Saturday, January 24, 2015

Saya Anak Polis :)

Assalamualaikum.

Sekarang kecoh orang bercerita tentang polis. Tentang apa tu mungkin ramai yang sedia maklum kan. Tak perlu diulas perkara aib di sini. Hehe

                                       


Aku anak seorang polis. Gila tak bangga ayah kerja polis? Masuk sekolah dulu masa tu ayah masih kerja polis lagi. Naik motor pergi sekolah dengan abah yang beruniform polis memang satu pengalaman yang best lah. Haha masa tadika kadang-kadang abah datang waktu rehat bawak makanan, dengan uniform polis, kawan-kawan tengok je. Dulu masa aku kecik sapa anak polis memang budak-budak tak berani kacau lah. Hahah semua takut dengan ayah aku.

Masa masuk sekolah rendah, minggu pertama sekolah tengok kawan-kawan ada yang mak ayah siap tunggu lagi, sebab ada yang merengek-rengek nangis kalau mak takde. Hek eleh sangat tau. Aku rileks je takde sape tunggu. Abah memang busy la kan takde masa nak tunggu-tunggu aku lagipun aku bukan budak manja nak ditunggu-tunggu bagai haha. 

Masa sekolah rendah ada yang cuba-cuba usik tu lepas tu kawan lain mesti akan marah dia dan kata "weh, dia anak polis lah. nanti ayah dia tangkap kau baru tahu" Time tu lah budak tu pandang dan terus tak jadi kacau aku. Hahaha kelakar seh. Gaya macam ayah aku ni menakutkan sangat je. Haha

Tapi memang first impression orang yang tengok ayah aku kata dia garang. Hahaa aku mampu senyum je lah. Maybe sebab ayah aku ni pendiam jadi nampak garang. Hehe tapi bagi aku jadi polis memanglah kena garang sikit kan mukanya. Haha pendapat aku saja lah. 

Abah bersara awal daripada perkhidmatan PDRM sebab ada masalah kesihatan. Kalau tak mungkin pangkat abah sekarang ni tinggi kan. Hehe takpe Allah lebih tahu apa yang terbaik. Yang penting kesihatan abah. OK! Tu aje nak cerita, kesimpulannya jangan takut sangat dengan polis. Muka je nampak garang tapi hati masing-masing ada taman. hehe jumpa lagi :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails