Saturday, January 30, 2016

7 - 5 = 2

Assalamualaikum.



Hai semua. Lama tak menulis. Sekarang cuti semester jadi ada la masa. Sebenarnya banyak saja masa tapi biasalah bila dah lama tak menulis, nak mula menulis tu tersangatlah sukar. Hahah anyone agree with me? Alhamdulillah tamat dah Semester 5, rasa lega sangat-sangat sebab bagi aku Semester 5 ni mencabar sangat dan macam-macam masalah aku kena hadap.

Antaranya tentang kerja kumpulan. Bayangkan ada subjek yang orang lain berkumpulan 3 atau 4 orang tetapi aku kena buat seorang diri? Hazabbbbb sangat ku rasakan. Puncanya daripada ahli kumpulan yang ada masalah peribadi dan terpaksa menangguhkan pengajian dan seorang lagi berhenti belajar. Kat sini lah kekuatan semangat aku agak diuji tapi alhamdulillah berjaya lah juga habiskan cuma mungkin tak sebaik kumpulan lain. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya dah mencuba :)

Selain itu, semester ni juga kena buat proposal untuk projek tahun akhir. Fakulti senaraikan tajuk-tajuk dan penyelia maka tugas kita adalah untuk menghubungi penyelia dan berbincang untuk menjadi pelajar di bawah seliaan pensyarah tersebut. Setelah berfikir-fikir, aku memilih tajuk E-Budaya Pemakanan Sihat. Mula-mula rasa macam simple, tapi sebenarnya agak sukar juga tajuk yang dipilih memandangkan perlu menyampaikan fakta yang tepat, tambahan lagi banyak sumber bacaan sudah ada maka tugas aku perlu memastikan buku elektronik itu nanti menarik minat orang untuk membaca.

Dalam proses membuat proposal beberapa kali juga lah kena betulkan, kena marah tu perkara biasa. Semuanya untuk kebaikan dan memudahkan urusan di semester hadapan. Bersyukur dapat penyelia yang sangat mengambil berat tentang pelajar di bawah seliaannya sebab ramai kawan lain yang mengadu mereka sangat sukar untuk mendapat peluang untuk berbincang dengan penyelia masing-masing. Alhamdulillah penyelia yang aku dapat sangat caring dan banyak membantu memberi idea untuk projek tersebut.

Hal-hal lain pun banyak juga beri masalah tapi nak tak nak kena hadapi dan teruskan hidup. Bukan dalam semua keadaan kita kena bergantung kepada orang lain, mahu atau tidak, ada perkara yang kita kena lakukan sendirian dan aku harap berbaki 2 semester lagi aku mampu hadapinya dengan sabar dan tabah. Kelemahan aku dalam pelajaran mesti aku tangani sebelum melangkah keluar daripada universiti. InsyaAllah. Kalau orang lain boleh, aku mesti boleh! :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails