Tuesday, March 14, 2017

Steps Before My Intern!

Assalamualaikum! Hello blog! Lama sungguh tak singgah sini. Daripada mula buat projek tahun akhir sampai lah sekarang ni alhamdulillah aku dah pun tamat belajar. Sekarang ni cuma duduk rumah je, belum mula pun lagi job hunting sebab nak settle kan ambil lesen yang dah nak mati tu hahaha. Untuk entri kali ni, aku nak kongsi pengalaman semasa intern. Latihan industri ni benda paling last nak kena lalui sebelum habis belajar. Seram sejuk tiap kali nak fikir pasal intern. Selalu tengok orang kata time intern kena buli la kena marah selalu la itu lah ini lah. Entri kali ni aku nak cerita dulu pengalaman cari tempat intern. Ok, jom baca kat bawah ya!

a)Sistem Latihan Industri(SLAI)
Part ni agak mencabar jugaklah. First sekali nak dapatkan surat rasmi untuk mohon intern pun agak lewat fakulti bagi. Kelam kabut juga lah masa tu. Last nya, majoriti company yang aku cuba apply guna cover letter sendiri je. UKM ada lah sistem untuk student apply intern tu, I thought memang just apply menerusi sistem tu saja, rupanya sistem tu cuma untuk generate surat untuk mohon intern. Aku macam.......... ok....... Surat tu kita kena hantar sendiri kat company yang kita isi dalam sistem tu. Setiap student boleh mohon 3 syarikat sahaja dalam tu. Lepas tu kena pos surat tu kepada syarikat yang berkenaan. Mujur sebelum pos tu aku scan dulu surat tu. Sebab bila dah lama pos surat tu tak ada khabar berita, cubalah call. Rupanya alamat yang ada dalam sistem tu entah zaman bila tak tahu lah, surat tu tak sampai pun pada mereka. Satu company minta emel semula , satu lagi beritahu yang mereka sudah lama tidak ambil pelajar untuk praktikal. Hahahahah. Jadi harapnya, pihak pengurusan perlu semak semula syarikat yang mereka letak di dalam sistem, sama ada masih wujud ke, alamat betul ke, nombor telefon. Tak pasal rugi je surat rasmi tu.

b)Cari Sendiri
Part ni agak menyeronokkan sikit daripada guna sistem UKM tu. Aku dapat lebih banyak maklumat la tentang syarikat yang tawarkan latihan industri tu. Dapat tahu lebih apa bisnes yang diorang jalankan, berapa elaun yang diberikan dan macam-macam lagi. Kepada sesiapa yang baru nak intern tu kan, boleh lah gunakan platform website Jobstreet, Internsheeps dan juga group FB yang mengiklankan tentang latihan industri. Menerusi 3 cara ni, aku jumpa banyak syarikat yang best untuk dipertimbangkan. Masa ni memandangkan dah agak suntuk, aku pun mohon je seberapa banyak yang boleh, lepas consider lokasi tempat, mudah tak nanti nak pergi balik kerja, al maklum lah tak ada kenderaan kan. Bila ada syarikat yang korang rasa macam minat tu, buat kajian sikit, google, mana lah tahu syarikat tipu ke, tak betul ke kan. So, kena ambil kira juga. Lepas mohon tempat ni semua tunggu beberapa hari dan cuba follow up dengan syarikat tu ada tak terima emel kita sebab kadang mereka tak perasan emel kita, jadi penting untuk kita follow up.

c)Tawaran Interview
Haaaa, jangan ingat setakat nak latihan industri saja, tak ada nya interview. Kebanyakan syarikat akan buat juga interview untuk calon yang mereka rasa layak untuk menjalani latihan di syarikat mereka. Lebih-lebih lagi yang menawarkan elaun. Dalam bidang IT kebanyakan mesti nak tahu apa yang boleh kita tawarkan kepada mereka. Sepanjang proses mencari tempat latihan industri ni, aku dapatlah beberapa tawaran temuduga. 3 temuduga di syarikat itu sendiri dan 1 temuduga melalui telefon. Jangan ambil mudah walaupun ini setakat temuduga untuk latihan industri, masa ni lah kita boleh melatih diri sebelum interview sebenar masa nak cari kerja nanti.

d)Tawaran Berjaya
Alhamdulillah daripada banyakkkkkk permohonan yang aku buat, dapat 3 tawaran untuk menjalani latihan industri. Setelah fikir semasak-masaknya dan syarikat yang aku dapat tu core business benda yang paling aku suka dan minat nak belajar, aku memilih untuk menjalani latihan industri di Brainy Bones Studio di Cyberjaya! Yey alhamdulillah dapat apa yang aku inginkan walaupun agak lewat daripada kawan-kawan yang lain.

Ok, dah settle cerita pasal proses nak memohon latihan industri, banyak benda yang aku belajar iaitu tatacara dan adab untuk menghantar emel kepada bakal majikan, pengalaman temuduga dan persiapan yang perlu kita tahu sebelum menghadirinya. Ok next entry aku akan cerita tentang pengalaman intern itu sendiri. See you guys soon! (Bajet ramai orang baca. hahahah)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails