siapa
Sebab aku tahu engkau tahu ini untuk kau.
SAHABAT.....
Sampai bila-bila pun dia tetap kawan aku.
Aku cuma nak minta maaf
Mungkin kalau aku betul-betul ada salah sampai kau tak nak tegur aku lagi
Aku minta maaf sangat-sangat.

Assalamualaikum....

2 comments:

miss K said...

salam..selamat berkenalan.. mungkin kawan awak tu jelous awak rapat dengan orang lain. sebab tu dia cuba jauhkan diri..huhu

Nur Azila Ismail said...

@miss K hmm tak jugak. tak tahu la kenapa

Related Posts with Thumbnails