Friday, February 6, 2015

Wish

Assalamualaikum..


Cuti-cuti ni bila on laptop, buka folder lama, tengok gambar-gambar lama, alhamdulillah sekarang ada juga perubahan yang aku buat. Bila kita cuba berubah, bila tengok yang lama, rasa malu dengan diri sendiri. Tapi kena yakin yang Allah Maha Pengampun.

Kawan-kawan doakan semoga perubahan ini semakin baik. Tipu kalau sebagai perempuan tak pernah terniat nak berubah macam orang lain. Sikit-sikit aku cuba ubah diri aku. Tiang agama cuba aku tak tinggal langsung. Kukuhkan agama. 

Paling ingat pasal tudung masa kelas agama masa matrik. Buat pembentangan tentang aurat. Tapi diri sendiri tak menepatinya. Kena tegur dengan ustaz yang mengajar. Tentang cara bertudung. Allah. Jahilnya diri dulu. Malu ditegur ustaz, tapi tak malu tetap pakai macam tu. Sekarang slow-slow ubah, pakaian, tudung, seluar. Harap istiqamah.

Biar kita berubah sedikit-sedikit asalkan kita cuba ubah diri. Mungkin mula-mula rasa janggal tapi bila dah biasa, insyaAllah akan selesa. Doakan aku berubah semakin baik. Umur pun makin meningkat tak boleh la kebudak-budakan lagi, dressing macam dulu tu tinggal-tinggalkan.

Bersyukurnya aku pada Allah setiap kali aku buat silap, Allah akan bantu aku, letak jarak. Dulu memang marah, kenapa semua tak menjadi. Setiap kali rapat dengan seseorang, mesti tak lama bertahan. Ada sekali tu, lepas keluar jumpe boyfriend, balik tu aku tak ada suara langsung. Langsung takde. Tak boleh bercakap, tak keluar sepatah apa pun, tak bunyi langsung. 

Ada kawan rapat dengan lelaki, keluar sama, niat nak sambut birthday lagi. Tapi ada je halangan. Lama-lama aku faham Allah bantu aku. Jauhkan aku dari kemungkaran. Alhamdulillah Ya Allah besar kuasaMu. Aku anggap semua tu peringatan untuk aku, jangan buat silap lagi.

Sekarang macam ni je lah. Tak rapat dengan mana-mana lelaki lagi. Hurm, tipu kalau kata hati tak meronta-ronta nak ada seseorang. Tapi tahan diri, kawal diri. Ada yang lagi penting untuk diutamakan. Biarlah orang tu jadi orang akhir yang aku test. Haha. Tu la pertama dan terakhir aku minta nak kawan dengan lelaki. Pesan yang baik kita ingat. Jangan ulang lagi. 


Satu hari nanti, bila tiba masanya. Adalah tu. Semoga Allah sembuhkan luka di hati. Semoga Allah temukan aku dengan orang baik-baik. Amin

0 comments:

Related Posts with Thumbnails