Friday, February 26, 2016

Projek dan Latihan Industri

Assalamualaikum.

Alhamdulillah done for last day of the first week of this semester. Minggu ni tak ada kelas lagi cuma ada taklimat dan hari interaksi kos saja. Macam-mana info dapat minggu ini dan agak mendebarkan juga lah. Dua perkara utama yang dibincangkan adalah:

Projek Tahun Akhir
Perkara utama bagi semester ini. Jadi banyak penerangan tentangnya minggu ini. Timbalan Dekan dan Ketua Program menjelaskan secara terperinci apakah expectation mereka tentang projek yang dibangunkan oleh pelajar. Cara pemarkahan juga diterangkan. Tarikh-tarikh tugasan perlu dihantar juga diberitahu dan sesungguhnya masa sangat suntuk sebenarnya. 14 minggu untuk membangunkan projek ini. Semoga aku berjaya. Syukur juga semester lepas bab 1-3 telahpun dibuat jadi kurang sedikitlah kerja untuk dokumentasi tesis. Berbaki 2 bab lagi untuk diselesaikan. InsyaAllah bab penulisan aku boleh lakukan cuma dari segi pembangunan masih lagi keliru. Masih tercari-cari tools yang bersesuaian untuk pembangunan projek aku nanti. Semoga segalanya berjalan lancar sebelum dateline sampai.

Latihan Industri
Antara perkara penting juga yang diberikan taklimat dalam minggu ini. Bermula September 2016 hingga Januari 2017 kami akan menjalaninya. (20 minggu) Masih lagi tiada idea bidang apa yang nak intern ni sebab aku agak kurang skill dalam coding jadi mungkin tidak terlalu menjurus ke arah tu. Jadi ingin juga saya tanya pendapat para pembaca jika ada mana-mana tempat yang mengambil pelajar untuk praktikal. Mungkin juga ada kalangan pembaca yang bekerja di syarikat-syarikat IT. Wah gaya macam orang baca sangat je blog ntah apa-apa ni haha. Kalau ada elaun tu syok juga lah kan. Haha. Aku juga berharap tempat yg aku praktikal tu boleh serap terus sebagai staff. Tapi kena tunjukkan disiplin dan kerja yang bagus lah InsyaAllah


Itu saja kot untuk kali ini. Minggu depan bermulalah kelas. Semoga berjaya untuk diri sendiri!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails