Friday, February 19, 2016

Road to Semester 6

Assalamualaikum.


Semalam 18 Februari 2015, penantian keputusan peperiksaan semester 5 pun berakhir. Macam biasalah, aku akan check tepat jam 12 am. Hahaha jenis tak suka tertanya-tanya, baik buruk aku lebih suka tahu terus. Alhamdulillah setiap kali peperiksaan sebenarnya Allah beri aku lebih. Jangan nak bandingkan aku dengan budak-budak pandai, target aku agak berbeza. Bukan aku tak nak target dean list, tapi aku target apa yang aku mampu. Setakat ni syukur setiap semester keputusan ok. Yeah ok lah bagi seorang yang agak pemalas macam aku ni hahaa. 

Yuppppp memang aku tersangat mengaku aku ni usaha ala kadar, tapi setiap kali tu Allah sentiasa beri aku lebih dari yang aku layak. Terasa kerdil je dengan usaha yang tak seberapa. Target setiap semester macam biasa lah, awal sem rancang nak pulun, nak pointer tinggi, tapi selalu je kecundang.. Hahaha. Setiap semester akan target untuk score carry mark semaksima mungkin, sebab selalunya memang exam yang menghancurkan harapan nak gred terbaik. Hahaha

Jadi keputusan semester 5 menurun sedikit berbanding semester lepas. Sejak semester satu keputusan meningkat sehingga semester 4 dan semester 5 ni turun. Huuuuuuu paling frust sebenarnya proposal FYP tak mencapai target aku. Tapi takpelah, usaha lebih untuk development. Maka Ahad ni pulanglah semula ke bumi UKM, rindu juga bilik kat sana, kawan-kawan pun rindu juga.


Tak tahu tapi rasa sangat berdebar nak mulakan semester 6 ini. Aku berharap dipermudahkan urusan dan semoga dapat tamat pengajian pada waktunya. InsyaAllah. Cuti kali ni kerap sangat aku rasa down, rasa tak mampu je nak habiskan. Rasa macam tak dapat je nak siapkan FYP tu. Bertahan Jila. Jangan biar kelemahan tu terus menghantui. Kalau kawan lain boleh, kau pun boleh. 

Semester yang terakhir di UKM, lepas tu bakal menjalani latihan industri pada September hingga Januari 2017 nanti. Yup jumlah semester kesemuanya 7 semester. Masih belum dapat gambaran tentang Intern, tunggu masuk semester ni lah baru ada briefing kot. Mohon doa rakan pembaca semoga aku dapat tamatkan pengajian dengan jayanya. Amin. Sangat tak sabar nak habiskan belajar. Tapi aku tahu..... Aku bakal merindui zaman menjadi seorang pelajar pabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Itu saja buat kali ini. Ada masa tulis lagi :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails