Saturday, November 14, 2015

KD1T2 Beraya

Assalamualaikum semua.

Entri ni dah diperam sekian lama dalam folder draft. haha hari ni baru nak keluarkan sebab teringat. Maaf dear blog lama abaikan serius tak sempat nak buka. Lama sangat tak ada entri ya ini pun kawan matrik yang request. Haha they ols peminat tegar entri pasal they ols. Hahaha so this entry for semua yang join mini reunion + jalan raya KD1T2 tahun 2015.


Alhamdulillah la dapat juga jumpa walaupun tak ramai dan macam-macam masalah yang datang dapat juga jumpa budak-budak ni. Awalnya aku sorang saja planning dengan Aimi nak beraya rumah Jaja dengan Wahed mengenangkan sejak habis matriks tak berkesempatan lagi jumpa diorang ni. Da planning berdua lepas tu tanya dekat Whatsapp group kelas kalau ada yang nak join then Nabila cakap nak join. Ok yey bertambah ahli! Haha

Lepas tu Nabil pun ajak geng-geng Teluk Intan dia (Apess, Nordin, Mior). Ok dah ramai sikit dah. Tanya pula si bongkek bertiga nak join tak. Kak Mehoh nak sangat join tapi ada masalah nak balik hari jadi tak dapat join. Haha rupanya si Aimi boleh saja hantarkan dia kalau dia join. Al maklumlah Kak Jila tak tahu sangat peta negeri Perak ni tak tahu diorang satu jalan! Hahaha. Maaf!


Orang yang buat semua makin excited nak join bila Fairuz kata dia nak datang Perak! Sanggup tau naik tren jauh-jauh semata-semata nak jumpa kami ni haaaaaa. Ok bila dah ramai ni makanya ada satu masalah muncul iaitu transport nak bergerak hahaha. Malas lah cerita pasal masalah kan, macam bengkek sikit nak cerita pasal tu haha.

Makanya hari Selasa, 28 Julai 2015 pun tiba. Halim dari Manjung dan aku dari Bidor. Jadi first sekali Nordin ambil Fairuz di Tapah Road, Nabila pula ambil aku dan Halim di stesen bas. 


1) Rumah Mior
First destination! Yeah jumpa Mior. Emm sama je still look young cuma sekarang nampak macam Form 5 dah hahaha. Masuk rumah je nampak puding karamel dia yang famous dalam kalangan kitorang. Semua teringin nak rasa puding tu. Haha memang sedap. Resipi mak dia memang mantoppp. Fairuz seronok makan kat rumah Mior, kutip udang dalam mee goreng. Haha thank you Mior dan mak Mior. Sedap sangat masak! Hehe


2)Rumah Apess
Second destination! Jumpa budak nama Apess ni pulak. Tengok Apess pun tak banyak berubah. Still sama je pun perangai semua orang. Haha terasa macam kita jumpa ni macam just cuti raya student matrik. Padahal semua dah belajar tempat lain-lain. Apess dan parents dia semua tak sihat. Kesian tengok mak Apess lemah aje nampak. Rumah Apess kitorang kejap je datang, makan kuih raya then culik Apess ikut beraya. Haha Thank you Mak Apess :)


3)Rumah Suha
Third destination! Special request daripada Fairuz. Kesian plak dia kan jauh-jauh datang nak jumpa Suha yang cantik manis tu. Hahaa Suha pun sama malah makin cantik!! Aku memang dari Matrik lagi adore si Suha ni sebab dia cantik sangat. Haha. Kat rumah Suha kami makan nasi. Nyummmm memang sedapppppp sangat. Terima kasih family Suha!

Haaaaa, berakhir dah beraya di Teluk Intan, next nak gerak pergi Ipoh pula. Tak ingat gerak pukul berapa tapi jauh juga la Teluk Intan - Ipoh. Biasa aku dari Bidor tak rasa jauh sangat pun. Haha. Sebelum gerak tu singgah isi minyak lah, solat kat Langkap, makan masa sikit sebab takde telekung, nasib Fai bawak. Paling kelakar kat situ toilet nya orang luar yang tolong kuncikan. Makan masa juga kat situ. Biasalah kitorang kalau dapat gelak memang lama. Si Halim dengan Mior dah bising kitorang lama sangat haha. Da gerak da then dak kecik sorang ni tetinggal jam pulakkkk. So patah balik :)





4)Rumah Wahed
Around 6pm baru sampai rumah Wahed. Ya Allah rindunya kat Wahed! Nampak pulak Jaja. Muah muah pipi dulu lah haha. Aimi pulakkkk muahmuah Aimi! Aimi dah kurus. Tak kembar dah la kita. Haha. Wahed masak banyakkkkk. Ada spaghetti carbonara dengan nasi. Sedap! Sempat Wahed cakap tak la sedap macam carbonara Pizza Hut. Sedap lah Wahed! Haha. Seronok sembang kat rumah Wahed. Macam-macam cerita ada. Ehem. Haha. Dapat duit raya yey thank you Mak Wahed! 

Sedar tak sedar dah dekat 7.30 malam dah. Halim dengan Mior decide diorang tak ikut beraya rumah aku sebab Halim kerja esok jadi kenalah hantar diorang balik Teluk Intan dulu. Semua macam,,,, HALIM KENAPA KAU KERJAAAAA. Hahaha. Jadi Anis, Wahed, Aimi dan Fai gerak ke Bidor terus dan Nabil, Jaja dengan aku gerak ke Teluk Intan dulu hantar jejaka berdua ni. Dekat pukul 10 barulahhhhhhhhh sampai rumah Mior then Nabil drive dan gerak ke Bidor.



While kat bidor....... rumah ku dah selamat digegarkan oleh Fai, Wahed, Aimi dengan Anis. Hahaha. Nasib lah Teluk Intan-Bidor dekat je so tak la lama dorang beraya secara berdikari hahaha tapi bagus betul dorang ni memang berdikari sungguh lah anak-anak ni ye. Haha. Sampai je rumah tengok diorang dah tengah makan, Aimi siap sempat tidur lagi haha. Si Fairuz pulak ada kat dapur tengah cedok kuah mee kari hahaha. Bagus senang kerja layan diorang ni. Meriah sungguh rumah aku malam tu Tuhan saje yang mengerti betapa nak runtuh rumah ni dengan suara dan gelak diorangggg hahahaha. Semua maintain kepoh daripada matrik lagi terbaik korang ni haha. Sampai ke 12 am dorang beraya kat sini. Air 16 kali refill agaknya dah macam kedai mamak dah lepaknya haha serius seronok gila rasa beraya tahun ni dapat jumpa diorang. 


Cerita zaman dulu simpan semua cerita dalam satu malam, tak ke haru biru hahaa apa pun thanks sangat korang sebab datang beraya rumah Jila. Hope lepas ni tiap tahun kita jadikan ni acara wajib. Harap tahun-tahun lain ramai lagi boleh join, kita planning baikkkkkk punya ok.

Akhir kata selamat hari raya maaf untuk semua salah silap! Jila sayang semuaaaaaaaaa.

3 comments:

Anonymous said...

Salam hehe sorry akak, sorry menyempit dkt sini sbb ni kan post akak yg pling awal. Sya bdk pdt matriks thun ni. And sya ada bnyk prkara nk tnya dkt akak. Sya tk tau nk tnya kt siapa dh. Hopefully akak sudi jwb soalan sya.

Nur Azila Ismail said...

@Anonymous wsalam.. bleh2. hehe tanya la ;)

Bangga 87 said...

sangat bagus sekali postingannya saya suka, mampir ke
Uang KUno Bergambar Soekarno
Membuat masker wajah dengan Madu
Iwan fals Ijinkan aku menyayangimu

Related Posts with Thumbnails